Ucapan Khas M.O Tentang Tingkatan Dalam Luciferian
Assalammualaikum & salam sejahtera,
Di sebalik kehidupan manusia yang sibuk dengan pelbagai aktiviti,hiburan dan karier…terdapat sekelompok entiti yang merancang sesuatu.Di sebalik dunia ini,terdapat satu ruang abstrak yang cuba untuk mengatur alam semesta ini mengikut telunjuknya.
Musuh utama manusia ialah Iblis.Dan ia berusaha siang dan malam untuk menyesatkan seberapa ramai manusia untuk dibawa ke neraka Allah.Tentera-tenteranya terdiri dari syaitan jin dan syaitan manusia.
Syaitan manusia ini telah menubuhkan pelbagai organisasi dan pertubuhan untuk merangka pelbagai pelan tindakan bagi menguasai dunia dan mempengaruhi manusia.Hasil tindakan mereka akan memudahkan syaitan jin untuk memerangkap manusia,sekaligus membuatkan cita-cita Iblis tercapai.
Kerapkali aktiviti syaitan-syaitan manusia ini amatlah sukar dihidu,dan mereka kebanyakannya adalah terdiri daripada para elit yang genius dan kaya-raya,berpengaruh dan punya karisma.Mereka menguasai perniagaan bernilai bertrilion pound sterling dan memiliki fasiliti media dan ketenteraan terbaik dunia.
Manusia yang dipelawa masuk ke organisasi mereka akan dibawa sedikit demi sedikit ke dalam perangkap.Dalam sistem kepercayaan juga syaitan manusia telah membangunkan hierarki:
-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak syaitan manusia.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.
-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan trend syaitan manusia.
-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula mengamalkan sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan ‘magic’.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari dengan kehendak tuan mereka para syaitan manusia,maka akan dicampak jauh-jauh.
-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka dikatakan menemui ‘Illumination’ (pencerahan).Mereka dapat berinteraksi dengan syaitan dan ya…tentu sekali dengan ketua para syaitan manusia,Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil dari pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.
-Para kuli tahap ‘Grand Illumination’-Ini adalah peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan ‘illumination’ yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah misi terahsia yang paling penting.
INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS…
Namun jangan bimbang,Allah s.w.t adalah pelindung paling ampuh untuk melawan segala kegilaan ini.Penyerahan diri kepadanya adalah benar-benar menakutkan sang Iblis.
Di sini terdapat beberapa ‘clue’ untuk membaca pergerakan syaitan-syaitan manusia ini.Ingat,pada peringkat seterusnya,Yahudi dan Kristian hanyalah ‘scapegoat’ bagi para penyembah Iblis ‘Luciferiancraft’.Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya mengelakkan diri terperangkap di dalam permainan psikologi syaitan-syaitan manusia.
Baca jigsclue-jigsclue ini sebagai asas untuk menghidu pergerakan mereka.Selebihnya ialah iman yang kental.
Selamat mengharungi ketidakpastian dunia ini dan segala pancarobanya.
-M.O
Inbox:Memperkenalkan ‘Jigsclue’
Setiap orang mempunyai permulaan yang berbeza.Ada yang bermula dengan beberapa kepingan,ada bermula dengan hanya satu saja.Malah kami tidak terkejut jika ada di antara Jigsauce bermula dari sifar.Ada kes lain di mana dia mempunyai banyak kepingan dan menguasai sumber-sumber yang penting dan besar,tetapi masih tidak memahami dan terketar-ketar mencantumkan jigsaw puzzlenya sendiri.
KITA SEMUA ADALAH PENGEMIS KEBENARAN.ANDA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN JIGSAW PUZZLE ANDA.
Jadi,kami di MistisFiles akan cuba membantu anda.Ini bukan bermakna yang kami mengetahui segala-galanya.Tetapi kami di sini sekadar berkongsi bersama-sama anda apa-apa yang kami ketahui supaya dapat DIFIKIRKAN bersama.MARI KITA SAMA-SAMA MENCANTUMKAN JIGSAW PUZZLE KITA.
Dari masa ke semasa,kami akan menghulurkan jigsclue kami.Kumpulkan jigsclue ini dan simpan baik-baik.Kelak jika anda ingin bermain dengan jigsaw puzzles anda,keluarkan jigsclue ini dan jadikan ia panduan untuk meneruskan permainan anda.Kepada Jigsauce semua, ambil peluang ini.
INI ADALAH PERMAINAN.INI ADALAH MistisFiles.
Peringatan Khas
Uncle “Samiri” Sam
Jika anda seorang yang pesimis terhadap agama (khasnya Islam), atau seorang penganut sekular yang tegar, atau seorang materalistik berat yang ketagihan keseronokan dunia sila baca peringatan khas ini.Atau anda mungkin saja seorang yang Islam pada namanya sahaja,atau seorang yang bercita-cita untuk murtad…NANTI DULU!!Gunakan akal fikiran anda, kami ulangi gunakan mata dan fikiran anda sebaiknya.Fikir…fikir.Luangkan masa hanya beberapa minit atau anda akan menderita terseksa selama beribu-ribu tahun.
DI DALAM ‘MATRIKS’ YANG KITA HIDUP SEKARANG PILIHAN DIBUAT ATAS TANGGUNGJAWAB KITA.
Kami menghormati anda sebagai seorang yang matang dan dewasa.Gunakan fikiran waras anda.Suara hati anda.Fitrah anda sebagai manusia yang memiliki maruah tinggi dan nilai moral yang positif.
Tidak kira sama ada anda Muslim atau tidak,peringatan ini adalah ditujukan khas untuk anda.Sasaran Iblis Laknatullah (Azazel,The Fallen Angel,Watcher,Lucifer) dan Dajal Laknatullah (AntiChrist) tidak kira sama ada dia seorang Muslim atau tidak.
Di dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam telah disebutkan tentang Iblis yang menyimpan dendam ke atas bangsa manusia.Ini adalah dendam dua makhluk Tuhan yang berbeza.Di dalam hadis nabi pula (percakapan lisan dari Nabi Muhammad S.A.W) ada menyebutkan tentang Dajal, iaitu seorang manusia berwatak syaitan yang bercita-cita menguasai dunia dan akhirnya menjadi Tuhan memerintah dunia ini.Banyak penafsiran tentang Dajal ini, tidak seperti Iblis yang memang diketahui akan sifat-sifatnya.Terdapat dua kategori utama,Dajal sebagai satu anasir kejahatan yang menyerang dunia dan yang kedua, berbentuk manusia yang merancang pelbagai strategi kejahatan.
Kedua-duanya adalah benar.Dajal adalah seorang manusia.Dan dia telah merancang pelbagai strategi untuk menguasai dunia.Hasilnya timbul satu anasir kejahatan berbentuk besar-besaran yang sistematik,tersusun dan mantap.Dajal telah hidup beribu-ribu tahun.Dia adalah termasuk makhluk yang dilengahkan ajalnya (al-Muntazhor) sebagaimana Iblis.Dengan usianya panjang,dia mampu mencapai teknologi yang berusia beratus tahun kehadapan.Di dalam hadis nabi,Dajal digambarkan sebagai manusia yang mempunyai mata satu, iaitu mata sebelahnya mengalami jangkitan penyakit ketika kecil.’Mata Satu’ adalah simbol kebanggaan Dajal (AntiChrist) ini.
Anda tidak percaya?Mungkin anda bertanya “Who this asshole?” Dimanakah dia?Tunjukkan pada saya!Buktikan!.
Hehehe….hmmmm..
DIA ADA DISINI.DI BUMI YANG ANDA BERHIDUP SEKARANG.DIA SEDANG MERANCANG STRATEGI SETERUSNYA.TETAPI ANDA BERNASIB BAIK KERANA DIA SUKA MENINGGALKAN TANDA-TANDA KEWUJUDAN DIRINYA.DIA JUGA INGIN DIKENALI.DIA JUGA INGIN POPULAR.
Jika anda mempunyai wang satu dolar Amerika (1 US Dollar) sila lihat sisi belakangnya (yang tidak mempunyai wajah orang) terdapat dua mohor (seal) di situ.
Kajian Kes:Marilyn Monroe
Projek Monarch BHG Akhir
Projek Monarch BHG. II
Projek Monarch
Protocols of The Elders of Mindcontrol-ScrapFile006477HighLevel
Beberapa nota telah dikumpulkan dalam satu fail rahsia yang bertanda simbol rama-rama yang cantik.Nota-nota ini adalah catatan dari beratus-ratus fail sebenar yang terkumpul dalam arkib penting di MistisFiles: Folder yang bertulis Protocols of The Elders of Mindcontrol.Kompilasi ini mencatatkan beberapa komentar bekas-bekas pengaturcara kawalan minda untuk operasi-operasi sulit CIA dan ‘shadow government’ di Amerika.
Berdasarkan nota kaki yang dikompilasi dari scrapfile ini, dapat disimpulkan bahawa modus operandi para pengaturcara ini adalah sama di setiap operasi mereka, memilih mangsa mereka dari latar belakang keluarga yang berantakan, bermoral rendah dan tiada agama.Satu lagi cara ialah mencipta keluarga yang porak-peranda dengan menawarkan kekayaan kepada keluarga terbabit atau menggugut mereka untuk memasuki program kawalan minda.Keluarga tersebut akan dimuatkan dengan pelbagai silibus kawalan minda dan hasilnya-sebuah keluarga yang rendah moralnya, di mana sang bapa selalunya akan mencabul anaknya sendiri (incest) manakala sang ibu pula membenarkan malah menggalakkan perlakuan sang bapa tadi.Si bapa tadi juga akan melacur anak-anaknya (tidak kira lelaki atau perempuan) kepada orang lain (selalunya orang-orang dalam secret societies yang menyelia program kawalan minda).Terdapat juga satu silibus yang lebih sadis: si ibu dirogol beramai-ramai oleh orang-orang yang tidak dikenali dihadapan si anak (subjek mindcontrol) manakala si bapa akan diugut; si anak hanya melihat ibunya kesakitan manakala bapanya terduduk tidak berdaya.Ini semuanya semata-mata untuk mencipta rasa putus asa yang amat hebat dalam diri anak tadi sebagai subjek mindcontrol, dalam istilah mindcontrolnya; mind split. Mind split inilah yang akan dikembang hingga menjadi MPD-Multiple Personality Disorder.Orang yang menjadi MPD tidak ubah seperti zombie,hanya mengikut perintah tuannya tanpa ada rasa kemahuan yang lain.Personalitinya juga akan berbagai-bagai, dari seorang perisik, pakar, komando, ejen khas hingga kepada pelacur kelas atasan atau pembunuh upahan, ini semua dapat dikawal secara ‘switching’ hasil dari ‘personaliti yang huru-hara’ akibat dari kecelaruan minda hasil dari trauma dan tekanan psikologi yang dasyat.Keluarga yang rosak ini pula akan melahirkan generasi yang rosak-menjana keluarga incest (sumbang mahram) yang seterusnya dan ini dipanggil multigenerational abused family.
AMARAN!JIKA ANDA RASA ARTIKEL SETERUSNYA DALAM ISU YANG BERKAITAN AKAN MENGANGGU KETENTERAMAN ANDA, SILA KELUAR DARI SINI.ARTIKEL-ARTIKEL SETERUSNYA PENUH DENGAN KISAH-KISAH YANG MENYEDIHKAN,SADIS DAN DI LUAR NORMA SIVIK MANUSIA.
Ini adalah sedutan dari scrapfile tersebut.Dan kisah seterusnya lebih mengharukan dengan pengakuan berpuluh-puluh survivor yang terselamat dari program mindcontrol ini.Adakah anda pernah membaca berita berkenaan kisah seorang bapa mengurung anak perempuannya di bawah tanah untuk dijadikan hamba seks selama lebih 20 tahun? Itu adalah sebahagian kesan dari program terlaknat ini.Survivor mindcontrol jarang tampil, satu kerana masih trauma dan ada yang hilang ingatan atau gila, dan satu lagi kebanyakan mereka didapati membunuh diri.Inilah sebabnya Kate Moss ketagihan kokain, perkara yang sama terjadi kepada legenda Grunge, Kurt Cobain…
RAHSIA PROTOCOLS OF THE ELDERS OF MINDCONTROL AKAN TERUNGKAI.Bukankah Iblis mempunyai satu modus operandi yang menjadi ‘killer skill’ iaitu menjadikan seolah-olah kejahatan itu difikiran manusia satu kebaikan?Maka manusia tadi tidak akan nampak lagi baik dan buruk, dosa atau pahala.Ini ada disebut dalam Al-Quran yang mulia.Ini adalah kunci rahsia mengapa SecretSocieties amat berbangga dengan teknik mindcontrol mereka.IBLIS TERLAKNATLAH YANG MENGAJAR MANUSIA-MANUSIA SYAITAN INI TEKNIK MINDCONTROL YANG MENCELARUKAN MINDA MANUSIA DAN MENGHALANG MEREKA DARI MEMBEZAKAN BAIK ATAU BURUK.’MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK’ ADALAH SATU KRITERIA PENTING DALAM MEMBUAT PILIHAN DI DALAM MATRIKS YANG MANUSIA BERHIDUP SEKARANG.
MASALAHNYA IALAH PILIHAN.





