Misteri មាលាយូ Dalam សិលាចារឹក ជ័យ ហាន

Pada tahun 1879,seorang pengkaji dari Perancis,Hendrick Kern, telah mengkaji sebuah batu bersurat yang terletak di sebuah kuil purba di Kampong Cham,Kemboja.Hasil kajiannya telah menarik ramai pengkaji Perancis yang lain tentang kewujudan batu bersurat itu,yang kemudiannya diketahui merupakan prasasti yang dipahat untuk Bhavavarman I,raja Chenla.

Namun yang anehnya,pada perenggan pertama berisi puji-pujian kepada sang raja itu,terdapat sebaris ayat yang mengelirukan ramai pengkaji termasuk Barth,Aymonier,Bergaigner mahupun Finot.Malah pengkaji epigrafi,juga sejarahwan terkenal India,Ramesh Chandra Majumdar juga meninggalkan perkataan tersebut kerana ia mengandungi huruf Pallava yang diubahsuai dan sukar untuk diterjemahkan.

Namun,pengkaji Kemboja seperti Saverous Pou,Long Seam atau Lem Chuck Moth memiliki pandangan mereka sendiri.

Perkataan yang aneh itu,yang berdasarkan perkataan dari skrip asal dalam Khmer Kuno adalah “មាលាយូ” yang bermaksud:

“Malayu”

 

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri 末羅瑜國 Dalam 南海寄归内法传 (Artikel Penuh)

 

Pada akhir abad ke-7 Masehi,seorang sami dan pengembara dari China telah mencatatkan sesuatu di dalam diarinya,yang menceritakan perjalanan 25 tahunnya ke negeri-negeri selatan dalam pengembaraannya menuju ke India,dan kembali ke China.

Ketika itu adalah pemerintahan Maharani Wu Zetian dari Dinasti Tang.Perkataan yang aneh itu; yang dicatatkan di dalam diarinya,ialah sebuah tempat sebelum beliau meneruskan perjalanan ke utara dan berlayar  ke arah India dari pelabuhan Kedah Tua.

Perkataan yang aneh itu adalah 末羅瑜國  yang bermaksud: Negara Mo-Luo-Yu.

 

 

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

.

.

.

.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Stamford Raffles & The Magic Medallion (Artikel Penuh)

syilingyasin1

 

.

.

 

Pada tahun 1823,Raffles menulis sepucuk surat,antaranya berbunyi:

“…saya berharap jika mati di sana (Singapura),jasad saya akan mendapat perhormatan bersemadi bersama dengan jasad/abu raja-raja Melayu.”

Joe Cribb,seorang pakar numismatik (berkaitan koleksi matawang,token dan medal) telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk mengkaji koleksi medalion yang tersimpan di British Museum,milik Stamford Raffles,Gabenor-Jeneral di Jawa bagi pihak British dan dikenali sebagai pengasas Singapura Moden.Medalion itu bukan sebarang syiling,ia mengandungi maksud-maksud tertentu,yang digunakan bagi tujuan mistik.Apakah yang dicari oleh seorang Master Mason yang ditahbiskan di Lodge De Vriendschap ini?

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Perang Johor-Portugis 1641 (Artikel Penuh)

 kerisafamosa

 

 

Pada tahun 1670,Balthasar Bort yakni Gabenor Belanda di Melaka telah mengarahkan renovasi bagi gerbang A Famosa yang terkenal itu.Penambahan pada simbol dan jata pada bahagian hadapan gerbang tersebut,dengan menghapuskan lambang Portugis dan menggantikan dengan jata VOC iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda.Anehnya,pada bahagian atas jata VOC,beliau mengarahkan tukang-tukang ukir memahatkan lambang keris bersilang dengan pedang.

Pada tahun 1778,penguasa Belanda di Melaka pada masa itu,Pieter Gerardus de Bruijn telah mengeluarkan duit syiling kolonial Belanda di Melaka dengan mengukir lambang VOC dikelilingi kod cypher yang aneh,yang merujuk kepada empayar Johor-Riau.

Apakah maksud di sebalik semua kejadian di atas?Apakah rahsia di sebalik pengaruh empayar tersebut dalam kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641?

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Malay Metallurgical: Qala’i “The Sword of Elves & Dead Kings”

swordelvescover

 

 

Dalam mitologi Norse dan suku-suku Jermanik Kuno,legenda tentang pedang yang terhebat seringkali muncul.Dalam Beowulf,kita akan menjumpai pedang bernama Hrunting dan Nægling,yang digambarkan ‘terlalu kuat’,’hebat’ dan ‘gagah’.Dalam Kriemhild,kita akan menemui satu pedang yang hebat yang membunuh Attila yang juga memiliki pedang terhebatnya ‘Sword of Mars’.

Dalam Riwayat King Athur,kita akan menemui pedang legenda orang-orang Inggeris,bernama Excalibur.Menariknya Excalibur memiliki nama kunonya iaitu Cala-brun,Cala-brum atau Cali-bourne menunjukkan ia berasal dari kata akar ‘Cala’ (Qala).

Kononnya,pedang terhebat orang Inggeris ini ditempa di satu kawasan kepulauan legenda zaman-berzaman yang disebut,Avalon!

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM & ARTIKEL PENUH>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

.

.

.

.

.

.

.

“The Singing Sword”

 

Dalam penyiasatan kita yang lepas,saya telah bawakan anda bukti-bukti dari sarjana-sarjana Islam yang terkenal,pendapat-pendapat mereka tentang pedang Qala’i yakni pedang purba yang dibikin oleh orang-orang Melayu dari Kedah Tua.Selain sifat-sifat pedang Qala’i yang digariskan oleh mereka:

1) Kuat

2) Tahan lasak

3) Ringan

4) Bilah yang berlapis-lapis

5) Berkilat,tidak mudah karat

…terdapat satu lagi sifat pedang-pedang Qala’i yang membezakan ia daripada pedang-pedang yang lain.

qala'ibirunikindi

Pedang Qala’i memiliki bunyi khasnya yang tidak terdapat pada pedang-pedang lain!

Perhatikan maklumat di bawah,yang diambil dari tradisi Arab dan Parsi purba:

Bunyi (ringing sound) ini adalah sebenarnya legenda di kalangan masyarakat Yahudi,Arab dan Parsi.Ia adalah identiti khas sehingga tradisi mereka acapkali menegaskan,tiada pedang lain yang memiliki bunyi gemerincing seperti pedang buatan Kedah Tua ini.

Sesuatu yang menarik,apabila ditelusuri sejarah Pahlawan Meja Bulat King Athur,seorang daripadanya yakni Putera Valiant memiliki pedang yang bernama ‘The Singing Sword’ yang akan berbunyi pada masa-masa tertentu.Pedang ini akhirnya dipasangkan dengan pedang yang bernama.

Qala-brum itu!

Aneh bukan?

 

Dalam artikel kali ini,saya akan mendedahkan:

1) Rahsia Pedang Qala-brum

2) Rahsia Pedang ‘The Singing Sword’

3) Siapakah sebenarnya The Knight of Round Table?

4) Adakah Avalon itu merujuk kepada Kepulauan Zabag?

5) Siapakah Merlin?

6) Legenda teknologi pamor keris dalam mitologi Eropah

 

Kita bermula dengan pedang legenda Excalibur!

 

Rahsia Pedang Excalibur (Qala-Brum)

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Malay Metallurgical: Qala’i “Yamani Sword”

kingswords

 

Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dan dikomentar oleh al-Biruni,terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia iaitu pertama,pedang Yaman,yang kedua,pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.Namun,ahli geografi terkenal,Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.Keanehan lain terjadi apabila seorang lagi sarjana tersohor Islam,al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab,sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’.

Mengapa pedang Qala’i ini memiliki kaitan misteri dengan kedua-dua pedang yang lain itu?Di sini kita dapat menghidu bahawa akhirnya pedang Qala’i ini sebenarnya adalah pedang yang paling terbaik di dunia dan paling terunggul mengatasi semua pedang apabila suku Jurhum yang menanam pedang Qala’i di telaga Zamzam itu sebenarnya berasal dari Yaman!

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

“Yamani Sword”

 

Menurut Al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf  رسالة إلى بعض إخوانه في السيوف                                         menyatakan bahawa di sana terdapat 3 jenis pedang yang paling terbaik kualitinya di dunia:

 

1) Pedang Yaman

2) Pedang Qala’i

3) Pedang as-Saif al-Hindi

 

Namun catatan Abu Dulaf dan Idrisi menjelaskan misteri Qala’i ini bahawa pedang-pedang Qala’i ini berasal dari Zabag atau Qalah yakni Kedah Tua pada masa silam.Misar Ibnu Muhalhil adalah nama sebenar Abu Dulaf yang melawat Kedah pada 940 masehi.

 

 

Al-Kindi juga menyatakan bahawa Qalah/Kedah adalah salah satu sumber pembuatan pedang-pedang berkualiti.

qalaikedah

 

Menurut al-Biruni dalam kitabnya Kitab al-Jamahir fi ma`rifat al-jawahir  الجماهر في معرفة الجواهر

bahawa besi-besi dari Qalah memiliki unsur ‘sharbuqan’ atau jenis besi keras dan besi ini adalah salah satu campuran dalam menghasilkan besi-besi Damaskus

Daripada artikel-artikel yang lepas tidak syak lagi,apa yang dikatakan sebagai ‘pedang Hindi’ itu sebenarnya adalah ‘pedang Qala’i’ yang dieksport terlebih dahulu ke Mozambique dan seterusnya di-rebranded sebagai ‘al-saif al-hind’.Rujuk peta di bawah:

 

sofalanew

 

Jadi dalam senarai pedang-pedang terbaik al-Kindi,pedang kualiti yang ketiga yakni ‘pedang Hindi’ telah checkmate kepada pedang Qala’i.

 

The Best Quality Sword in The World according to al-Kindi:

1) Yamani

2) Qala’i

3) al-Saif al-Hind (rupanya pedang Qala’i yang dilabelkan semula)

 

Sekarang tinggal 2 pedang ini:

1) Yamani

2) Qala’i

 

Dari manakah asal-usul pedang Yamani?Adakah pedang ini memang berasal dari orang Yaman?Atau sebenarnya ia adalah pedang Qala’i yang dijenamakan semula oleh orang-orang Melayu Kedah untuk menawan pasaran pedang di Timur Tengah?

Atau sebagai satu strategi untuk monopoli pasaran,jadi semua pedang yang terbaik jenamanya seperti pedang Yamani,pedang Qala’i dan Pedang Hindi adalah buatan orang Melayu Kedah??

Bijak..bijak…

Perkara ini terbongkar apabila al-Kindi mengesan satu lagi jenis pedang Arab iaitu al-Fa’liyya juga sebenarnya adalah dari jenis Qala’i yang berasal dari Yaman!

 

Jelas,pedang-pedang Qala’i juga dieksport ke Yaman,yang merupakan pelabuhan utama Tanah Arab yang mengadap ke lautan Hindi.

Perkara lebih terbongkar apabila suku Jurhum yang membawa pedang Qala’i ini ke Mekah adalah berasal dari cabang bangsa Arab Qahtan yang merupakan penduduk asal Yaman!

 

Dalam artikel kali ini,saya akan jelaskan bagaimana pedang Yamani juga adalah pedang Qala’i yakni pedang buatan orang-orang Melayu purba dari Kedah Tua

Saya juga akan menjelaskan misteri suku Jurhum ini yang memiliki pedang Qala’i ini.

Saya juga akan membongkarkan cross-reference di antara usia tapak arkeologi Sungai Batu di Kedah dan industri pemperosesan besinya yang kini mencapai usia 500 tahun sebelum Masehi adalah bertepatan dengan rekod Arab sehingga mencapai era Nabi Ismail a.s yang telah mengahwini seorang gadis dari suku Jurhum!

 

Misteri Suku Jurhum dan Bani Qahtan

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Malay Metallurgical: Qala’i “The Jurhum”

arabtribecover

 

 

Abdul Muttalib telah bermimpi pada suatu hari.Ada suara yang menyuruhnya menggali telaga.Abdul Muttalib merasa pelik.Suara itu memberitahu nama telaga itu;

Zamzam.

Dia mula mencari-cari telaga misteri itu.Setelah menempuh pelbagai dugaan,akhirnya dia mula menggali.Kaumnya,orang-orang Quraisy mula merasa pelik dengan tindakan Abdul Muttalib.Mengapa menggali di tepi Kaabah?

Kemudian,orang-orang Quraisy mula berkerumun apabila Abdul Muttalib menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i.

Soalannya,mengapa pedang buatan Kedah Tua boleh tertanam di permukaan telaga Zamzam yang masih terbenam?Kita akan menyiasat keanehan ini sebentar lagi.

 

 

 

=========================================================================

 Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
 Artikel ini adalah sebahagian dari kempen ATBM V “The Secret Key to Mount Ophir”
AKSES KEPADA ATBM>> http://goo.gl/1QBIQK

    ===========================================================================

 

 

 

Dalam artikel lepas,kita telah menyiasat pedang Qala’i yang pernah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.Kita tahu asal-usulnya dari pedang kepunyaan salah seorang dari Bani Qaynuqa.Juga kita tahu dari mana Bani Qaynuqa memperoleh pedang buatan orang-orang Melayu dari Kedah itu.

Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak;menyebutkan pedang jenis yang sama,telah ditemui di telaga zamzam,ketika datuk Nabi s.a.w yakni Abdul Muttalib menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail.

Riwayat-riwayat itu termasuk:

1) At-Tabari

2) Al-Azraqi

3) Al-Fakihi

Di sini kita menemui item yang sama; pedang Qala’i,buatan dari Kedah Tua,yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan loji-loji pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.

Aneh.Memang aneh.

Persoalannya,bagaimana pedang itu boleh ada di atas telaga zamzam yang terbenam itu?Apa maksudnya dua patung kijang emas bersama-sama pedang orang Melayu dari Kedah Tua itu?Adakah patung-patung kijang emas itu benar-benar kepunyaan orang-orang Arab di sekitarnya?

Siapa yang menanamnya?

Untuk menjawab semua persoalan ini,kita mestilah memahami sejarah suku Jurhum yang hidup ketika era Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s,beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w!

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us