MF Secret Vault
User: Shriner 0017553299
Codename: Srikandi
Race: Malay
Sex: Female
Original Medium: Facebook
——————————————————————————-
Dalam Kabbalah,digambarkan Pohon Kehidupan itu adalah seni kepada pengetahuan rahsia;seolah-olah sumber kepada Kebijaksanaan (Wisdom) dan Pengetahuan (Knowledge).
Dalam Garden of Eden,ada sebuah pohon yang menjadi simbol keabadian,persoalannya adakah ia bermaksud pohon khuldi?
Pohon khuldi digambarkan dalam dialog Iblis dengan nabi Adam di dalam tradisi Islam sebagai medium untuk kekal abadi!
Atau,sebenarnya bukan KHULDI itu tetapi Sidratul Muntaha,sebuah pohon lain yang terkenal dalam tradisi Islam.Pohon ini memiliki jumlah dedaunan yang sama banyak dengan jumlah seluruh makhluk.
ADAKAH SIDRATUL MUNTAHA ADALAH POHON YANG KEKAL ABADI ITU?
JADI,APAKAH SEBENARNYA POHON KHULDI?
Jawapannya dalam sambungan keluaran terbaru dalam The Sacred Geometry: The Tree of Life
HANYA DI MISTISFILES.
The True Forbidden & Hidden Knowledge
Fasal ini dalam menyatakan sifat-sifat Matriks;di mana semua coding,skrip dan entiti terbina di dalamnya.
Ini adalah sebahagian dari siri Pengajian The Matrix.Siri ini bertujuan menjelaskan konsep bahawa dunia di mana manusia bertempat di dalamnya ialah tidak ‘real’,ilusi dan bakal musnah berdasarkan bukti-bukti dari sains;secara tepatnya dari kajian Fizik Teori,Fizik Partikel,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Fizik Nuklear,Teori String,Biologi,Kimia dan beberapa lagi cabang sains.
Dahulu ramai menganggap hujah agama adalah tabu,hari ini ‘dongeng agama’ dilihat sebagai dogma sains.
Sebagaimana setiap benda mempunyai sifat tertentu,Matriks juga memiliki sifat khasnya,di mana tidak boleh tidak,hukum pasti akan berjalan ke atas Matriks sebagaimana yang dikehendaki.Matriks diciptakan dari tiada kepada ada.Matriks tidak mempunyai kuasa terhadap coding dan skrip yang terbina di dalamnya.Arahan dan pengaturcaraan datang dari The Programmer.
Apakah sebenarnya Matriks?
Matriks adalah dunia di sekeliling anda.Dunia di mana anda bertempat di dalamnya.
Bagaimana kita mengenal Matriks?
Kita mengenal Matriks melalui pengesan/sensor terbina di dalam perkakasan/hardware yang menghantarnya kepada Minda.Mindalah yang membaca sifat-sifat Matriks di sekeliling kita.
Jika Minda tidak membaca Matriks,pengesan/sensor tidak berguna sama sekali kerana ia adalah perkakas dungu;dumb tool.Mata dan telinga tidak berguna jika maklumat tidak dibaca oleh Minda.
Jadi adakah tanpa perantaraan pengesan/sensor,Minda tidak boleh membaca Matriks?
Salah.Minda masih tetap boleh membaca Matriks.The Programmer boleh membuat sesuatu dengan sebab,tanpa sebab atau berlawanan dengan sebab.
Jika pengetahuan tentang Matriks telah mencapai satu tahap,mereka akan sedar bahawa Matriks sebenarnya tidak berada di luar Minda,tetapi ia berada di dalam Minda.Pengesan/sensor hanyalah dijadikan semata-mata untuk mengelirukan/menguji manusia.Mata dan telinga benar-benar ‘dumb tool’ dan tidak berguna sama sekali.Manusia melihat Minda membaca Matriks melalui mata,telinga dan sebagainya,namun sebenarnya Minda membaca Matriks melalui satu ‘coding’ lain.Matriks ialah APA YANG ANDA PERCAYA.
Jika mata,telinga dan deria lain bukanlah hakikat sebenar untuk melihat,mendengar dan sebagainya,apakah sebenarnya deria itu?Mengapakah ia diciptakan?Apakah fungsi minda tanpa deria-deria itu.Apakah yang terjadi kepada minda jika tiada semua deria itu?Apakah yang terjadi kepada Matriks tanpa perantaran deria?APAKAH HUBUNGAN MINDA DAN DERIA?
HUBUNGAN MINDA DAN DERIA
Statements of some scientists posing that “man is an image,everything experienced is temporary and deceptive,and this universe is a shadow”,seems to be proven by science in our day.
-Frederick Vester,Denken,Lermen,Vergessen,vga,1978,p.6
Fasal ini dalam menyatakan mukaddimah alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam mukaddimah ini akan diperjelaskan akan maksud ruang dan masa dan bagaimana kedua-duanya hanyalah ilusi atau imaginasi semata-mata.
Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalasaam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
Petikan dari filem adalah sekadar trivia dan selingan untuk melegakan adrenalin.Ia tidak bermaksud sebagai sumber penerangan.
Ini adalah pembukaan kepada siri The Matrix 4th Density.Mengandungi pengenalan kepada pemahaman awal kepada konsep ruang dalam pengajian The Matrix.Ia juga merupakan ulangkaji kepada pemahaman asas The Matrix dalam 3 siri sebelumnya.
Ruang adalah ‘bekas’ atau ‘kandungan’ yang menempatkan pelbagai entiti dan skrip ciptaan The Programmer.Dalam ertikata kehidupan manusia,ruang adalah tempat di mana para makhluk berdiam.Tanpa ruang,para entiti dan skrip tidak terbina.Ini adalah kerana entiti dan skrip program berhajat kepada ruang untuk berhidup.Ruang tidak konkrit;ia adalah bersifat seperti Matrix:apa yang anda percaya.
PENGENALAN KEPADA RUANG-ILUSI
-Then you’ll see that it is not the spoon that bends, it is only yourself.
Apakah Matriks?Matriks secara asasnya ialah ruang.Ia juga boleh diistilahkan sebagai ‘bekas’ atau ‘kandungan’ yang digunakan untuk mengandungi sesuatu.Namun bukan sepenuhnya Matriks itu dikatakan sebagai ruang.Dalam ertikata lain,ruang adalah Matriks,namun Matriks tidak sepenuhnya ruang.
Di dalam Matriks terdapat dimensi.Dimensi adalah ruang terukur.Ruang-ruang yang dapat dijelaskan kedudukan dan sifatnya oleh pancaindera manusia.Ini bermakna bukan semua ruang mampu diukur oleh pancaindera manusia.Jadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua dimensi adalah ruang,namun ruang bukan sepenuhnya dimensi.
Pemikiran manusia pada amnya mampu mengesan ruang tiga dimensi (3D).Di sana terdapat ruang 1 dimensi hingga berjuta dimensi.Lihat,betapa lemahnya manusia berbanding penciptaan sang Pencipta,The Programmer.Jika anda memahami perbicaraan ruang dan dimensi setakat ini,anda mungkin telahpun sedar bahawa ruang-ruang itu sebenarnya terlampau banyak,dan terdiri dari kejuruteraan dimensi yang kompleks.
Bagaimana ini terjadi?
Inilah dia sebahagian rahsia di dalam pengajian The Matrix.
Ruang yang dimana entiti berhidup adalah terdiri dari pelbagai ragam kejuruteraan dimensi,yang hanya boleh diserap keberadaannya oleh pemikiran tahap demi tahap.Pemikiran manusia hanya boleh menyerap bentuk-ruang dari 1 dimensi hingga 3 dimensi.Selebihnya pemikiran manusia tidak mampu mencerna sifat dan tabiatnya;dalam istilah matematik-panjang,tinggi atau lebar.Manusia berhajat kepada dimensi untuk menafsir ruang.Jika tiada dimensi maka tiada ruang dalam kamus pemahaman manusia.Dengan perantaraan dimensi,manusia mampu merasa keberadaan ruang dan ‘merasa’ berhidup di dalam ruang.Kita akan bincangkan fasal ini dalam bab yang pertama:Matriks di dalam Matriks dan bab ketiga:Pengetahuan tentang Matriks nanti.
Ini menunjukkan manusia sebenarnya tidak mampu ‘melihat’ ruang tanpa konsep dimensi.Sejauh mana manusia mampu menangani ruang,ialah bergantung kepada sejauh mana dia menangani pemahamannya kepada konsep dimensi.Dimensi adalah asbab ruang terwujud dalam kotak fikiran manusia.Manusia yang tidak mampu memahami dimensi,sukar memahami ruang.Sebagai contoh,pesakit mental (baca:orang gila) seperti skizofrenia tahap berat tidak mampu melihat ruang sama seperti orang normal yang lain kerana konsep dimensinya yang mengalami pincangtugas.
Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.
Ruang—>dimensi—>cahaya—>mata—>minda
Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan ‘melihat’.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang ‘berjasad’,dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?
RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.
Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana ‘dark matter’ (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.
JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?
Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:
“Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks”
Dalam konteks ini,di dalam Matriks terdapat banyak ruang,namun di luar Matriks tiada ruang.
Matriks,jika anda belum memahaminya setakat ini,merupakan asbab untuk ruang ‘berhidup.Ruang berhajat kepada Matriks untuk mengekalkan kewujudannya.Tanpa Matriks,ruang tidak mampu dicerna kewujudannya oleh makhluk yang berfikir.Ruang menjadi tidak berasa,berwarna atau berbau.
Bagaimana makhluk mengenal ruang?
Makhluk mengenal ruang melalui tindakbalas cahaya yang disebabkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.
BIT-BIT BERKELAJUAN SUPERCAHAYA
The Programmer telah mencipta pelbagai entiti dan skrip program dengan setiap satunya mengandungi bahan asas iaitu coding yang dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini setiap saat patuh kepada arahan dan pengaturcaraan The Programmer.Tiada sedetik pun masa yang tercicir untuk melanggar arahan The Programmer dan tiada secuit pun pergerakan yang terlepas untuk mengkhianati pengaturcaraan The Programmer.Bit-bit berkelajuan cahaya ini adalah juzuk paling setia dan patuh kepada setiap aturcara The Programmer,ini kerana ia telah dicipta khas untuk taat dan patuh tanpa apa-apa bangkangan.
Di dalam ruang-ruang yang digelar ‘Matriks’,bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kunci utama kepada segala bentuk imaginasi yang dipanggil ‘pergerakan’,’daya’ atau ‘tenaga’.Pemindahan atau pergerakan sesuatu jasad dari satu titik ke satu titik adalah disebabkan tugas yang digalas oleh bit-bit berkelajuan supercahaya ini.Dari pergerakan sehelai daun yang gugur pada sebuah pohon hinggalah pergerakan pasir di dasar laut,semuanya digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya yang memacu coding yang statik.
Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh berubah bentuk;dengan kata lain bersifat ‘shapeshifting’ sama seperti skrip program yang membina entiti jin dan syaitan.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh membesar beribu kali ganda,menyerupai apa sahaja bentuk program yang dikehendaki oleh The Programmer.Dengan kata lain bit-bit berkelajuan supercahaya ini bersifat:
1-Fleksibel
2-Mudahalih
3-Lasak
Bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kontras kepada coding atau skrip,di mana coding dan skrip adalah statik.
Matriks yang berhidup
Ruang dibawa ke minda melalui perantaraan bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada daun yang gugur melainkan dibawa oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada pasir yang bergerak di dasar laut melainkan digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada manusia yang berdiri melainkan disokong oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada angin yang bertiup melainkan digalas pergerakan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap titis hujan dari zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat dibawa turun oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap elektron yang bergerak dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.
Semua juzuk di dalam Matriks dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya atas arahan dan kehendak-Nya.
Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa ruang sebenarnya tidak statik.IA BERGERAK,DIBAWA KE MINDA ANDA.Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah ALAM SEMESTA INI TIDAK PEGUN DITEMPATNYA.IA BERGERAK DIBAWA KE MINDA ANDA.
Dalam konsep Fizik Teori ia digelar ‘The Holographic Universe’.
Ini adalah topik terhangat dunia Fizik Teori selepas penemuan Fizik Kuantum dan String Theory.
Dalam penjelasan ini,alam semesta seolah-olah seperti sebuah projektori.Alam semesta dipancarkan ke layar dari sebuah alat projektor dan minda melihatnya.Lebih mengerikan,seorang ahli Fizik dari University of London,David Bohm mendapati bahawa alam semesta ini walaupun terlihat konkrit dan padat,namun sebenarnya ia bertindak seperti HOLOGRAM RAKSASA.
Ini berdasarkan penyelidikan terkini dalam Fizik Partikel dimana mereka mendapati bahawa dalam keadaan tertentu partikel subatomik,seperti elektron,mampu berkomunikasi dengan seketika satu sama lain tanpa tergantung pada jarak yang memisahkan mereka.Dalam kata lain jarak antara partikel adalah ilusi.Tidak peduli apakah mereka hanya terpisah 10 kaki atau 10 juta kilometer.Sebagai contoh,satu elektron di dalam kabel di sebuah kampung di Banting,Selangor mampu berkomunikasi dengan satu elektron di medan magnet di bintang Proxima Centauri,4 tahun cahaya dari bumi!
Bagaimana setiap partikel-partikel ini mampu mengetahui apa yang dilakukan partikel lainnya?
David Bohm menerangkan lagi bahawa realiti objektif sesungguhnya tidak ada,bahkan ALAM SEMESTA INI ADALAH KHAYALAN berdasarkan fakta-fakta dalam Fizik Partikel.Micheal Talbot,penulis buku The Holographic Universe menambah bahawa alam semesta ini adalah kesan khas dari projektor raksasa dari SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI.
Adakah anda pernah mendengar tentang ini dari ‘dongeng-dongeng’ agama sebelum ini?SELAMAT DATANG KE DUNIA HOLOGRAM ANDA.
PERSEMBAHAN HOLOGRAM INI DIBAWAKAN KHAS KEPADA ANDA DARI ‘THE SOURCE’
This, this isn’t real? What is real. How do you define real?
You’ve been living in a dream world, Neo.
Achtung!
Warning!
Di dalam dunia ini,manusia berhidup mengikut sangkaan bahawa mereka sebenarnya berada di alam realiti.Mereka makan,minum,pergi ke tandas dan tidur.Mereka setiap hari mencari keperluan hidup,beranak-pinak dan mencari hiburan untuk keseronokan hidup,’di alam realiti’ ini.
Ada yang terkinja-kinja di dalam disko,ada yang terpekik terlolong menunjuk perasaan di jalanan,ada yang berehat dengan senang hati di rumah….ada yang sedang merenung diri dan mengingati Tuhan,penguasa segala Matrix ini.
Mereka,manusia-manusia yang dungu itu tidak mengetahui,mereka sebenarnya berada di dalam sebuah ‘virtual reality’ yang teramat besar dan mencapai tahap seolah-olah infiniti.
‘Virtual reality’ ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix,gunanya untuk menguji manusia,adakah mereka mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum dihantar ke ‘virtual reality’ ini.Selepas manusia-manusia dungu ini mati,mereka akan akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu,dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti,lebih realiti.
‘Virtual reality’ ini benar-benar ‘real’.Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan,anda akan merasa teksturnya,bau,suhunya dan rasanya yang lazat.Ia benar-benar ‘real’.Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda,anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar ‘real’.’Virtual reality’ ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar ‘real’.Apabila mereka di’plug-out’,mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu.Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap.Semua itu hanya wujud di dalam ‘minda’.
Selamat datang ke dunia realiti maya paling hebat dalam sejarah.
SELAMAT DATANG KE MATRIX ANDA.
THE MATRIX 4TH DENSITY
The Matrix Ketumpatan Ke-4
Fasal ini menyatakan perihal alam-alam Matrix dan hubungan ia dengan manusia dan Tuhan.
Fasal ini mengandungi 5 bab terpenting:
1. Matrix di dalam Matrix
2. Perpindahan Matrix ke Matrix lain
3. Pengetahuan tentang Matrix
4. Tujuan Matrix diciptakan
5. Penguasa Segala Matrix
Jika dia mengetahui apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengejar-ngejar hidup di dalam Matrix yang sementara ini.Kehidupan selepas kematian adalah pasti.Seorang hamba akan bertemu Pencipta-Nya adalah pasti.Tiada zarah yang bergetar melainkan berlaku atas kudrat Pencipta Segala Matrix.Tiada sebutir pasir yang bergerak di dasar laut melainkan dengan kehendak Penguasa Segala Matrix.Tiada sehelai daun gugur ke bumi melainkan di dalam pengetahuan Pemusnah Segala Matrix.
Jika dia tahu apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengumpul-ngumpul harta ketika di dalam Matrix.Apa yang dia bekalkan di luar Matrix nanti itulah dia hartanya yang sebenar.Sampai masa,Matrix akan di’shutdown’.Segala kesenangan,rumah yang selesa,bangunan-bangunan tinggi,kenderaan,anak isteri…semuanya akan lenyap.Setiap amal perbuatannya akan dihisab.Ingat,sekiranya,Sang Penguasa Segala Matrix mula menghisab amal perbuatannya,maka binasalah dia.
“Ya Tuhan Kami,hisablah kami dengan penghisaban yang mudah”
Siapa yang mendapat pengetahuan bahawa sebenarnya dia berada di dalam Matrix maka dia adalah manusia yang amat beruntung.Namun lebih beruntung jika dia mempercayainya dan bertindak atas pengetahuan tadi.Segala tindak-tanduknya akan bersesuaian dengan pengetahuan rahsia itu.Kehidupannya di dalam Matrix akan menjadi ibarat musafir.Hanya satu persinggahan yang sementara.Dia tidak akan membuang masa di dalam stesen bas atau kapal terbang,dengan mula membina rumah-rumah atau tidur dengan nyenyak.Setiap masa dia akan bersedia untuk dipindahkan.Bukan bas,keretapi atau kapal terbang yang menunggu dia,dia yang menunggu,menanti dan bersedia bila-bila masa untuk ‘dipindahkan’.
Maut tidak menunggu seseorang.
Sampai masa,kita semua akan di’plug-out’.
Do you believe it?