Pada 20 Mei 1876, salah seorang perwira yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W Birch dari suku Semai bernama Si Putum, telah digantung sampai mati di Bandar Baru, Perak. Namun sebenarnya dalam rekod, terdapat 3 lagi perwira dari kalangan Orang Semai yang menjadi pengikut panglima-panglima Melayu dalam kes pembunuhan Residen British tersebut. Sekurang-kurangnya dua pejuang itu terlepas dari tangkapan askar-askar British dan menghilang entah ke mana.
Dalam catatan J.G. Davidson, beliau menghadapi ‘tekanan’ dalam memburu salah seorang yang terlibat dalam pembunuhan Birch itu dan menyatakan orang tersebut memiliki ‘black magic’ yang membolehkan ia sukar dikesan oleh askar-askar Sepoi. Ini menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan dan meletakkan jawatan selepas hanya setahun menjadi Residen di Perak.
Sebenarnya…











