Monthly Archives: July 2017

‘Wahabi’ Mengikut Pengalaman Umat Islam Di Malaysia

Wahabi

 

[Mukaddimah]

 

‘Wahabi’ yang sebenarnya menjadi kontroversi dan polemik di Malaysia khususnya bukanlah apa yang dikatakan pengikut Muhammad Bin Abdul Wahab, seorang pendiri satu gerakan di Arab sana dulu.

‘Wahabi’ yang sebenarnya bukanlah sesempit label-label seperti anti-tahlil, anti-kenduri arwah atau anti-selawat terawih sekadar menamakan beberapa contoh.

‘Wahabi’ yang sebenarnya ialah kelompok yang cenderung mengeraskan pendapatnya dalam isu-isu agama dan beribadah, dalam mana dalam satu-satu isu itu ada banyak pandangan masing-masing, yang mana pendapat itu pula dari ulama-ulama besar yang pakar dalam bidang hadis dan fekah pula.

‘Wahabi’ juga cenderung mengeraskan pandangan mazhab fekahnya sendiri berbanding pegangan mazhab fekah majoriti penduduk tempatan. Ia tidak meraikan pegangan mazhab tempatan malah mempersendakan, memperli dan cenderung mempromosikan pandangan mazhab fekah lain, padahal semua mazhab fekah di dalam jalan kebenaran dan ia sepatutnya diraikan antara satu sama lain.

Wahabi apabila marah dengan amalan agama yang dirasakan salah, ia melabelnya sebagai ‘amalan Melayu‘ padahal ia amalan pendakwah Arab yang datang membawa Islam ke Nusantara, bukan sengaja direka-reka oleh orang Melayu. Bezanya kerana pendakwah Arab itu bermazhab lain dari mazhab fekahnya. Bukan bermazhab Hambali, Hanafi atau Maliki. Maka mazhab Syafie dicop sebagai ‘mazhab Melayu’ dan amalan-amalan agama yang semuanya dari kitab-kitab ulama Arab yang dipelajari ulama-ulama Melayu dicop sebagai ‘amalan Melayu’. Adakah orang Yaman yang bermazhab Syafie, yang mana para pedagang mereka yang berdakwah ke Nusantara pada era penyebaran Islam dahulu adalah orang Melayu? Bukan Arab?

Keras dan melawan pada perkara yang sia-sia dan tidak perlu. Inilah kesimpulan dari ‘perjuangan’ Wahabisme, terutamanya Wahabisme Melayu.

Hermit menulis…

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us