Berkenaan Isu Malaysiakini dan Soros

malaysiakinisoros

 

 

 

 

Jika anda perhatikan, kini heboh tentang isu pertubuhan OSI yang diterajui oleh George Soros yang menyuntik dana kepada entiti-entiti tertentu di Malaysia bagi menimbulkan ketidakselesaan iklim sosial dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Kami sudah menjelaskan kepada anda pada posting yang lepas (sebelum pendedahan DC Leaks menjadi viral), dan telah mengingatkan kepada anda bahawa ini bukanlah lagi apa yang dikatakan kononnya ‘teori konspirasi’ seperti di dalam filem National Treasure.

Ini adalah ‘real‘ dan kita akan lihat ‘headline-headline’ yang dibuat khas untuk para pembaca yang tidak memiliki kepekaan yang tinggi bagi mengacau sentimen perkauman dan agama di Malaysia.

Jika anda perhatikan, Malaysiakini sendiri tidak boleh ‘escape‘ dengan isu ini dan mengakuinya dengan ‘tersengih-sengih’. Mereka tidak boleh menafikan atau memadam apa yang telah tercatat di dalam website mereka.

Memang pemerintah melakukan banyak kelompongan dan kesilapan dalam pemerintahan mereka, dan ini juga adalah peluang untuk ‘pihak-pihak’ tertentu yang sama ‘jahat’ atau lebih ‘jahat’ untuk merampas negara kita dan menjadi anjing mereka pula.

Seperti modus operandi komunis, mereka sanggup menimbulkan sentimen perkauman, menggganggu keharmonian beragama dan pelbagai lagi tindakan subversif bagi memaksakan kita mengikut ‘demokrasi mereka’ yang total gagal sebagaimana di Libya, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

Melawan korupsi pemerintah bukan bermakna menyerahkan tengkuk sendiri kepada penyangak ekonomi antarabangsa.

Ingin menghapuskan jin dengan membuat perjanjian dengan Iblis?

Fikirkan semula.

 

fikirkansemula

 

-MF

*gambar dari MKini sendiri.

Save

Save

Save

Leave a Reply