Kali ini Mossad terpaksa meminta bantuan ‘FBI Israel’ – Shin Bet untuk melakukan operasinya di ‘East Zion’. Nampaknya pasukan polis dan perisikan di East Zion semakin berani dan lebih tangkas dalam menghidu operasi-operasi mereka!
Mereka mesti bergabung untuk mengulangi kejayaan seperti dalam operasi pembunuhan Adolf Eichmann!
Ibupejabat perisikan Israel telah menetapkan apa-apa operasi pembunuhan terancang hendaklah dilakukan ketika East Zion dalam keadaan tidak tersusun, leka atau huru-hara. Ini samalah seperti di zaman serangan Siam ke atas Kedah dahulu, askar-askar Siam melalui angkatan Ligor telah menyerbu Kota Kuala Kedah ketika penduduk tempatan menjalankan majlis perkahwinan di dalam kota.
2018 dan 2022. Itu tahun-tahun yang ditandakan dalam kalendar המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים. Apa-apa yang berlaku di dalam East Zion adalah dalam perhatian penuh pihak Israel.
BACA SELANJUTNYA.
Saya ada perasan juga mana-mana musuh orang Melayu dalam sejarah mesti menyerang wilayah Melayu dalam keadaan tidak bersedia malah leka. Bukan setakat Thai Chakri malah Chola Tamil juga menyerang wilayah-wilayah Sriwijaya dalam keadaan tidak bersedia. Selain itu, Portugis juga menyerang Melaka dalam keadaan tidak bersedia sepenuhnya jika kita baca sejarah detik-detik penaklukan Melaka oleh Portugis. Penyerang bersikap pengecut dengan melancarkan serangan dalam keadaan langsung tidak bersedia. Lebih baik jadi pondan dari menjadi jantan seumur hidup.
Sejarah berulang lagi. Kita sepatutnya lebih berwaspada setelah membaca sejarah.