James Cameron, Freemason, Mindcontrol…BHG ll
James Cameron, Freemason, Mindcontrol… BHG 1
AMARAN!!
Artikel-artikel di dalam MistisFiles kebanyakannya berkisarkan perkara-perkara yang berselindung di balik senario dunia hari ini. Ia ibarat program virus yang berjalan senyap-senyap dalam sesuatu aplikasi komputer. Sebahagiannya memperihalkan secara terperinci kegiatan Al-Masih Ad-Dajal secara teknikal, di ulang; secara teknikal. Kita diberitahu secara gambaran kasar tentang kemunculan Dajal di mana setiap nabi dan rasul yang pernah wujud di muka bumi diperingatkan tentang bahaya fitnah Dajal(atau dikenali sebagai AntiChrist oleh orang Kristian). Persoalannya siapakah Dajal?Apakah bentuk fitnah yang dibawanya?Apakah taktik dan strategi Dajal?Dajal pernah berkata dia ingin menguasai dunia ini. Dia ingin menjadi Tuhan. Tetapi bagaimana?MistisFiles akan membawa anda jauh ke dalam pusaran konspirasi Sang Dajal. Kami akan membawa anda mengembara jauh kepada sejarah, kepercayaan, pegangan, ideologi, pembohongan, aktiviti, strategi dan plan besar si Dajal Laknatullah ini ke atas bumi. Dajal telah menggunakan pelbagai kepercayaan pagan seperti penyembahan bintang sirius, orion dan juga matahari untuk memperdayakan manusia moden hari ini. Pelbagai konspirasi seperti para makhluk jin dan syaitan yang digambarkan seperti alien dan ‘makhluk pintar luar angkasa’, master race, tamadun yang hilang dan pelbagai lagi drama yang dimainkan oleh Dajal. Mangsanya, adalah kita termasuk rakyat Amerika yang malang, menjadi bahan eksperimen, bahan mentah, ‘patsies’ , kambing hitam, hamba suruhan dan pelbagai lagi konotasi yang kadang-kadang akal yang sihat tidak dapat menerimanya kenapa satu bangsa yang dikatakan cerdik pandai di Amerika boleh terjerumus ke dalam perangkap Dajal. Setiap tahun beribu-ribu kanak-kanak di Amerika hilang tanpa sebab. Anda harus menerima kenyataan ini. Apa yang dikatakan di dalam Al-Quran adalah amat-amat benar sekali. Ingat!Kami tidak menghidangkan semata-mata kepada anda istilah-istilah keagamaan; jika anda terlalu sekular dan prejudis terhadap kemurnian agama. Tetapi kami akan membentangkan anda secara teknikal, bukan sekadar teori ataupun khutbah agama, secara sains dan teknologi, bukan sekadar hadis-hadis, firman dan sabda (jika anda seorang sekularis tulen dan pekat; yang pesimis terhadap agama khasnya Islam) ini adalah hadiah untuk anda. Berfikirlah sebentar, renung-renungkan. Selamat Datang ke Dunia Pemikiran Baru…
Portal Masa,Kuasa Minda, Dajal, Aleister Crowley…
Protocols of The Elders of Mindcontrol

Subjek kawalan minda (mind control) merupakan salah satu fail utama dalam koleksi fail-fail sulit di MistisFiles. Di sini subjek kawalan minda di letakkan di dalam satu fail yang dinamakan Protocols of The Elders of Mindcontrol.
Di antara kandungan fail ini ialah:
Projek-projek rahsia kerajaan Amerika yang melibatkan kawalan minda seperti-
*Project Monarch
*MK-Ultra
*Operation Paperclip
*Montauk Boys
*Project Superman
Kegiatan kerohanian atau dikenali sebagai ‘occult’ –
*Satanic Ritual Abuse (SRA)
*Illuminati occult
*New Age occult
*Yoga and Chakras
*Secret Doctrin
*Necronomicon
Istilah-istilah berkaitan mind control-
*Multiple Personality Disorder (MPD)
*Alters
*Kundalini
*Chakra
*consciousness
*illumination
*Central Nervous System
*Mindcontrol slave
*Master Programmer
*Subliminal message
*trigger word
Organisasi/individu berkaitan Mindcontrol-
*Illuminati
*Central Intelligent Agency (CIA)
*Joseph Mengele
*Cisco Wheeler
*Dr. Green
Mindcontrol adalah salah satu senjata Dajal akhir zaman untuk memusnahkan umat manusia khususnya umat Islam yang amat dimusuhinya. Mereka sanggup melakukan pelbagai eksperimen ke atas anak-anak kecil untuk mengkaji keupayaan mengawal minda seseorang. Mereka menyeksa, membunuh, merogol dan pelbagai lagi perbuatan diluar kemanusiaan malah di luar tahap kebinatangan untuk menghasilkan trauma yang dijadikan modal untuk membangunkan personaliti yang dapat dikawal di dalam minda seseorang itu.
Filem, televisyen, iklan, muzik dan sebagainya digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memancarkan makna tersembunyi (subliminal message) ke dalam minda orang ramai.
Berwaspadalah dengan dunia di sekeliling anda. Awasi anak-anak anda kerana anak-anak kecillah yang paling senang dijadikan subjek kawalan minda dengan menghasilkan trauma kepada mereka.
Mistis Organization sedang menggali rahsia kawalan minda ini. Protocols of The Elders of Mindcontrol akan dibongkar satu demi satu!
