Sinopsis: Aleppo, Mengapa Mereka Membunuhmu?
[MUKADDIMAH]
Terdapat banyak pendapat dari orang ramai dan pelbagai pihak tentang misteri di sebalik apa yang berlaku di Syria. Ada yang mengandaikan bahawa ini adalah konflik antara kerajaan Assad dan para penentangnya yang memberontak di atas kezaliman dan ketidakcekapannya menangani isu-isu kemanusian di Syria. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah perang antara sektarian; Sunni dan Syiah. Ada juga menyatakan ia adalah perang antara blok Amerika dan blok Rusia, untuk melindungi kepentingan kapitalisme masing-masing di Dunia Arab.
Walau apapun alasannya, yang terbunuh sama adalah orang awam. Yang terbunuh sama adalah anak-anak kecil yang tidak berdosa, yang terbunuh sama adalah para wanita dan orang-orang tua yang tidak berdaya. Tidak kira siapa yang mengebom, siapa yang menembak: FSA, Al-Nusra, ISIL-Daesh, Iran, Assad sendiri atau Rusia yang tiba-tiba ingin ‘mengambil berat’…yang tetap terbunuh adalah orang Islam dan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa.
Kini situasinya, siapa yang menembak, yang terkena adalah umat Islam. Kini permainan yang sama berlaku di Aleppo (Halab). Mereka mengatakan mengebom pemberontak. Pemberontak mendakwa mereka mengebom musuh mereka. Tetapi yang nyata ‘dibunuh’ adalah anak kecil berumur 2 tahun!
Semua ini meremang dalam satu soalan pedih: Aleppo, Mengapa Mereka Membunuhmu?
Artikel ini menjelaskan satu-persatu pihak yang terlibat di dalam konflik Syria dan apa kepentingan mereka masing-masing sepertimana Amerika dan Rusia yang memang memiliki kepentingan peribadi dalam konflik berdarah ini. ISIL-Daesh juga tidak terkecuali, sebagai perkakas bagi kuasa-kuasa besar mengimbangi atau meneutralkan pergerakan ‘Mujahidin’.
Artikel penuh di: Aleppp, Mengapa Mereka Membunuhmu?
Belum lagi menjadi ahli? KLIK Join Us
Aleppo, Mengapa Mereka Membunuhmu?
ATBM XXXI : The Secret Key to Mount Ophir
Analisis dari catatan-catatan Biblikal menunjukkan emas-emas dibawa dari tempat-tempat yang digelar Tarshish dan Ophir. Satu rahsia penting yang tidak diketahui dan jarang diperasan ramai orang adalah, kebanyakan emas-emas itu dibawa dari Ophir misalnya, menggunakan perkhidmatan kapal-kapal dari Ophir juga, kerana kapal-kapal gaya Mediterranean tidak sesuai dipakai di laut lepas contohnya di Lautan Hindi. Malah di dalam rekod-rekod ini juga mengakui mereka memang menggunakan kapal-kapal Ophir untuk mengangkut barangan import dari sana.
Persoalannya di manakah Ophir?
Setelah kajian menggunakan berpuluh-puluh rujuk-silang, pembinaan leksikon dan penyelesaian algoritma linguistik, serta pelbagai sumber tempatan dan catatan-catatan pedagang dan pengembara asing, rupa-rupanya OPHIR itu adalah satu TANDA.
Tanda ini yang digunakan oleh para pelayar, pedagang dan pengembara untuk sampai ke hujung dunia, merentasi satu selat yang panjang.
TANDA itu ibarat satu KUNCI; kunci ke arah KEKAYAAN YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN OLEH SEORANG PERAMAL, ATAU SEORANG RAJA PUN DI MUKABUMI!
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXXI
All the articles mentioned in the Biblical account of Mount Ophir
are found in and about Malacca in abundance, while on the coast of
Africa two of them, peacocks and silver, are missing.
-Rounsevelle Wildman
ATBM XXX : “The Pool of Gold Bars”
Dalam catatan dari pengembara dan pedagang yang bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi, kemudiannya dikomentar oleh Abu Zaid Hassan pada tahun 916 Masehi ada menyebutkan bahawa emperor Srivijaya amat kaya dengan emas dan setiap hari membuang JONGKONG EMAS ke dalam kolam di depan istananya. Pengembara Arab itu menyebutkan dengan jelas bentuk ‘jongkong’ itu dengan menjelaskan bentuknya seperti batu-bata.
“…setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja, para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan”.
Kemudian, Mas’udi yang menulis dalam tahun 943 Masehi dalam kitabnya bernama “Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawhar” telah menyatakan :
“…di sekitar Kalah (Kedah) dan Sribuza (Srivijaya) terdapat lombong-lombong emas dan perak, ikut jalan laut, Kalah terletak lebih sedikit dari setengah perjalanan antara Negara Arab dan Negara China. Hari ini Kalah menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar Islam dari Siraf dan Oman. Dari sini mereka menaiki kapal China untuk pergi ke Negeri China. Laut Kalah cetek dan sukar dipelayari serta banyak pula pulau-pulau kecil dan selat-selatnya.”
Sekarang kita sudah tahu lokasi salah sebuah lombong emas Maharaja Zabag.
Namun nanti dahulu,
Persoalannya, mengapa hanya loji-loji pemprosesan besi sahaja dijumpai di tapak arkeologi Sungai Batu?
Di MANAKAH LOMBONG EMAS DAN PERAK KEDAH TUA?
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXX
I have sent to you a gift, which is not much of a gift but a greetings and I wish that you may send to me someone who might teach me Islam and instruct me in its Laws
-King of Zabag, in his letter to Umar ibn Abd al-Aziz of Umayyad Caliphate
ATBM XXIX : The Red Purse
Sekitar 1893-94, Kerajaan Siam menghadapi peperangan dengan Perancis. Kedudukan Siam ketika itu amat bahaya, dengan persenjataan dan teknologi perang Perancis yang jauh lebih maju dari Siam, dan yang paling menekan Siam ialah, tanpa bantuan sekutu kuatnya, Inggeris yang selalu membantunya terutama ketika berperang dengan negeri-negeri Melayu utara.
Siam ditinggalkan seorang diri oleh Inggeris, dengan seluruh kekuatannya, menghadapi Perancis.
Seperti yang dijangka, Siam dikalahkan dengan teruk dalam beberapa pertempuran dengan Perancis. Perancis mara dengan mudah dan menjajah beberapa wilayah Siam seperti di Chantaburi dan di sepanjang tebing barat Sungai Mekong serta membina pangkalan tentera di Siem Reap dan Battambang.
Pada 20 Julai 1893, Perancis menekan Siam dengan tuntutan yang berat ketika pasukannya bersiap sedia untuk menggempur Bangkok. Perancis menuntut pembayaran gantirugi sebanyak 3 juta franc dalam masa 48 jam, jika tidak, Perancis akan menjadikan seluruh Siam sebagai koloninya.
Keadaan menjadi amat genting apabila laporan dari Perbendaharaan menunjukkan rizab kerajaan tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan Perancis itu. Sebenarnya, bukan sahaja jumlah wang yang menyulitkan Siam, tetapi Perancis inginkan pembayaran itu bukan dalam matawang biasa tetapi melalui syiling-syiling emas.
Walaupun seluruh kerabat diraja dan pekerja istana dikerahkan untuk memberikan seluruh harta benda mereka seperti barang kemas dan simpanan mereka, namun jumlah itu belum mencukupi. Tempoh 48 jam semakin berakhir. Keadaan semakin genting dan muncung-muncung meriam kapal perang Perancis sudah bersiap sedia untuk membedil Grand Palace.
Akhirnya, pihak Perbendaharaan terpaksa membuka sebuah bilik rahsia di istana, yang menyimpan satu ‘national treasure’ yang hanya boleh digunakan ketika waktu-waktu sukar. Harta karun itu adalah rizab berupa logam-logam berharga yang berasal dari 12 negeri Melayu ketika zaman Sri Dharmaraja dan simpanan itu ditambah dari semasa ke semasa terutama ketika pemerintahan Rama III.
Harta karun itu digelar,
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIX
“…and requested of them the suay in silver tamlun, pad and salun, payable to the royal treasury…”
ATBM XXVIII : The White Spiritual Boy
Sekitar akhir tahun 1980-an, seorang lelaki bernama Ray Chhat Dam, telah menemui beberapa anekdot menarik tentang cerita kekayaan raja-raja yang bertukar menjadi pegangan bank-bank antarabangsa yang ditaja Amerika. Antaranya:
1) Operation Golden Lily/Yamashita’s Gold
2) Nazi Gold
3) Project Hammer
4) Green Hilton Agreement
5) British Crown Agent
6) De Javasche Bank Scandals
7) Red Purse
8) Gold Pool
Dia mendapati bahawa di sana terdapat kekayaan sesuatu pihak yang dirampas atau diambil secara paksaan atau halus ketika imperialisme kemudian dijadikan tabung (fund) atau simpanan (reserve) selepas perang. Ini mencetuskan idea kepada lelaki ini untuk bertindak ke atas maklumat tersembunyi ini.
Pada 20 Januari 1995, Ray telah menubuhkan OITC (Office of International Treasury Control) yang berfungsi untuk menyakinkan pihak-pihak berkaitan dengan kekayaan yang dipegang oleh bank-bank antarabangsa ini bagi menarik sebahagian atau semua sekali dana yang dibekukan. Ini melibatkan dokumen-dokumen penting yang dipegang waris atau pihak terbabit dengan dana tersebut dan OITC bertindak seakan-akan orang tengah, yang kononnya boleh membantu.
Ray dan kuncu-kuncunya menggunakan banyak terma untuk menjayakan rancangan ini, termasuklah menjaja legenda tentang suatu kelompok atau keluarga diraja yang memiliki kekayaan yang banyak, digelar ‘Dragon Family‘.
Sementara itu, hampir semua kes di atas melibatkan kekayaan yang dipegang para bankers yang dinaungi oleh perkakas-perkakas kewangan Amerika seperti Federal Reserve, JP Morgan atau setidaknya Rothschild. Namun, Ray kononnya menyedari bahawa British Crown Agent tidak berkuasa sepenuhnya ke atas kekayaan peribadi sultan-sultan di Tanah Melayu. Dia juga tidak mengetahui malah masih mencari maklumat dua lagi dana yakni ‘Red Purse’ yang dipegang monarki Thailand dan ‘Gold Pool’ yang dipegang salah seorang kerabat diraja Perak. Namun, dipercayai Ray dan kuncu-kuncunya menyembunyikan perkara ini, dan sebaliknya menyebarkan cerita tentang Dragon Family.
Untuk meyakinkan kerabat diraja Asia, dia melantik dirinya sebagai King Anthony Santiago Martin yang memiliki dokumen sah untuk mencairkan dana-dana itu. Tertarik dengan legenda orang suci yang menjaga emas-emas Srivijaya, dia menggunakan nama akaun palsunya dalam mengelabui mangsa-mangsanya (fraud) iaitu,
“The White Spiritual Boy”
The King of Zabag rules the lands from Malabar through the East Indies, India Minor, from Malabar to Sind, and India Tertia, the east coast of Africa.
Maklumat yang akan dibentangkan ini sangat-sangat sulit sebenarnya. Namun MistisFiles akan menyederhanakan kandungannya. Selepas beberapa kali diedit untuk melindungi beberapa maklumat yang tidak boleh dipaparkan kepada umum, MistisFiles memberi keizinan kepada penulis (Srikandi) untuk melepaskannya.
ATBM XXVII : The Nazi Gold
Perang Dunia Kedua, pihak Jerman telah merampas sejumlah rizab emas di bank pusat Belanda.
Pada tahun 1948, Bank for International Settlements (B.I.S) telah ditubuhkan secara rasmi oleh Pihak Berikat bagi menyeragamkan ekonomi selepas perang. Anehnya, B.I.S telah bertindak lebih jauh dari itu apabila berperanan sebagai ‘bank pusat untuk semua bank pusat’. Sebenarnya B.I.S telah pun dibentuk sejak pasca Perang Dunia Pertama lagi tepatnya pada tahun 1930 apabila digunakan untuk menyelaras pembayaran gantirugi Jerman yang kalah perang ke atas negara-negara yang menuntut gantirugi tersebut.
Laporan dari Jabatan Perbendaharaan Amerika pada Jun 1945 menyatakan terdapat rekod B.I.S menerima sejumlah jongkong emas yang dirampas dari Reichsbank milik Nazi Jerman.
‘Emas Nazi’ bukan hilang di Tasik Toplitz, tetapi telah berada di sebalik wang fiat di bank-bank pada hari ini.
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXVII
“The man who has no sense of history, is like a man who has no ears or eyes”
– Adolf Hitler
ATBM XXVI : The Green Agreement
Pada Mac 1946, Revolusi Sosial telah pecah di Sumatera Timur, menyaksikan keruntuhan Kesultanan Melayu di beberapa lokasi dengan dipacu oleh gerakan berasaskan sosialisme bersifat anarki. Gerakan ini bukan perjuangan rakyat secara tiba-tiba dan membuta-tuli, namun dipacu oleh gerakan terancang dan sistematik, atas satu tujuan yang rahsia.
Ketika itu adalah masa-masa selepas Perang Dunia Kedua. Di Fort Knox, rizab kerajaan Amerika mengalami penyusutan akibat pembiayaan perang dan kajian sains untuk Fizik Nuklear bagi pembuatan bom atom.
Kesultanan-kesultanan yang kaya-raya itu lenyap, bersama lenyapnya harta kekayaan mereka, yang mana disimbolkan dengan istana-istana indah, kebun-kebun yang luas dan kapal-kapal wap yang mahal. Semuanya lenyap secara aneh pada Mac 1946 itu dengan agak tergesa-gesa.
Soalannya: di manakah harta kekayaan mereka pergi pada Mac 1946?
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXVI
Productive people guard their time more heavily than the gold in Fort Knox.
-Robert W. Bly
ATBM XXV : The King Solomon’s “Offshore” Mines
Di dalam rekod Biblikal, kerajaan Solomon telah mendapatkan bekalan emas dan barang-barang berharga dari Tarshish dan Ophir. Sehingga kini, lokasi sebenar kedua-dua tempat ini masih diperdebatkan sarjana. Kedua tempat itu pula amat jauh, sehingga diperlukan kapal-kapal untuk merentasi lautan untuk ke tempat-tempat itu.
Sebenarnya, King Solomon bukan sahaja mengimport emas dari kedua tempat rahsia tersebut, namun, telah membina lombong-lombong emasnya di seberang laut, yakni jauh dari Israel Raya, di
Tarshish dan Ophir
…yang mana, keduanya dijadikan ‘Caymen Islands’ untuk sebahagian harta kekayaan kerajaannya. Sebahagian lombong-lombong emas itu disewa dari pemerintah tempatan dan bekalannya dibawa ke kerajaannya melalui bantuan suku nomad laut yang menjadi legenda sejak zaman-berzaman.
Alter Terahsia Bangsa Melayu XXV
“By the east wind you shattered the ships of Tarshish…”
Psalm 48:7














