Category Archives: Alter Terahsia Bangsa Melayu

Akhir Srivijaya Mula Melaka : Kunci Rahsia Raja Melayu (Bersiri)

 

Srivijaya adalah satu kuasa maritim yang pernah  membayangi sejarah Asia Tenggara selama lebih  seribu tahun. Bayangkan jika negara kita Malaysia ini baru berumur  60 tahun, Srivijaya sebagai sebuah empayar maritim mengekalkan pengaruh selama itu. Tidak dinafikan ada naik dan turunnya empayar ini serta peperangan demi peperangan yang mewarnai kekuasannya, namun warisannya kepada sejarah Nusantara dan Asia Tenggara tersangat besar sehingga membekas sampai ke hari ini.

Kesultanan Melaka pula adalah sebuah lagi empayar maritim yang menguasai Selat Melaka lebih seabad lamanya. Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut tentang kesultanan ini. Apa yang ingin dibincangkan nanti adalah sesuatu yang mungkin menarik untuk difikirkan oleh para pengkaji, peminat sejarah dan orang Melayu.

Apa yang menjadi salah satu ‘missing link’ dalam sejarah Melayu adalah peralihan antara zaman berakhirnya Srivijaya dan permulaan Kesultanan Melaka. Lompang dalam sejarah ini telah banyak mengelirukan ramai pihak dan salah membicarakan bahagian ini akan menyebabkan sejarah seterusnya akan jadi cacamarba dan lebih sukar difahami.

Siri ini akan cuba mengupas sekitar :

 

1) Siapa Saptabuana?

2) Siapa SwarnaBumi?

3) Apa Tanggadharma?

4)  Misteri nobat

5) Siapa Raja Permaisuri?

6) Siapa Raja Banglung?

7) Siapa Nursyirwan Adil?

8) Siapa Gayo Mas?

 

dan banyak lagi…

 

Rahsia salasilah raja-raja Melayu pada zaman peralihan ini (Srivijaya-Melaka) benar-benar bergantung kepada satu kunci yang diserahkan ketika pertabalan sultan sebuah negeri. Apakah dia?

SIAPAKAH RAJA MELAYU PADA HARI INI?

 

The Destiny Has Begun.

 

DATANG MARWUAT MANUA
SRIVIJAYA JAYASIDDHAYATRA SUBHIKSA

 

 

 

 

Sila untuk mengakses ke MistisFiles.  Jika tidak boleh mengakses,  klik Join Us

Rahsia Tanggam Melayu : Seni Gerbang Purba Nusantara & Dunia

 

[Mukaddimah]

 

Senibina tanpa paku dan hanya menggunakan tanggam adalah kemahiran senibina yang biasa kita dengar dalam sejarah senibina orang Melayu termasuk pembuatan kapal dan perahu.

Apakah rahsia tanggam dalam senibina Melayu yang dapat dikaitkan dengan binaan-binaan hebat di seluruh dunia? Apakah yang mampu ia tampilkan?

Srikandi menulis…

 

 

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Jin Yang Menjaga Istana Iskandariah

istana2


[Mukaddimah]

Walaupun dikatakan Sultan Ibrahim (Johor) telah menunjukkan bintang kebesaran pemberian maharaja Jepun kepada pegawai tentera Jepun yang melanggar Tanah Melayu ketika itu dan sedikit sebanyak membantu dalam menyelamatkan dirinya dari diperlakukan sewenang-wenangnya oleh kuasa Jepun, namun pada saat-saat akhir, pihak Jepun tetap menduduki istananya dan baginda terpaksa berpindah. Namun ini tidak berlaku kepada istana sultan Perak di Kuala  Kangsar malah pihak Jepun tidak mengusik langsung Kuala Kangsar walhal  Taiping dan Ipoh telah dibom pihak Jepun. Legenda mengatakan bahawa terdapat jin yang menjaga istana itu yakni Jin Megat Chandin. Namun kisah bagaimana istana sultan terselamat dari gangguan askar Jepun adalah kisah ‘jin penjaga’ yang lain yang tiada kaitan dengan apa-apa tahyul dan benar-benar berlaku! Ikuti artikel yang menarik ini.


You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Phetracha Mendakwa Johor Wilayah Bawahannya?

siambot

 


[Mukaddimah]

Perjanjian persahabatan seorang raja Sri Dharmaraja dengan raja Ayutthaya dengan memperkenankan anak-anaknya dijadikan anak angkat raja Ayutthaya itu telah memulakan ‘fantasi’ yang secara tradisinya menjangkiti setiap pemerintah Thai dari era Ayutthaya hingga Chakri. Memberi hadiah atau menjadikan ayah/ibu angkat kepada anak sendiri adalah tradisi orang-orang Melayu tanda bersahabat disalahtafsir sebagai tanda penyerahan atau mengakui kuasa naungan. Baca bagaimana seorang raja Ayutthaya berfantasi sehingga ke Johor!


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Kekalahan Portugis kepada Empayar Melaka?

malaccaport


[Mukaddimah]

Apabila ‘Melaka’ jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, apa yang berlaku sebenarnya, Portugis hanya berjaya menduduki pelabuhan dan kota Melaka, tetapi bukan empayarnya. Ini terjadi apabila Portugis hanya mampu berkubu di dalam kota dan sesekali bertempur di Selat Melaka dan masih berperang dengan saki-baki kesultanan itu apabila pewarisnya menubuhkan pula Kesultanan Johor. Peperangan dengan pewaris Empayar Melaka berterusan sehingga kekalahan Portugis pada 1641, apabila tentera gabungan Johor-Belanda menamatkan penguasaan 130 tahun Portugis di Melaka. Ikuti kupasan yang menarik ini.


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Rahsia Yang Ingin Digali Pegawai Kolonial

hmm


[Mukaddimah]

Para pegawai kolonial seperti Winstedt, Low, Swettenham, Shallebear, Raffles, Wilkinson, Clifford dan lain-lain tidak pernah beritahu tentang rahsia ini. Sebenarnya tidak perlu untuk beritahu pun. Lebih baik beritahu yang darkside sahaja bahawa orang-orang Melayu adalah pemalas, gasar dan mundur.

Ini menjelaskan mengapa mereka sangat menjaga semua manuskrip itu. Belum lagi apa yang tersimpan di Smithsonian Institution yang lejen itu kerana majoriti manuskrip Melayu di Library of Congress, Boston Public Library, Harvard University Library dan lain-lain diambil dari sana. APAKAH RAHSIA YANG INGIN MEREKA SEMBUNYIKAN?


 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Kod Perundangan Melayu di Vatikan

vatikanmalakaan

 


[Mukaddimah]

Dr. Liaw Yock Fang mendapati terdapat satu naskah berlabel Vatican Ind. IV di Perpustakaan Vatikan. Apabila dilihat tajuknya, ia ditulis sebagai “Malakaans Wetboek van Zeerecht”. Ini menimbulkan satu perasaan misteri adakah ianya ada berkaitan dengan Kesultanan Melaka? Ikuti sambungan kod perundangan Melayu, kali ini ke Vatikan. HANYA DI MISTISFILES.


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Kod Perundangan Melayu di Leiden

hukumkanunmelakaleiden

 


[Mukaddimah]

Kita maklum bahawa beribu-ribu manuskrip kita tersebar di muzium, arkib dan perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia terutamanya di Eropah. De Universiteitsbibliotheek Leiden, adalah salah satu pusat penting yang memiliki koleksi manuskrip-manuskrip Melayu yang jarang-jarang didengar dengan katalog yang menakjubkan. Ikuti bagaimana mendiang Dr. Liaw Yock Fang terpaksa ke Leiden untuk mengkaji manuskrip Hukum Kanun Melaka yang juga mengandungi bahagian Undang-undang Laut.

 


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Di Sebalik Kitab Perundangan Laut Melaka

paklehsealaw

 

 

 

 

Undang-undang Laut Melaka adalah satu dokumen perundangan yang ditulis ketika zaman Kesultanan Melaka kira-kira pertengahan abad ke-15. Ia mengandungi peraturan dan undang-undang berkaitan urusan kelautan seperti pelayaran dan perdagangan. Ia meliputi perkara-perkara seperti hierarki dalam kapal, tugas-tugas setiap jawatan, undang-undang jenayah, cukai dan hal-hal perkaitan transaksi perdagangan.

Undang-undang Melaka ada lebih 50 versi. Umumnya, Undang-undang Melaka terdiri dari dua bahagian utama; Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Ia ada versi panjang dan versi pendek.

Pada tahun 1984, Dr. Liaw Yock Fang (mendiang) telah terbang ke Leiden, Belanda untuk mengkaji manuskrip Undang-undang Laut, yakni bahagian kedua di dalam Undang-undang Melaka, yang mana telah dikajinya 13 tahun sebelum itu. Kemudian, telah ditemui di Perpustakaan Vatikan , satu manuskrip yang dipercayai dari abad ke-17, yang mana apabila diteliti oleh Dr Liaw Yock Fang, ia adalah kemungkinan versi tertua Undang-undang Laut.

 

Apakah yang berlaku semasa kajian di Leiden?

Apakah yang ditemui oleh Dr. Liaw Yock Fang ketika meneliti manuskrip milik Perpustakaan Vatikan itu?

Apakah perkara-perkara yang menakjubkan yang diperhatikan oleh beliau?

Apakah yang membuatkan beliau bertukar pandangan kepada orang-orang Melayu setelah melihat manuskrip penting ini?

 

Beratus tahun, para pustakawan gereja menyimpan kod undang-undang laut ini dan mereka telah mengkajinya sebelum Dr. Liaw Yock Fang lagi. Pegawai kolonial tidak pernah serius untuk mengenengahkan manuskrip ini, mereka lebih berminat menaikkan perkara-perkara yang dianggap dongeng dan menghiburkan di dalam Sulalatus Salatin dan menumpukan untuk memitoskan Hang Tuah dan menganggap orang-orang Melayu hanya suka berpenglipurlara dan menuliskan hikayat-hikayat.

 

Srikandi akan membawakan kepada anda secara sepintas lalu, perkara-perkara yang selama ini tidak diperasan oleh ramai orang tentang manuskrip perundangan ini. Ia terbahagi kepada 3 siri :

 

1) Kod Perundangan Melayu di Leiden

2) Kod Perundangan Melayu di Perpustakaan Vatikan

3) Taktik Pegawai Kolonial dan Rahsia Yang Ingin Digali

 

Sejarah Orang Laut dan aktiviti ‘melayaw’ mereka di perairan antarabangsa telah lama dicatatkan menjangkau 2000 tahun Sebelum Masehi. Mereka menjadi kru perkapalan yang mahir, menjalankan bisnes pengangkutan laut yang berjaya dan menjalinkan rangkaian perdagangan yang luas. Kitab Undang-undang Laut adalah kesinambungan dari peraturan lisan dan bertulis yang disampaikan dari turun-temurun hasil dari profesion purba orang-orang Melayu ini.

 

HANYA DI MISTISFILES.

 

Cara untuk menyertai>> KLIK SINI

 

 

kredit: Pak Leh

Save

Save

Save

ATBM XXXI : The Secret Key to Mount Ophir

gold_pattern_ligature_runes_weaving_ancient_plexus_72323_2048x2048

 

Analisis dari catatan-catatan Biblikal menunjukkan emas-emas dibawa dari tempat-tempat yang digelar Tarshish dan Ophir. Satu rahsia penting yang tidak diketahui dan jarang diperasan ramai orang adalah, kebanyakan emas-emas itu dibawa dari Ophir misalnya, menggunakan perkhidmatan kapal-kapal dari Ophir juga, kerana kapal-kapal gaya Mediterranean tidak sesuai dipakai di laut lepas contohnya di Lautan Hindi. Malah di dalam rekod-rekod ini juga mengakui mereka memang menggunakan kapal-kapal Ophir untuk mengangkut barangan import dari sana.

Persoalannya di manakah Ophir?

Setelah kajian menggunakan berpuluh-puluh rujuk-silang, pembinaan leksikon dan penyelesaian algoritma linguistik, serta pelbagai sumber tempatan dan catatan-catatan pedagang dan pengembara asing, rupa-rupanya OPHIR itu adalah satu TANDA.

Tanda ini yang digunakan oleh para pelayar, pedagang dan pengembara untuk sampai ke hujung dunia, merentasi satu selat yang panjang.

TANDA itu ibarat satu KUNCI; kunci ke arah KEKAYAAN YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN OLEH SEORANG PERAMAL, ATAU SEORANG RAJA  PUN DI MUKABUMI!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXXI

 

 

 

 

 

secretketcover

 

All the articles mentioned in the Biblical account of Mount Ophir
are found in and about Malacca in abundance, while on the coast of
Africa two of them, peacocks and silver, are missing.

-Rounsevelle Wildman

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us