Malay Metallurgical: Qala’i “The Bani Qainuqa”

jewspainting

 

Di antara pedang-pedang yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w,terdapat satu pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain.Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya.Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’.

Didapati dari rampasan perang dari salah satu suku Yahudi yang terkenal di Madinah,pedang ini menariknya bernama Qala’i,pedang yang kita kenal adalah berasal dari Kedah Tua.Kita akan menyiasat dari manakah suku-suku Yahudi mendapatkan pedang aneh ini.

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Make a charity donation: http://goo.gl/ZAnjH
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

 

Pedang Qala’i milik Rasulullah s.a.w yang tersimpan di Istana Topkapi di Turki memiliki asal-usulnya yang tersendiri.Salah satu versi popular ialah ia berasal dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa,iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah.

Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah?Ada ceritanya.Dari sini kita tahu produk orang-orang Melayu dahulukala digunakan oleh orang-orang Yahudi.Ini bermakna produk orang Melayu Kedah Tua menyebar ke seluruh seantero dunia sehingga masuk ke dalam rumah-rumah perwira Yahudi yang di sana tergantung pedang-pedang Qala’i yang berasaskan teknologi pamor keris.

Mengapa dalam banyak-banyak pedang,pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi s.a.w?Lantas Nabi s.a.w memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu?

Mari kita menelusuri sejarah suku-suku Yahudi di Madinah dan kisah yang mereka percaya tentang kedatangan seorang rasul akhir zaman di tanah Arab.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Malay Metallurgical: Qala’i “”The Sword of Last Prophet”

Di dalam Istana Topkapi di Turki,terdapat sebilah pedang milik Rasulullah s.a.w. Ia adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu.

Pedang itu bernama Qala’i,menggunakan teknologi pamor yang berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua yang disebut oleh Idrisi,ahli geografi Arab era Abbasiah dalam karyanya al-Rujjar (Nuzhat al-mushtāq fi’khtirāq al-āfāq) dan Abu Dulaf,pengembara dan pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’ fil-jughrafiyya.

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Malay Metallurgical: Pamor vs Wootz Steel

 

 

 

Tahukah anda bahawa teknologi pamor (teknologi campuran aloi besi keris) itu dikenali sebagai ‘wooltz steel’ oleh Barat adalah dari asal-usul yang sama?

Saya akan terangkan bagaimana kekeliruan ini berlaku sehingga lembu punya susu,sapi dapat nama dan mengapa teknologi pamor atau ‘wooltz steel’ di India pupus secara aneh pada abad ke-18.

Kekeliruan terjadi kerana orang Melayu telah mengeksport besi ke India bukan secara terus,tetapi melalui satu pelabuhan lain di Afrika!
 

======================================================================
 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK
Versi penuh artikel ini  boleh dibaca oleh Inner Circle.

Siapa yang memiliki buku “Melayu Pribumi Asia Tenggara” terbitan HRP
sila ulangkaji bab 10 “Keris Warisan
Nusantara”
    =======================================================================

 

 

 

 

 

DALAM mantera-mantera Melayu,selalu kedengaran istilah ‘besi kursani’.Malah dalam lagu ‘Mantera Semerah Padi’ dendangan M.Nasir,dimulakan dengan istilah ini.
Apakah dia besi kursani?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

“Sword of The Sea Dragon”

Keris adalah lambang kepada keberanian dan kepahlawanan bangsa Melayu khasnya.Ia dikatakan memiliki kuasa ajaib dan cara membuatnya memerlukan ritual khas yang juga acapkali menjadi simbol mistik kepada orang Melayu.Ia dikatakan diperbuat dari campuran pelbagai logam dan material mistik seperti ‘batu petir’ dan ‘besi kursani’.

Saya,Srikandi akan meneliti semua yang dikatakan ‘mistik’ dan ‘tahyul’ ini sebenarnya membawa kepada teknologi yang misteri dan jika diketahui kepada sesetengah orang,akan menganggapnya sebagai ‘alien tech’.

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

 

 

Saya (Srikandi) telah meneliti catatan-catatan Arab dan Parsi,tentang teknologi mencampur dan menempa besi yang paling misteri di dunia,dengan warisannya di India telah berakhir pada abad ke-18 ketika penjajahan British di sana.

Namun,ramuan aslinya (original recipe) masih berada di tempat asalnya,di sebelah timur.

Semua ini bermula apabila kajian saintis mendapati terdapat unsur-unsur teknologi nano di dalam kepingan besi dari bilah senjata yang diperbuat dari ‘Damascus Steel‘ yang terkenal itu.

Untuk itu saya telah meneliti catatan dari Al-Biruni dan Al-Kindi,dua nama sarjana tersohor dalam ketamadunan Islam yang membincangkan sains pembuatan pedang-pedang bermutu tinggi.

Akhirnya semua misteri ini kembali kepada rahsia dari catatan seorang ahli geografi Arab bernama Idrisi pada tahun 1154 Masehi, di dalam kitabnya Al-Rujjar:

“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”

 

SELAMAT DATANG KE DUNIA METALLURGICAL MELAYU YANG MISTERI.

 

 

 

 

 

“Sword of The Sea Dragon”

The Malay Metallurgical

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini adalah kempen ‘easter eggs’ dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu V “The Secret Key to Mount Ophir”

Tajuk-tajuk dalam minikempen ini (klik pada tajuk):

1. “Malay Metallurgical”

2. “Qala’i & Qala”

3. “Damascus Steel”

4. “Tiler Sword”

5. “Besi Kursani”

 

 

 

“Luhur Sejarahku Abadi”

~Srikandi

Perang Srivijaya-Chenla 774-780

 

 

 

Jayavarman II dikenali sebagai pengasas Angkor dengan mengisytiharkan dirinya bebas dari satu kuasa besar Asia Tenggara.Kuasa ini dikenali sebagai The Emperor of Southern Seas oleh catatan-catatan pengembara China dan Maharaja of Thousands Islands oleh para pedagang Arab dan Parsi.Tidak ramai tahu tentang peperangan yang telah terjadi di Indochina melibatkan kuasa ini,Srivijaya dengan Chenla, iaitu kerajaan awal orang Khmer sebelum wujudnya Angkor.

  

====================================================================

 Jabatan Sejarah

The Historian Secret Society

Area 33

Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”

AKSES KEPADA ATBM V>>  http://goo.gl/1QBIQK

    ====================================================================

 

 

 

Saya (Srikandi) telah merujuk kepada empat sumber yang menceritakan kejadian yang sama,berlaku kira-kira 1200 tahun dahulu di Indochina,melibatkan sebuah kerajaan besar Melayu dengan kerajaan terawal orang Khmer iaitu dikenali sebagai Chenla dalam rekod-rekod pengembara dan imperial China.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pembuka Bicara Dari Srikandi

 smallvoo

The Historian Secret Society

Jabatan Sejarah

Jalan Genting-Klang

 

 

 

 

 

 

“…gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha…”

 

Kepada para peminat sejarah Melayu,kepada kerabat diraja dan negarawan terbilang,kepada para pendekar dan panglima terhandal,kepada para pengkaji dan cendekiawan bijaksana dan sini…

…Dari gerbang para Dapunta dan Maharaja,saya…Srikandi memperkenalkan diri bersama seribu perhiasan emas Haikal Sulaiman dan Etemenanki.

Bukanlah mudah untuk membuka bicara atas nama sejarah Melayu.Bukankah senang jika gadis Melayu dasawarsa ini seperti saya membuka kisah cintan-cintun opera yang membikin khayalan ghairah dan pasrah?Bukankah mudah jika membicarakan tentang wayang nan muzika yang membuatkan khalayak rasa berdiri di atas trend dan ruangmasa?

Bukan begitu saudara dan saudari,perjuangan saya tidak berpaksi kepada kapitalisme dan liberalisme.Perjuangan saya walau dituduh fasisme dan berkedok nasionalisme,namun perjuangan saya adalah laksana bunga-bunga ros dari puisi Jalaludin Ar-Rumi.Perjuangan saya seakan-akan mistik Black Madonna di dalam Santiago de Compostela.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Ucapan Pembukaan Oleh Lonecryer

 lonecryerbadge

The MistisFiles

St. Gallen

Codeloc: 7703

 

 

 

 

 

 

 

Assalamulaikum warahmatullahiwabarakatuh & Salam Sejahtera,

 

Ketika Srikandi menyiapkan tugasannya yang saya berikan dua tahun lepas berdasarkan “The Black Diary” atau diari milik Lodgekeeper itu,saya telah melihat beberapa ‘glitch’ dalam sejarah Melayu.Ia seolah-olah di sana…ya di sana ada pihak yang menyusun satu teka-teki;gunanya untuk menyembunyikan satu jalan atau kunci.

KUNCI ITU ADALAH UNTUK MEMBUKA SATU PINTU ATAU JALAN.

The Black Diary bukanlah dongeng yang sengaja diada-adakan.Ia adalah himpunan catatan Lodgekeeper,saya rasa siapa yang membesar bersama MistisFiles sejak 10 tahun lepas akan sekurang-kurangnya pernah mendengar nama ini.Di dalamnya terdapat foto-foto lama yang diketipkan bersama keratan-keratan akhbar dan mukasurat-mukasurat tertentu yang terpisah atau dikoyakkan dari buku-buku atau majalah tertentu.

Srikandi memang mengidamkan untuk memiliki diari ini malah mungkin siapa saja.Ada sebab mengapa Srikandi ingin sekali memiliki atau menyimpan diari ini dalam tempoh masa yang lama.

Saya hanya membenarkan beliau melihat beberapa mukasurat.Namun sikap Srikandi yang licik,gatal tangannya menyelak satu mukasurat yang tidak sepatutnya ia melihatnya ketika itu.Oleh kerana sudah dua tahun berlalu,saya beritahu anda apakah ia.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Alter Terahsia Bangsa Melayu V : The Secret Key to Mount Ophir

 

 

 

 

Sekitar tahun 1923,sekumpulan pengkaji Inggeris telah menemui sekumpulan skrol di sebuah lubang di pinggir Tasik Galilee.Kumpulan skrol itu ditunjuk oleh para pekerja pembinaan yang melihatnya seperti sesuatu yang amat tua dan bernilai.Para pengkaji itu membawanya skrol-skrol yang diperbuat dari kulit yang dikeringkan itu ke muzium di Britain dan mula membuat terjemahan dan kajian.Nampaknya tulisan di skrol itu adalah dari jenis skrip Aramaik era pertengahan.

 

Skrol itu berisi kandungan yang bercampur-campur,antara berupa ajaran-ajaran bersifat keagamaan,sedikit ilmu kerohanian purba seakan-akan Kabbalah dan catatan-catatan yang kabur seperti diari.

 

Namun,di antara isi kandungan skrol-skrol itu terdapat sesuatu yang memeranjatkan para pengkaji tersebut….

 

Di sana tertulis perkataan …Mala dan Ophir….

 

Pada tahun 1920,sebuah dokumen berusia abad ke-16 telah dicetak di Sepanyol.Dokumen itu berasal dari Archivos de Indias de Sevilla yang termuat dalam satu jilid bertajuk Coleccion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.

 

Anehnya,pada dokumen bernombor 98,mukasurat 112-138,telah menceritakan jalan ke “Ophir”.

Di sana,dalam dokumen itu menyimpulkan bahawa Ophir itu terletak…”…dari China,menghala ke laut…di antara banyak kepulauan,di mana orang-orang Maluku,China dan ‘Lequios’ bertemu untuk berdagang..”

 

‘Lequios’ adalah satu kaum yang misteri,dilabel oleh pengembara Sepanyol sebagai ‘…group of Hebrews who settled around Ophir..’

 

Kemudian ditemui dalam bahasa purba ‘Sri Visaya’ di Filipina dicatatkan perkataan ‘Malayu‘ bermaksud ‘Mala‘ dalam bahasa Ibrani Kuno yang membawa erti ‘memenuhi’.

Dalam karya Rounsevelle Wildman yang diterbitkan dalam tahun 1899,beliau mencatatkan,setelah menemui beberapa orang Melayu yang dikatakan ‘menyimpan rahsia keturunan’ mereka tentang emas dan ‘Ophir‘:

 

“…all the articles mentioned in the Biblical account of Mount Ophir are found in and about Malacca in abundance, while on the coast of Africa two of them, peacocks and silver, are missing..”

 

Semua ini semakin mendebarkan apabila ditemui pula terpahat pada batu bersurat di Kemboja,kira-kira 20 kilometer dari Kompong Cham,dalam perenggan berisi puji-pujian kepada Bhavavarman I:
“…mala malayu iva malayam raja”

 

..yang bermaksud:’Mala Kings of Malayu‘ (Raja-raja Mala dari Malayu)…

….

…….

..

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada sesuatu di sana…

..

..

 

 

Di dalam skrol purba itu…

..

..

..

 

 

..

..

yang juga diketahui oleh Infante Dom Henrique de Avis

..

… tentang JALAN KE OPHIR..

..

..

.

.

tentang siapakah Mala itu…

..

.

.

.

.dan Ophir…

.

.

.

MALA DARI MALAYU

 

 

 

 

 

Continue reading

The Holy Sepulchre of Janus Part II

darkvat8

 

Vatican dibina di atas bukit di mana kuil Janus berdiri.Di samping St John Lateran, gereja di mana Paus dilantik, adalah tugu daripada Tutmoses III, yang didedikasikan kepada Re-Horakhty, dewa matahari.

Puing-puing penyembahan Janus di bawah gereja besar itu seolah-olah merasuk perlahan-lahan,selama beribu tahun merentasi era Rom,Byzantin,era Kegelapan Eropah,Renaissance dan era moden.

Ia merasuk dengan cara politik dan sosial,berdasarkan kepentingan sesetengah pihak,ia merubah satu agama kepada penyakit kepercayaan dan krisis agama antara yang terhebat dalam sejarah peradaban manusia.

Penyakit…yang menjadikan awan mendung di atasnya,benar-benar menggelapkan bumbung gereja syaitan itu;tempat di mana Dewa Janus dikuburkan ‘hidup’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The Holy Sepulchre of Janus

 

Part II

 

 

 

 

 

 

Plight-of-Antidisestablishmentarianism

“When Rome went from being pagan to Christian under Constantine, they had to find a replacement for the great mother of paganism..”

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Holy Sepulchre of Janus Part I

darkvatican7

 

 

‘Crossed Key’ iaitu lambang dua kunci bersilang;satu berwarna emas dan satu berwarna perak.Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.Apa yang diberitahu tentang asal-usul lambang ini?

“And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven.”

-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

Kononnya ia berasal dari kata-kata Jesus.Namun sebenarnya,ia adalah alasan yang lain.Apa maksudnya?

Alasan untuk menyesuaikan ia dengan satu tradisi pagan yang hampir serupa;berkenaan THE KEY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The Holy Sepulchre of Janus

Part I

 

 

 

 

 

janus

 

“…Janus means “archway” in Latin. Janus was the Roman god of gateways and beginnings, often depicted as having two faces looking in opposite directions. The month of January is named for him..”

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us