Vaksin telah ditemui. Berjuta-juta orang telah disuntik.
Persoalannya, Covid-19 ini bermutasi. Kini telah banyak varian muncul. Setiap varian memiliki keupayaan yang tersendiri.
Adakah setiap kali varian baru muncul, maka vaksin lama perlu diganti dengan vaksin baharu?
Ini adalah isu panas di kalangan pakar perubatan.
BACA SELANJUTNYA
Setahun yang lalu tatkala membaca artikel mengenai Covid dari MO buatkan hati saya gelisah. Saya merenung ke jendela, memikirkan perkara-perkara yang berlaku. Saya memberitahu kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja. Waktu itu masih ramai yang anggap wabak hanya di China tapi saya berfikir sebaliknya. Akhirnya Covid mendarat di negara ini, sebagaimana yang ditanam dalam minda manusia mengenai wabak penyakit dan zombie di dalam movie2 Hollywood, kini telah muncul satu persatu. Sudah setahun berlalu, kasihan kepada anak-anak kecil yang masih bersekolah kerana waktu kanak-kanak mereka dibazirkan dengan benda-benda begini. Bodohlah tangan-tangan yang terlibat dalam membentuk virus ini. Mungkin jiwa-jiwa kamu dalam keadaan tidak tenteram walaupun duit menimbun, kiri dan kanan wanita2 cantik dan sedang diulit keindahan duniawi…
Banyak kesangsian tentang virus ini. Kadar mutasi atau varian yang bermunculan menunjukkan pola yang aneh. Selah-olah ada makmal yang melepaskan varian satu demi satu.