COVID-19 & Jemaah Tabligh: Peluang Untuk ‘Pembersihan’ & Peremajaan Semula

ujiantabligh

 

Mungkin ini adalah tarbiah Tuhan ke atas jemaah dakwah ini. Jemaah yang rajin mengajak manusia ke jalan Allah dan ke rumah Allah akhirnya menjadi antara faktor rumah-rumah Allah terpaksa ditutup dan solat berjemaah terpaksa ditangguh kerana penangan wabak Covid-19 yang melanda. Sungguh ironi.

Namun, kehendak Tuhan itu kadang-kadang sukar untuk dimengerti  manusia. Mungkin… selepas wabak ini reda, jemaah dakwah ini semakin popular di mata dunia kerana publisiti yang meluas ketika wabak melanda.

Konsep tawakal asasnya ialah berusaha sebaik mungkin dan berdoa kepada Allah – perlu difahami betul-betul oleh ahli jemaah dakwah tidak kira dari aliran mana. Menyerahkan semata-mata kepada takdir Allah umpama unta yang tidak diikat ketika Sahabat Nabi S.A.W hendak solat di dalam hadis berkenaan tawakal yang terkenal itu. Itu hanya menjadi akidah yang bidaah sahaja yang mana dianut oleh aliran Jabariyyah.

Mengikuti perkembangan semasa adalah sikap yang perlu ada bagi sesebuah jemaah dakwah. Satu lagi – perpecahan di kalangan jemaah perlu dihentikan. Mungkin ini ‘peluang’ untuk jemaah Tabligh muhasabah diri dan menyusun pergerakan ke arah lebih tersusun dan pintar.

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

2 thoughts on “COVID-19 & Jemaah Tabligh: Peluang Untuk ‘Pembersihan’ & Peremajaan Semula

  1. herwan.fx

    Tuan, satu situasi yang menarik saya perhatikan. Pertamanya, dalam masa beberapa tahun ini, sejak pertembungan dua kem ini, Malaysia dinaikkan taraf sebagai pembantu kepada Markaz Dunia, Nizamuddin. Jemaah dari Malaysia sangat aktif dihantar keseluruh dunia. Dapat manjangkaui hampir keseluruh dunia. Kelebihan yang tak dapat dari jemaah india, pakistan atau bangladesh. JT Malaysia juga menjadi rujukan dari negara2 asia pasifik.

    Sebelum ini, JT Malaysia teruk diritik sebagai penyebar virus. Sekarang pula, giliran Markaz Nizamuddin pula yang sedang berdepan ujian paling berat. Trend nya hampir sama di Malaysia. Lebih separuh yg positif adalah dari JT. Begitu juga di India.

    Disana lebih ekstrim lagi tindakan oleh kerajaan India, pelampau agama dan media.

    Ironinya peristiwa ini hampir kepada 100 tahun gerakan dakwah yang dijalankan oleh Maulana Ilyas . Di mana cycle 100 tahun ini juga tersuirat satu petunjuk. Wallahualam

    1. jigsmaster Post author

      Ya, kami juga percaya bahawa ini ada hikmah di sebaliknya. Sebab itu kami ada meletakkan satu kemungkinan bahawa fenomena Covid-19 ini kemungkinan asbab hidayah manusia lebih dekat dengan Islam.

Leave a Reply