Pengajian Matrix 5th Density

matrixrain

 

 

 

 

Amaran!

 

Warning!

 

 

 

Di dalam dunia ini, manusia tidak tahu bahawa mereka sebenarnya tinggal di dalam satu alam yang tidak pernah terbayangkan oleh mereka. Manusia di dunia berhidup di dalam dunia ini tanpa menyedari bahawa alam yang mereka tahu ini bukanlah sebenar-benarnya berjalan mengikut apa yang mereka fikir selama ini.

Manusia makan, minum, tidur dan pergi bekerja setiap hari.

Mereka, manusia-manusia yang tidak mengetahui apa-apa itu tidak mengetahui, mereka sebenarnya berada di dalam sebuah ‘persembahan cahaya’ yang teramat besar yang menyelimuti seluruh ruang dan kewujudan yang terjangkau oleh akal manusia.

‘Persembahan cahaya’ ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix, gunanya untuk menguji manusia, bahawa kekuasaannya adalah AMAT BESAR DAN MENGGERUNKAN. Selepas manusia-manusia ini mati, mereka akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu, dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti, lebih realiti.

‘Persembahan cahaya’ ini benar-benar ‘real’. Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan, anda akan merasa teksturnya, bau, suhunya dan rasanya yang lazat. Ia benar-benar ‘real’. Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda, anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar ‘real’. ‘Persembahan cahaya’ ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar ‘real’.Apabila mereka di’plug-out’, mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu. Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap. Semua itu hanya wujud di dalam ‘minda’.

Selamat datang ke dunia ‘persembahan cahaya’ paling hebat dalam sejarah.

 

 

 

THIS IS SHOWTIME!

 

 

 

holouni

 

 

Bermainlah!

Bergembiralah!

Bersuka-sukalah!

 

 

DI DALAM PERSEMBAHAN YANG PENUH TIPU

DAYA DAN MUSLIHAT INI!

2 thoughts on “Pengajian Matrix 5th Density

  1. sejagat

    Sudah lama MO tidak menimbulkan artikel yang hebat ini khususnya mengenai Matrix, sudah berbelas tahun sejak zaman mistisfiles blogspot dot com dahulu artikel-artikel ini yang sangat saya tunggu-tunggu kerana ilmu tasawuf itu disampaikan dalam bahasa moden tetapi sedikitpun tidak lari dari apa yang dicatatkan dalam kitab-kitab tulisan para ahli sufi, khususnya Ihya Ulumuddin misalnya. Ya, dunia itu adalah tempat main-main dan senda gurau. Fatamorgana dan menipu. Kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Salam Ramadhan. Allah Hu.

Leave a Reply