Sehingga ke hari ini manusia tercari-cari rahsia ketamadunan manusia. Adakah kemajuan manusia bersifat linear atau sebaliknya.
Dalam kitab-kitab agama pun ada membayangkan bahawa terdapatnya umat-umat yang binasa atau dihancurkan pada masa lalu.
Kita sambung perbincangan yang menarik ini.
BACA SELANJUTNYA.
Sekiranya tiada makhluk asing yang berakal dan berpijak di atas daratan di alam semesta ini maka sumber mineral di alam semesta ini SEHARUSNYA milik umat manusia semata-mata tinggal lagi keperluan teknologi untuk menggapai planet-planet dan bintang-bintang yang jauh masih belum tercapai. Oleh itu, saya pernah membaca Al Quran tentang kekafiran manusia tetap berlaku walau teknologi manusia mencapai tahap membina tangga ke langit dan membelah bumi. Bagi saya, ini semacam suatu isyarat bahawa manusia samada pernah mencapai teknologi sangat hebat pada waktu lalu atau akan mencapainya pada masa depan. Saya percaya jika manusia memiliki pesawat sepantas cahaya maka alam semesta ini mungkin dapat dikuasai dan jauh di sudut hati saya ingin melihat pencapaian umat manusia ke tahap teknologi itu untuk melihat penerokaan angkasa lepas dan lautan dalam ke tahap yang lebih jauh.
Apa pun jika MO mengatakan pesawat telah sampai ke Bulan dalam naratif setiap bangsa-bangsa dunia saya teringat akan tamadun Mu dan Atlantis. Mungkin ada kaitan. Wallahualam.
Ada pendapat yang mengatakan jika dahulu ada tamadun canggih, sehingga boleh buat kapal angkasa dan sebagainya di mana kesan2 itu sekarang? Sebenarnya jika tamadun itu dijungkirbalikkan seperti kes tamadun kaum Nabi Laut atau dalam Injil disebut ‘Sodom dan Gomorrah’ itu yang terhapus sama sekali dan dikatakan menjadi Laut Mati maka memang kita tak akan dapat melihat apa-apa kesan tamadun pun.