Fail No. 00013664: Freemasonry
Hubungan Antara Freemason & Illuminati
Maksud Tersembunyi Dalam Lambang Illuminati/Freemason
Adam Weishaupt dan Illuminati Moden
Asal-usul Illuminati
Fail No. 0006466543: The Illuminati
Istilah-istilah Dalam MistisFiles
Terdapat beberapa istilah dalam dunia MistisFiles, antaranya adalah seperti gelaran,peringkat kefahaman tertentu dan istilah teori konspirasi:
Jigsaw Puzzles: maklumat-maklumat yang selalunya terpisah-pisah di sana sini,bercampur-aduk di antara kebenaran dan kepalsuan,menunggu untuk ditapis dan dicantumkan untuk mendapatkan ‘gambar besar’
Jigsclue: koleksi petunjuk atau ‘clue’ untuk memimpin para jiggers dan jigsauces dalam mencantum jigsaw puzzles mereka.
Jignerd: orang yang menemui jigsaw puzzles secara tidak sengaja,tertanya-tanya kemudian sama ada mereka mula mempercayainya dan beransur-ansur masuk ke peringkat Jigsauces, atau meremehkannya kemudian mengkritiknya atau melupakannya langsung.Ini adalah peringkat ‘learning mode’
Jigsauces: para pencari jigsaw puzzles, tetapi belum mampu untuk membuat analisis sendiri,sekadar pembaca atau mengambil pengetahuan semata.
Jiggers: para pencari jigsaw puzzles, mampu membuat analisis dan pemerhatian sendiri,menubuhkan platform untuk berkongsi idea dan mengembangkan koleksi jigsaw puzzles yang dikumpulkannya.Namun istilah ini digunakan secara umum kepada semua pembaca MistisFiles.
Jigdigger: para pengumpul jigsaw puzzles,profesionnya ialah memisahkan maklumat-maklumat ‘multilayer’ kepada lapisan-lapisan kebenaran dan kepalsuan,menganalisis dan menyebarkan hasil kajian.
Informer: para penyelidik bebas yang tersembunyi.Mereka menyembunyikan identiti mereka untuk tujuan keselamatan.Mereka selalu menggunakan ‘codename’ tertentu sebagai penyamaran dan seringkali dikesan memakai teknik ‘hacker’ untuk mendapatkan maklumat (puzzles) dan berkongsi maklumat.Selalu berhubung dengan ‘researcher’
Researcher: Master of Puzzles.Mengawal perkembangan puzzle-puzzle yang muncul.Menganalisis ‘puzzles traffic’ dan ‘riddle flow’ dalam lebuhraya konspirasi.
Shriner: para konsulat dalam Mistis Organization.
The Tree of Life
Bangsa Maya percaya bahawa di bumi terdapat syurga yang indah dan ajaib,yang disembunyikan oleh gunung yang misteri. Mereka menyebut tempat ini sebagai Tamoanchan. Syurga, bumi, dan dunia ghaib (Xibalba) dihubungkan oleh apa yang dipanggil sebagai ‘Dunia Pohon’.
Dalam dunia Judeo-Kristian,Pohon Kehidupan melambangkan hidup yang bebas dari kejahatan dan dosa sebelum Adam & Hawa jatuh ke bumi.
Di dalam Islam,terdapat satu pohon yang sangat besar,dipanggil Sidratul Muntaha yang terletak di Langit ke-7,di mana jumlah daunnya ialah sebanyak makhluk yang Tuhan ciptakan.Di sana juga terdapat Pohon Khuldi,yang terdapat di dalam syurga.
Persoalan Pohon Kehidupan muncul dalam banyak budaya dan agama di dunia.Bagaimana ini terjadi?Bagaimana pengetahuan tentang pohon ini menyebar luas di kalangan manusia?Apakah sebenarnya Pohon Kehidupan ini?
The Tree of Life
the tree in the Garden of Eden bearing fruit which gave eternal life
(Genesis 3:22–24)
Apakah sebenarnya Pohon Kehidupan?Mengapa banyak budaya yang memiliki cerita tentang Pohon Kehidupan?Jika benar,apakah ia memang berbentuk pohon yang biasa kita lihat?
-Konsep Kabbalah tentang Pohon Kehidupan
-Bayang Pohon Kehidupan dan kuda yang berlari 500 tahun perjalanan
-Buah Khuldi pada Pohon Kehidupan -Rahsia Sidratul Muntaha
-Gerbang Matriks melalui Pohon Kehidupan
Selamat Datang Ke MistisFiles
Selamat Datang ke MistisFiles.
Mistis bermaksud perkara-perkara yang menjadi misteri dan tersembunyi. Mistisologi pula adalah pengetahuan atau kajian kepada apa yang dikatakan bersifat mistis. Mistism adalah pembawaan atau nilai sesuatu yang bersifat mistis. MistisFiles pula adalah laporan atau hasil pemerhatian dari Mistisologi. Sebahagian dari MistisFile telah berada atau sedang berada di dalam apa yang di gelar sebagai X-File di sesetengah negara.
Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu ‘jigsaw puzzle’ yang berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan ‘jigsaw puzzle’ ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan ‘jigsaw puzzle’ tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.
Jika anda pembaca setia MistisFiles,anda sudah tentu tahu kredibiliti kami dalam memasarkan maklumat-maklumat yang kebanyakannya jarang diketahui khalayak.Kami mempunyai standard tersendiri dalam pembikinan artikel-artikel kami dengan tujuan berkongsi maklumat.
Di bawah ini adalah antara kempen-kempen artikel yang popular dan ada di antaranya mencapai tahap ‘cult’ di kalangan pembaca blog di Malaysia.
The Matrix 4th Density.
Keterangan: Siri Matrix adalah antara siri yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat sains-agama.Siri yang mengungkap kepalsuan alam dunia menurut fakta-fakta sains dari kajian Fizik Teori,Fizik Nuklear,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Teori String,Fizik Partikel dan sebagainya adalah ‘cult’ yang tersendiri oleh para peminatnya.Siri ini akan menyambung perbahasan seterusnya dalam tajuk ‘Matrix di dalam Matrix’.
Subjek:Fizik,Mekanik Kuantum,Kimia Mekanik,Sains Bahan,Metafizik,Agama
Alter Terahsia Bangsa Melayu
Keterangan:Siri ini adalah bestseller di dalam MistisFiles sejak diambil alih oleh penulis paling popular,prolifik dan kreatif-Srikandi.Siri ini mengungkapkan sejarah paling gelap satu tamadun yang dikenal sejak era Hapsetshut dari peradaban Mesir Purba,Phoenicia,Kerajaan Israel dan Judah serta Babilon.Sejarah ditulis oleh mereka yang menang,dan ini terbukti bahawa tamadun ini tetap wujud di kala tamadun yang sezamannya telah pupus atau mengecil.Bagaimana mereka ‘memenangi’ perlawanan untuk terus mengharungi keganasan zaman?Adakah melalui peperangan atau penjajahan?Srikandi bijak membangkit alter terahsia yang selama ini disimpan di dalam tabut rahsia beribu-ribu tahun yang lalu.
Dalam siri terbaru ini,Srikandi akan membawa anda menyelusuri pelbagai riwayat Mon,Pyu,Khmer,Thai,Annam,Burma dan diari-diari Imperial China serta membongkar catatan-catatan pengembara Parsi,Arab,India,China dan juga Jepun sekadar menamakan beberapa sumber.Srikandi akan membawa anda hasil kajiannya dari hutan Belum dan Pahang,menemui beberapa Tok Batin dari suku Jakun dan Semelai yang masih menyimpan rahsia beberapa Malay city-states yang pernah berdiri beribu tahun dahulu dari tradisi terahsia nenek moyang mereka zaman-berzaman.Juga beberapa suku bukit hasil pelarian dari Dvaravati,sebuah kerajaan purba orang Mon di tengah Thailand.Legenda naga Tasik Chini,gelaran naga dalam riwayat-riwayat Khmer,rahsia Merong Mahawangsa,asal-usul dinasti Pan-pan yang memerintah Funan,rahsia gelaran Si Antan dalam penabalan raja-raja Lao serta lokasi rahsia ibukota Srivijaya era pra-Dapunta Hiyang.
Subjek:Sejarah,arkeologi,sosio-budaya,antropologi,sains kronologi
Catatan Srikandi
Keterangan:Merupakan pengalaman dan diari Srikandi dalam mencari rahsia Kemelayuan.Catatan peribadi yang diolah dalam pelbagai aspek penulisan membuatkan siri ini mempunyai fans tersendiri.Sejarah Melayu menjadi epik yang tidak membosankan.Fakta dan legenda diadun dengan begitu mendebarkan di dalam pengalaman unik Srikandi,pejuang sejarah yang penuh emosi dan sensasi.
Subjek:Travelog,diari,rumusan ATBM,sejarah,arkeologi,antropologi,sosio-budaya
Heavengate “The Gate of Yehova”
Extension Pack
Keterangan:Siri antara paling kontroversi di dalam MistisFiles,menampilkan topik-topik yang jarang dan luarbiasa.Menyelusuri sejarah kemanusian mencari kebenaran dari era purba hingga era angkasa dan nuklear.Jangan lepaskan peluang mengikuti siri ini.Pelbagai kejutan dan keajaiban akan dipaparkan dalam The Heavengate.
Subjek:’rare,forbidden & topsecret’ material.
Jigsclue
Keterangan:Segala teknikal,strategi,taktik,tutorial dan teori malah kajian kes berkenaan perancangan pihak yang digelar ‘The Elite’,’Hidden Hand’,’The AntiChrist’ dan sebagainya.Sesungguhnya Iblis dan syaitan tidak berasa penat dan lelah berusaha siang dan malam menyesatkan anak Adam.Kebanyakan kandungan di dalam siri ini di luar kotak pemikiran.Media menggelarkannya ‘Teori Konspirasi’,pesimis melabelkannya ‘paranoid’,mereka yang perasan bijak mencebiknya sebagai ‘tahyul dan karut’.
Orang ramai melihatnya sebagai filem ‘National Treasure’ dan hiburan masa lapang.



