Budaya Arab vs Budaya Islam, Budaya Cina vs Budaya Islam?

arabbazir

 

Dahulu pernah tular dan galak orang-orang jongos buat perbandingan “Budaya Melayu vs Budaya Islam”. Benda-benda negatif universal pada semua manusia, semua bangsa kat dunia macam pembaziran, hedonisme, salah urus kehidupan…semua dilabelkan sebagai ‘budaya Melayu’ padahal semua itu ada je pada bangsa-bangsa lain malah pada dos yang lebih ekstrem.

Contohnya Pak Arab kat atas.  Ini pembaziran! Alangkah bagusnya makanan yang banyak ini diberi pada orang Afrika yang kebuluran tu kan? Adakah ini budaya Arab yang sebenarnya atau ‘budaya Wahabi’? Atau memang ‘budaya Islam’? Begitu juga dengan aksi pembaziran yang ditonjolkan kaum-kaum lain yang merupakan sikap yang negatif dan ini sebenarnya universal pada setiap bangsa di dunia.

Srikandi mencatatkan…

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Rahsia Inskripsi ‘Tunjuk Nama Bangsa’

inskripsi erastus

 

Terdapat kelemahan dan falasi dalam pemikiran bahawa mesti ada nama bangsa di dalam inskripsi barulah diiktiraf wujud bangsa tersebut. Maka jika dipakai hipotesis ini, maka banyaklah bangsa-bangsa di dunia yang ‘tidak wujud’ seperti kaum-kaum aborigine, Orang Asli atau pribumi yang lain yang tidak memiliki prasasti atau inskripsi bertuliskan sebijik-sebijik nama bangsanya.

Srikandi mencatatkan…

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Kajian Kes ‘Micheal Chick’

mapmalaysia

 

Sekitar 2009 yang lalu kononnya ditemui satu peta purba yang menamakan semenanjung sebagai ‘Barr Chin’. Tetapi sampai sekarang peta tersebut tidak ditampilkan kepada umum atas ‘sebab-sebab tertentu’. Mengapa terjadi demikian? Apakah yang menyebabkan orang yang mendakwa menemui peta itu enggan menampilkan peta itu?

Srikandi mencatatkan…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Perbezaan Inskripsi Regalia

chest

kredit: Amazon

 

Peti yang dilihat oleh Maxwell itu memang mengandungi rahsia itu, tapi ia bukanlah apa yang ingin dia cari. Inskripsi yang sebenar bukan berada di dalam peti itu, tetapi tersimpan dalam satu tempat rahsia yang lain, yang tidak pernah dicapai oleh orang-orang Inggeris.

Srikandi mencatatkan…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Asal-usul Segala Versi Sulalatus Salatin

Sulalatus Salatin2

 

Apakah ‘hikayat Melayu’ yang diberitakan dikompilasi dan diekstrak isinya oleh pengarang Sulalatus Salatin? Adakah orang Melayu dahulukala telahpun ada rekod penulisan historiografi sendiri sebelum Sulalatus Salatin?

Srikandi cuba merungkai misteri ini…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Srivijaya

sriwijaya2

 

Ada beberapa perkara tentang Srivijaya, satu empayar maritim yang terkenal di Asia Tenggara suatu ketika dahulu, yang tidak diperasankan ramai orang. Ada beberapa perkara yang agak mengejutkan dan semua ini mempengaruhi estim-diri paling dalam dalam roh dan jiwa orang yang Melayu, yang benar-benar darah dan nafasnya ialah MELAYU.

Srikandi mencatatkan…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

100 Tahun Sebelum Tribuana: Catatan Srikandi

gadiscongkak2

 

Salam semua,

Oleh kerana manuskrip buku terbaru saya sudah siap sepenuhnya dan telah dihantar kepada penerbit, maka saya akan berkongsi sebahagian maklumat berkaitan dengan bab (codename ‘Kings) kepada para pembaca MistisFiles.

Maklumat ini terdiri daripada catatan harian saya semasa menyiapkan bab paling sukar itu. Sebahagian besar dari bab itu sudah saya paparkan kepada pembaca MistisFiles sebelum ini.

Namun itu bukanlah satu-satunya topik yang ada dalam buku itu, tetapi ada banyak topik lain lagi. Saya akan kongsikan juga di sini.

Kira ini macam ‘road to my new book’, atau mungkin macam ‘the making of…’.

Apapun selamat membaca!

 

~Srikandi

die another history

100 Tahun Sebelum Tribuana : “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola”

swarnasapta2

 

Ketika itu raja telah menerima mengadap panglimanya yang membawa para tawanan perang Tamil seraya berkata: “Kami telah menakluk negara orang-orang India dengan ‘Thandaung’ (Gunung Besi) dan Nga-Thon-Pinle (Laut Na-sum?)”, dan dia telah membuatkan orang-orang India itu tinggal di kawasan terpencil di Singu.

(Hmannan Maha Yazawindawgyi, Riwayat Mahligai Cermin Raja-raja Burma)

 

Kekacauan di negeri Chola bermula sejak ekspedisi Maharaja Samara Vijayatungga bersama para sekutunya melawan kembali tentera Chola yang mengganggu jalur perdagangan di Selat Melaka. Malah riwayat Burma juga mencatatkan penentangan mereka terhadap kehadiran kuasa Chola yang cuba menganggu hegemoni kerajaan-kerajaan tempatan terutama Empayar Srivijaya.

Rekod dari Sri Lanka berdasarkan prasasti telah menyatakan Maharaja menempatkan tenteranya berpangkalan di Sri Lanka, membantu penduduk Sri Lanka menghalau Chola dari bumi mereka dan ini harmoni dengan catatan Zhou Rugua dalam Zhu Fan Zhi bahawa Sri Lanka (Si Lan) termasuk dalam 15 koloni Srivijaya sekitar tahun 1225 Masehi.

Ini jauh berbeza dengan apa yang terjadi di negeri Chola,  di mana negeri Chola semakin mengecil oleh tekanan dari Pandya dan kemuncak ialah pada sekitar 1231 Masehi, tentera Chola telah dikalahkan oleh Kopperunchinga I dalam Pertempuran Tellaru dan rajanya, Rajaraja Chola III telah ditangkap dan dipenjarakan.  Bersempena dengan kejayaan itu, Kopperunchinga I telah memasang gelaran “Solanai-sirai-yittu-vaittu Solanadu-konda Alagiyasiyan” yang bermaksud “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola.”

Srivijaya kembali kaya dan berkuasa sehinggalah satu bencana telah menimpa punca utama perdagangannya. Bencana yang menjatuhkan model dan sistem perdagangannya…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

100 Tahun Sebelum Tribuana : Kekayaan Saptabuana

swarnasapta

 

“Ini kembali kepada polisi dan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kulotungga I, ‘raja Chola’ yang telah berjaya menamatkan ‘dinasti sebenar’ Chola. Menjalinkan kembali kerjasama perdagangan dengan Srivijaya, mengizinkan Srivijaya menyambung pemilikan tanah di wilayah Chola dan di masa pemerintahannya juga, rekod Song melaporkan Chola menjadi bawahan Srivijaya telah menjadikan tindakan-tindakan Kulotungga ini benar-benar misteri dan persoalan kaitan dirinya dengan Srivijaya. Laporan dari Song ini harmoni dengan rekod dari Sri Lanka, bahawa Chola telah ditundukkan oleh Maharaja Samara Vijayatungga, pemerintah empayar Srivijaya ketika itu.

Abad-abad sebelum munculnya Kesultanan Melaka telah menyaksikan beberapa peristiwa yang mengejutkan walaupun tersirat dalam banyak rujuksilang.”

 

(Akhir Srivijaya Mula Melaka : Kunci Rahsia Raja Melayu Bab 100 Tahun Sebelum Tribuana : Kekayaan Saptabuana)

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Akhir Srivijaya Mula Melaka : Kunci Rahsia Raja Melayu (Bersiri)

 

Srivijaya adalah satu kuasa maritim yang pernah  membayangi sejarah Asia Tenggara selama lebih  seribu tahun. Bayangkan jika negara kita Malaysia ini baru berumur  60 tahun, Srivijaya sebagai sebuah empayar maritim mengekalkan pengaruh selama itu. Tidak dinafikan ada naik dan turunnya empayar ini serta peperangan demi peperangan yang mewarnai kekuasannya, namun warisannya kepada sejarah Nusantara dan Asia Tenggara tersangat besar sehingga membekas sampai ke hari ini.

Kesultanan Melaka pula adalah sebuah lagi empayar maritim yang menguasai Selat Melaka lebih seabad lamanya. Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut tentang kesultanan ini. Apa yang ingin dibincangkan nanti adalah sesuatu yang mungkin menarik untuk difikirkan oleh para pengkaji, peminat sejarah dan orang Melayu.

Apa yang menjadi salah satu ‘missing link’ dalam sejarah Melayu adalah peralihan antara zaman berakhirnya Srivijaya dan permulaan Kesultanan Melaka. Lompang dalam sejarah ini telah banyak mengelirukan ramai pihak dan salah membicarakan bahagian ini akan menyebabkan sejarah seterusnya akan jadi cacamarba dan lebih sukar difahami.

Siri ini akan cuba mengupas sekitar :

 

1) Siapa Saptabuana?

2) Siapa SwarnaBumi?

3) Apa Tanggadharma?

4)  Misteri nobat

5) Siapa Raja Permaisuri?

6) Siapa Raja Banglung?

7) Siapa Nursyirwan Adil?

8) Siapa Gayo Mas?

 

dan banyak lagi…

 

Rahsia salasilah raja-raja Melayu pada zaman peralihan ini (Srivijaya-Melaka) benar-benar bergantung kepada satu kunci yang diserahkan ketika pertabalan sultan sebuah negeri. Apakah dia?

SIAPAKAH RAJA MELAYU PADA HARI INI?

 

The Destiny Has Begun.

 

DATANG MARWUAT MANUA
SRIVIJAYA JAYASIDDHAYATRA SUBHIKSA

 

 

 

 

Sila untuk mengakses ke MistisFiles.  Jika tidak boleh mengakses,  klik Join Us