Temubual Sempena Tahun Baru Hijrah 1431









Armageddon
Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan ceritera-ceritera dari mulut ke mulut,terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti ‘ENDGAME’,’STAR WARS’,’APOCALYPSE’,’THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.
Ini adalah Jigsclue #05 diberi codename ‘Armageddon’
Baca dan dengan TELITI.
“ARMAGEDDON”
Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan ‘Armageddon’ juga dapat dijumpai dalam ‘Wahyu'(Revelation) 16:16,”Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon”
Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?
Perang Armageddon ialah:
-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata “perdamaian sudah tiba” padahal yang terjadi adalah sebaliknya.
Perkataan ‘Armageddon’ berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:
1. ‘Ar’ yang bererti gunung atau bukit
2.’Mageddo’ (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari ‘Mageddo’ di utara sampai ke ‘Edom’ di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.
Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.
Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?
Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.
Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:
“Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: “Salib telah menang!”,maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera”.(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar ‘Hadis-hadis Fitan’.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kami ingin fokus kepada dua peristiwa ini,Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke Atas Gaza.Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.Hadis Rasullullah s.a.w:
“Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak(qafizh) makanan atau sebuah dirham.Kami(sahabat) bertanya,”Siapakah yang melakukan itu ya Rasullullah ? Baginda menjawab “Orang-orang ajam(non arab)”.Kemudian baginda berkata : “Hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam(Palestin, Syria ,Lebanon,Jordan dan sekitarnya) kemudian sahabat bertanya “siapa yang melakukan itu ya Rasulullah ? ” orang orang RUM (Amerika-Eropah)”
Sesungguhnya ini adalah hadis yang amat menakjubkan yang benar-benar menjelaskan urutan situasi sekarang menjurus kepada peristiwa Armageddon.Ketika jigsclue ini ditulis,Israel telah berjaya melobi Amerika dan sekutu Eropahnya supaya menutup laluan penyeludup bawah tanah di mana melalui laluan tersebutlah orang-orang Palestin bergantung harap bantuan makanan dan keperluan lain.Satu berita yang menggemparkan dari Gaza ialah,ada penduduk sebuah kawasan di sana telah mula mengutip rumput-rumput di tepi-tepi jalan sebagai sumber makanan.
Dalam istilah moden sekarang,hadis Nabi di atas menerangkan tentang SEKATAN EKONOMI kepada Iraq dan Palestin (Gaza).
Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.
Pedulikan golongan antihadis yang sengaja mengelirukan diri sendiri dengan hujah “Dalam AlQuran tak sebut pun?”.Bagaimanakah golongan ini boleh menunaikan solat dengan betul jika menolak hadis sebab AlQuran tidak menjelaskan kaedah solat,bacaan dan lain-lain.Hadis sahaja yang mengandungi semua itu.Menolak hadis nabi bermakna menolak Rasullullah.Jika sudah menolak Rasullullah jangan harap hendak mendapat syafaatnya di akhirat kelak.
Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak,babi,zina,rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?Mengapa mereka bertindak sebaliknya?Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya).Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan.Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu.Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan.Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka:
“Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG”.(Anthony Robbins, Unlimited Power)
Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan ‘The Hidden Hand’ ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden,bergaya,status,’high class’ dan ‘cool’.Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai ‘goyyim’ (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi.Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah ‘expired’ kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.
Amat malang golongan ini.Sama ada mereka menjadi hamba Dajal,di’mindcontrol’ atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan.Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.Kepada golongan antihadis,bacalah hadis nabi.Fahamilah sabdanya.Siapalah anda hendak mempertikaikan kata-kata Sang Kekasih Tuhan?
INGAT!ALQURAN DAN HADIS TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.TOLAK ALQURAN=KOSONG.TOLAK HADIS=KOSONG.Anda mesti ambil kedua-duanya.
Inilah adalah Jigsclue #05, kaji dan ingat ia baik-baik.Perhatikan senario yang berubah.Rujuk Quran.Rujuk Hadis.Anda tidak akan terkejut mengapa ia berlaku.Sesungguhnya ia adalah benar-benar menakjubkan.
Secret Societies
“Traitor”
Jigsclue #07: Major & Minor
Islam Liberal
Jigsclue 004: Slaves
Dua Golongan Kafir Yang Memusuhi Islam
Telah dijelaskan di dalam Al-Quran yang mulia tentang dua golongan orang kafir yang amat memusuhi umat Islam.Dua golongan itu adalah golongan Yahudi dan Nasrani.
Ini adalah Jigsclue #003 di bawah codename ‘connection’.SILA BACA DENGAN TELITI.
Dalam penyelidikan Teologi-Politik dewasa ini,Yahudi dan Nasrani adalah istilah umum dalam Al-Quran,di mana Yahudi yang dimaksudkan itu adalah ZIONIS ANTARABANGSA.Pergerakan ini berselindung di bawah nama menuntut hak ‘Tanah yang Dijanjikan’ (Promised Land) namun sebenarnya ingin menghapuskan Islam dan merampas artifak-artifak (relic) penting Islam berserta tempat sucinya sekali kerana mereka percaya akan kemukjizatan (magic) objek-objek mistik dan bersifat kultus ini (sebagai contoh Spear of Destiny, Ark of Covenant,The True Cross,Holy Grail,Hajar Aswad dll).
Satu lagi pertubuhan yang menjadi ‘front’ kepada Yahudi adalah FREEMASON yang terang-terang mengambil ajaran Kabbalah sebagai tunjang pergerakannya.Dari Freemason bercambah lagi berpuluh-puluh pergerakan malah tidak mustahil beratus-ratus lagi pergerakan dibelakangnya dan juga ‘puppet man’ yang mengawal semua pergerakan Yahudi ini.ANDA NAMPAK SEKARANG APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH ALQURAN?
Golongan Yahudi pula terbahagi kepada dua.Satu adalah Yahudi Ortodoks yang kepercayaannya menghampiri ketulenan ajaran Nabi Musa dan Taurat serta golongan Yahudi yang tidak bersetuju dengan Zionis.Golongan ini dipercayai adalah minoriti dan terpinggir.Golongan yang kedua adalah Yahudi-Kabbalah yang berpegangkan ajaran Taurat yang diselewengkan,juga kitab Talmud iaitu kitab mistik sesat tulisan para rabbi Yahudi dan ajaran pagan.Golongan ini juga bergabung dengan Yahudi Khazar,iaitu bangsa Khazar yang menduduki kawasan Asia Tengah yang menganut agama Yahudi dan Yahudi Ashkenazi iaitu satu puak Yahudi yang umum diketahui berbahaya dan menjadi pengikut setia Dajal Laknatullah.INILAH DIA BAHAGIAN YAHUDI YANG DIBERITAHU OLEH ALQURAN.
Golongan yang kedua disebut di dalam AlQuran adalah Nasrani.Nasrani yang dimaksudkan itu adalah komplot Vatikan-Jesuit.Kumpulan ini memegang posisi penting dalam dunia Kristian khasnya aliran Katolik.Vatikan sebagaimana yang diketahui adalah pusat pemerintahan Paus,iaitu ketua umum Gereja Roman Katolik.Pejabatnya adalah St. Peter Basillica, bekas kuil pagan zaman Rom yang diubahsuai.Sebab itu di dalamnya penuh dengan berhala-berhala Rom di mana ketika itu Emperor Constatine masih sayangkan dewa-dewi Romnya walaupun telah dibaptiskan.Dari sini ajaran Nabi Isa yang dibawakan oleh golongan Nasrani terawal telah bercampur-aduk dengan doktrin pagan sesuai dengan selera Constatine tanpa banyak dibantah oleh pendeta Kristian kerana takutkan kezaliman Emperor Rom yang diketahui umum mempunyai sejarah panjang menyeksa dan membunuh orang-orang Kristian awal.Ditambah pula dengan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pendeta-pendeta Kristian yang mengubah Injil sesuka hati dengan contoh yang paling popular adalah ‘kerja-kerja’ yang dilakukan oleh Paul (Surat-surat Paul) si Yahudi yang pada awalnya dikatakan antara orang yang suka menyeksa orang Kristian kemudiannya masuk agama tersebut.Jadi benarlah bayangan AlQuran yang mengatakan orang-orang Nasrani adalah kaum yang sesat.Dalam Kristian juga wujud sistem dualisme;Pope dan Black Pope,Christ dan Antichrist,Madonna dan Black Madonna.Kristian juga terpecah-pecah kepada pelbagai aliran seperti Protestant,Quaker,Evangelist,Adventist,Mormon dan bermacam lagi.Di dalam sistem kependetaan Kristian juga berpecah-pecah kepada pelbagai aliran pendeta seperti Benedictine,Fransiscan dan Dominican.Di antara aliran-aliran kepaderian itu terdapat satu aliran yang agresif dan yang paling terahsia serta licik iaitu aliran Society of Jesus atau dikenali sebagai Jesuit.DISINI KITA DAPAT MELIHAT BETAPA SESATNYA ORANG-ORANG NASRANI.
Jesuit inilah yang membayangi Vatikan terhadap semua kerja-kerja kotor mereka.Jesuit terdiri daripada golongan Christian Zionist,iaitu orang Kristian yang mengambil sebahagian ajaran Kabbalah dan mistik sesat bercampur kepercayaan pagan tertentu (yang paling popular adalah dewa-dewi Sumeria dan Babilon Kuno,juga termasuk Yunani dan Rom) sebagai panduan hidup mereka.Mereka mengamalkan sihir dan percaya kepada pelbagai mitos dan dongeng mengenai asal-usul kejadian makhluk dan kehidupan Iblis.
Jesuit adalah satu daripada cabang organisasi Dajal Laknatullah,bertujuan untuk mengekalkan hala tuju Vatikan sebagai kakitangannya,dan supaya golongan Kristian leka dengan ajaran Kristian yang dicampurkan dengan ajaran pagan dan mistik sesat.Dajal Laknatullah bimbang jika kaum Kristian sedar kepada ajaran asal Nabi Isa dan kitab Injil.ANDA SUDAH NAMPAK SEBAHAGIAN PERANCANGAN MUSUH-MUSUH ALLAH INI?
Dajal Laknatullah mengawal kedua-dua elemen ini;Yahudi dan Nasrani (Illuminati adalah contoh yang popular tetapi muslihat Dajal terlalu licik;mungkin ada ‘hidden organization’ yang lain).Kedua-duanya mempengaruhi di antara satu sama lain dan pada masa lain yang difikirkan sesuai,keduanya akan dilagakan untuk kepentingan Dajal dan kuncu-kuncunya walaupun mengorbankan pengikut-pengikut mereka sendiri yang dungu dan menjadi ‘patsies’ kepada perancangan licik Dajal (rujuk WWI & WW2 dan 911).BETAPA HEBATNYA PERANCANGAN DAJAL,SEBAB ITU SETIAP NABI DAN RASUL YANG DIUTUSKAN TUHAN ADA MENGINGATKAN KEPADA UMAT YANG DIUTUSKAN TENTANG BAHAYA FITNAH DAJAL INI.
SOALANNYA SEKARANG,APA TUJUAN DAJAL BERBUAT BEGITU?
Jawapannya ialah…
UNTUK MENJADI TUHAN YANG TERTINGGI…SEPERTI KATA-KATA FIRAUN “AKULAH TUHAN YANG TERTINGGI”
Dajal Laknatullah sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi ‘dewaraja’ yang mutlak di muka bumi ini.Tambahan pula setelah dibodek dan digalakkan oleh Iblis selaku ‘Ayah’ dan mentornya.Dajal tidak tahu dia ditipu oleh Iblis.DISINI KITA NAMPAK SIAPA AKHIRNYA YANG AKAN TERTIPU KEMUDIAN.Dajal Laknatullah akan mengetahui rahsia sebenar dan segala-galanya apabila bertanyakan hal itu kepada Iblis Laknatullah pada Perhimpunan Mimbar Iblis di dalam Neraka nanti.
Ini adalah Jigsclue yang menjadi KATAKUNCI (password) kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar.JANGAN PANDANG REMEH KEPADANYA.
“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). (An-Nisa’: 89).
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120).
Jigsclue #002
Para pengkaji Barat ini adakalanya mendapat maklumat yang betul.Ini tidak dapat dinafikan kerana ia berkait rapat dengan pengalaman mereka,tempat tinggal mereka,budaya dan sejarah tamadun mereka.Tetapi amat malang sekali mereka tidak dapat mengetahui keseluruhan gambaran;mereka seolah-olah mencantumkan sebahagian jigsaw puzzles sahaja dan mula meneka-neka gambar sebenar.Dalam dunia realiti,mereka semakin memahami hubungan antara Freemason,Illuminati,Vatikan dan Jesuit serta Zionis dalam mencaturkan politik dan halatuju dunia sebagai contoh, tetapi mereka tidak tahu untuk lari dari bencana ini.
Ada di antara mereka mula bersikap tidak percaya kepada semua ideologi (akibat rasa putus asa terhadap hakikat yang sebenarnya) termasuk agama mereka sendiri yakni Kristian tambahan lagi Islam,semuanya dianggap pembohongan dan kuasa Iblis.Ada juga sesetengahnya mengkaji dan mengkaji sampai satu tahap hanya Islam sahaja yang benar,namun mereka seakan tidak percaya dan tidak dapat menerima hakikat akan kebenaran Islam seterusnya mula berusaha mencari-cari teori konspirasi lainnya untuk memasukkan Islam ke dalam koleksi teori konspirasi mereka.Walau bagaimanapun,mereka sebenarnya sedar akan keganjilan yang berlaku,namun masih tertanya-tanya di dalam kegelapan.
Kami namakan fenomena ini sebagai ‘anomalies’.Fenomena ini merujuk kepada kesedaran orang kafir terhadap sebahagian kebenaran yang berlaku di sekeliling mereka.Ada sesuatu yang tidak kena.Tetapi apakah dia?Pelbagai istilah diberikan antaranya Awareness,New Age dan sebagainya.Tetapi oleh kerana mereka tidak bertemu dengan kebenaran Islam,maka mereka teraba-raba dalam kegelapan dan bila tersentuh lampu suluh berlabel Islam,cepat-cepat pula mereka mematikan suisnya;mereka lebih rela dalam kegelapan dari mengetahui cahaya kebenaran itu milik Islam yang amat dibenci mereka dan ajaran Muhammad yang dituduh mereka nabi palsu dan orang gila itu sebenarnya adalah benar belaka.
Kami di MistisFiles ingin mencari titik tengah antara ‘anomalies’ yang ditemui para pengkaji Barat dan kebenaran Islam yang mulia.Maksudnya,setiap kebenaran dari kajian mereka,kami akan cuba kaitkan dengan kebenaran Al-Quran dan Hadis Nabi.Tidak semua hasil kajian mereka salah belaka.Masih ada yang benar,mungkin masih terbungkus dengan pelbagai lapisan pembohongan (layer) seperti yang dijelaskan di dalam jigsclue kami sebelum ini.Kami akan rungkaikan,tapis dan bersihkan ia.Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.INI JIGSCLUE YANG KEDUA.SIMPAN IA BAIK-BAIK.








