Malay Metallurgical: Qala’i “Yamani Sword”

kingswords

 

Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dan dikomentar oleh al-Biruni,terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia iaitu pertama,pedang Yaman,yang kedua,pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.Namun,ahli geografi terkenal,Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.Keanehan lain terjadi apabila seorang lagi sarjana tersohor Islam,al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’.

Mengapa pedang Qala’i ini memiliki kaitan misteri dengan kedua-dua pedang yang lain itu?Di sini kita dapat menghidu bahawa akhirnya pedang Qala’i ini sebenarnya adalah pedang yang paling terbaik di dunia dan paling terunggul mengatasi semua pedang apabila suku Jurhum yang menanam pedang Qala’i di telaga Zamzam itu sebenarnya berasal dari Yaman!

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

“Yamani Sword”

 

Menurut Al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf  رسالة إلى بعض إخوانه في السيوف                                         menyatakan bahawa di sana terdapat 3 jenis pedang yang paling terbaik kualitinya di dunia:

 

1) Pedang Yaman

2) Pedang Qala’i

3) Pedang as-Saif al-Hindi

 

Namun catatan Abu Dulaf dan Idrisi menjelaskan misteri Qala’i ini bahawa pedang-pedang Qala’i ini berasal dari Zabag atau Qalah yakni Kedah Tua pada masa silam.Misar Ibnu Muhalhil adalah nama sebenar Abu Dulaf yang melawat Kedah pada 940 masehi.

 

 

Al-Kindi juga menyatakan bahawa Qalah/Kedah adalah salah satu sumber pembuatan pedang-pedang berkualiti.

qalaikedah

 

Menurut al-Biruni dalam kitabnya Kitab al-Jamahir fi ma`rifat al-jawahir  الجماهر في معرفة الجواهر

bahawa besi-besi dari Qalah memiliki unsur ‘sharbuqan’ atau jenis besi keras dan besi ini adalah salah satu campuran dalam menghasilkan besi-besi Damaskus

Daripada artikel-artikel yang lepas tidak syak lagi,apa yang dikatakan sebagai ‘pedang Hindi’ itu sebenarnya adalah ‘pedang Qala’i’ yang dieksport terlebih dahulu ke Mozambique dan seterusnya di-rebranded sebagai ‘al-saif al-hind’.Rujuk peta di bawah:

 

sofalanew

 

Jadi dalam senarai pedang-pedang terbaik al-Kindi,pedang kualiti yang ketiga yakni ‘pedang Hindi’ telah checkmate kepada pedang Qala’i.

 

The Best Quality Sword in The World according to al-Kindi:

1) Yamani

2) Qala’i

3) al-Saif al-Hind (rupanya pedang Qala’i yang dilabelkan semula)

 

Sekarang tinggal 2 pedang ini:

1) Yamani

2) Qala’i

 

Dari manakah asal-usul pedang Yamani?Adakah pedang ini memang berasal dari orang Yaman?Atau sebenarnya ia adalah pedang Qala’i yang dijenamakan semula oleh orang-orang Melayu Kedah untuk menawan pasaran pedang di Timur Tengah?

Atau sebagai satu strategi untuk monopoli pasaran,jadi semua pedang yang terbaik jenamanya seperti pedang Yamani,pedang Qala’i dan Pedang Hindi adalah buatan orang Melayu Kedah??

Bijak..bijak…

Perkara ini terbongkar apabila al-Kindi mengesan satu lagi jenis pedang Arab iaitu al-Fa’liyya juga sebenarnya adalah dari jenis Qala’i yang berasal dari Yaman!

 

Jelas,pedang-pedang Qala’i juga dieksport ke Yaman,yang merupakan pelabuhan utama Tanah Arab yang mengadap ke lautan Hindi.

Perkara lebih terbongkar apabila suku Jurhum yang membawa pedang Qala’i ini ke Mekah adalah berasal dari cabang bangsa Arab Qahtan yang merupakan penduduk asal Yaman!

 

Dalam artikel kali ini,saya akan jelaskan bagaimana pedang Yamani juga adalah pedang Qala’i yakni pedang buatan orang-orang Melayu purba dari Kedah Tua

Saya juga akan menjelaskan misteri suku Jurhum ini yang memiliki pedang Qala’i ini.

Saya juga akan membongkarkan cross-reference di antara usia tapak arkeologi Sungai Batu di Kedah dan industri pemperosesan besinya yang kini mencapai usia 500 tahun sebelum Masehi adalah bertepatan dengan rekod Arab sehingga mencapai era Nabi Ismail a.s yang telah mengahwini seorang gadis dari suku Jurhum!

 

Misteri Suku Jurhum dan Bani Qahtan

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply