Rahsia ‘Incubation Period’ & Permainan Koronavirus Yang Mengelirukan

corona3a

 

Apakah itu ‘incubation period’ ? Inilah dia istilah yang telah berjaya mengelirukan ramai orang, banyak kerajaan dan pakar-pakar.

Tempoh inkubasi atau tempoh pengeraman adalah masa di antara pendedahan kepada organisme patogen, kimia atau radiasi dan apabila gejala dan tanda-tanda pertama kelihatan. Dalam penyakit berjangkit yang biasa, tempoh inkubasi menandakan tempoh yang diambil oleh organisma yang mampu menggandakan jumlahnya (mereplika) untuk mencapai ambang atau tahap yang diperlukan bagi menghasilkan simptom (gejala penyakit seperti batuk, demam, bersin dan sebagainya) di dalam perumah.

Tempoh pengeraman inilah yang menyebabkan ramai orang termasuk pakar perubatan merasakan ‘keadaan masih terkawal’ dan situasi masih selamat. Ada negara yang mengatakan tidak ada apa-apa dan membenarkan pelancong yang berisiko memasuki negara. Malah, perkara inilah yang berjaya mengelirukan WHO, badan induk kesihatan sedunia yang disegani. Padahal ketika tempoh inilah amat penting untuk mengawal wabak dari merebak kepada ramai orang!

Apabila melepasi tempoh pengeraman, virus akan mencapai keupayaan klimaks atau kekuatan puncak.

TIDAK PERLU DIBERITAHU APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS ITU. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KITA SEMUA.

 

Baca selanjutnya.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

One thought on “Rahsia ‘Incubation Period’ & Permainan Koronavirus Yang Mengelirukan

  1. sejagat

    ASTAGHFIRULLAH HAL AZHIM, MASHA ALLAH…sejak SARS menyerang 18 tahun lepas, saya menyaksikan betapa langit Singapura sunyi dari sebarang kapal terbang yang sibuk ketika belayar dari Hong Kong ke Eropah melalui Selat Melaka. Betapa kalutnya ketika SARS merebak pada hari-hari tersebut dan merasa lega kerana dapat meninggalkan Hong Kong tanpa sebarang jangkitan. Kini, virus baharu ini membuatkan hati saya tak tenteram kerana ia jauh lebih dahsyat dari SARS. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi kerana ‘vision’ saya menayangkan perkara-perkara aneh lalu dihubungkan dengan pelbagai produk-produk PS4 dan filem-filem yang berintikan wabak penyakit berjangkit ke seluruh dunia. Seringkali berfikir apakah perkara yang boleh memusnahkan sesebuah peradaban selain perang dan bencana alam (perang dunia sukar untuk berlaku buat masa ini kerana beberapa sebab, begitu juga kemusnahan akibat bencana alam tidak mencapai skala besar-besaran). Satu-satunya elemen yang mampu menjadi pemusnah besar-besaran ialah WABAK PENYAKIT BERJANGKIT. Dan ini bertepatan dengan cita-cita Kaum Globalis Penganut Ajaran Syaitan Tegar yang memegang prinsip Depopulasi. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Amin.

Leave a Reply