Bagaimana Jika Umat Islam Malaysia Mengaktifkan Ekonomi Gaya al-Arqam?

arqamekonomi

 

Isu-isu makanan halal dan bersih kini menjadi sesuatu yang kontroversi ekoran isu daging import baru-baru ini.

Kegagalan pihak kerajaan menyediakan sumber makanan tempatan yang mampu dikawal dan penguatkuasaan yang telus adalah amat mengecewakan. Nampaknya, umat Islam di Malaysia mesti melakukan sesuatu.

Masalahnya, kempen seperti #BMF adalah usaha longgar, bersifat populis dan bermusim, bukan bersepadu dan sistematik seperti…

Arqamnomics.

Bagaimana jika umat Islam mengaktifkan ekonomi gaya arqanomics ini?

Adakah kapitalis pemonopoli ekonomi Malaysia akan kembali ketakutan dan para pemimpin Melayu yang korup akan menggelisah?

 

BACA SELANJUTNYA

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

One thought on “Bagaimana Jika Umat Islam Malaysia Mengaktifkan Ekonomi Gaya al-Arqam?

  1. sejagat

    Di tempat saya ada satu gerai menjual nasi ayam dan kebab, tatkala saya memandang wajah-wajah yang menjual, saya akan teringat wajah-wajah dan suasana lebih 30 tahun lalu di kawasan perumahan kos rendah yang saya diami bersama keluarga, wajah-wajah yang berjubah dan berserban membawa komik-komik dakwah untuk dijual dari rumah ke rumah. Ibu saya sering membeli komik-komik itu untuk tatapan saya dan adik.

    Tertera logo Al Arqam.

    Ya, pertubuhan ini banyak kenangan dan memberi impak kepada gaya pemikiran saya. Dan penjual nasi ayam di tempat saya hari ini adalah DNA yang sama dengan penjual komik dakwah lebih 30 tahun silam. Saling tak tumpah walaupun sudah bertukar jenama. Sebab saya mengenali mereka.

    Saya juga pernah ke Putrajaya, saya perasan ada satu kedai makan dan satu klinik perubatan di lorong yang sama. Kedua-duanya juga memiliki DNA seperti Al Arqam cuma jenama yang berbeza. Tatkala saya datang ke kedai makan itu, saya tidak mengendahkan sebuah pandangan seorang murid sedang menjamu mursyidnya kerana ia suatu adab dalam ilmu tasawuf, cuma saya perasan ada coklat dijual di tempat bayaran. Hati saya tersentap melihat coklat yang sememangnya sangat halal tersebut tetapi apakan daya, hanya dijual dalam lingkungan jaringan tersendiri sahaja. Mana dia pasaraya-pasaraya besar yang mahu menjual produk-produk totok tempatan sebegini. Geram, hati saya sangat geram. Entah berapa tahun makan barang-barang syubhah, sedangkan dalam Islam, menyediakan makanan halal adalah suatu fardhu kifayah sama seperti kita menyediakan perigi untuk berwuduk selepas kita membina surau atau masjid. Sungguh, rasuah telah menyebabkan kita hidup dalam keadaan sangat celaka. Memang patutlah ada peguam mencadangkan hukuman mati ke atas pesalah rasuah.

    Saya masih anak-anak kecil ketika Abuya Ashaari Muhammad melebarkan sayap Al Arqam, saya masih ingat TV Malaysia menayangkan sosok yang memakai serban dan jubah dan melafazkan kata-kata taubat di hadapan rakyat Malaysia. Bukankah ini suatu serangan mental yang boleh menyebabkan anak-anak sebaya saya pada waktu itu akan memandang serong pada insan-insan berserban dan berjubah? Sedangkan merekalah yang menjual komik dakwah di rumah saya. Sehingga saya tahu kemenangan Mujahideen menjatuhkan Soviet Union di Afghanistan, sekolah agama dan membaca quran.

    Mujur, jiwa saya seorang pengembara dan peneroka kental. Saya cari jawapan di sebalik permasalahan tersebut, rupa-rupanya kehendak politik Mahathirisme dan cukong-cukongnya sebagai punca Al Arqam jatuh (sebenarnya ada lagi jawapan-jawapan lain tetapi biarlah dahulu saya simpan untuk diri saya dan kawan-kawan, sebab saya selalu bersyarah dihadapan mereka tentang sejarah-sejarah lampau).

    Sebab itu, saya katakan sekiranya Al Arqam masih hidup pada hari ini, kemungkinan ideologi celaka iaitu Liberal/Plural/Kiasu akan menggigil ketakutan. Sekiranya Al Arqam masih hidup hari ini, rantaian bekalan sekurang-kurangnya berjaya mengendurkan monopoli kaum kiasu. Masih ingatkah bagaimana wanita-wanita Islam era 70-80an menukar kepada pakaian menutup aurat sejak sekian lama berkebaya ketat semasa British mentadbir Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua? Al Arqamlah salah satu punca bersama-sama ABIM dan pengaruh Anwarisme (pada waktu itu membawa imej Islamik) menukar kepada nilai-nilai Islam kepada orang Melayu. Sehingga timbul kisah hantu kum kum sebagai satu simbolik puak Feminisme menentang nilai-nilai Islam yang semakin subur pada waktu itu.

    Saya tak pernah masuk Al Arqam, tapi saya ada membaca tentang Al Arqam.

    Percaya atau tidak kepada Imam Mahdi bukanlah menjadi satu rukun dalam ASWJ, malah dalam 6 kitab hadis utama rujukan ASWJ, 2 kitab hadis iaitu Sahih Muslim dan Sahih Bukhari langsung tidak menceritakan perihal Imam Mahdi. Jadi, untuk apa sosok berserban dan berjubah melafazkan taubat di depan rakyat Malaysia dalam suatu rancangan khas di TV Malaysia hanya kerana percaya gurunya akan menjadi Imam Mahdi, ini bukan satu masalah besar dalam akidah. Sungguh, ini sangat khianat dan bodoh namanya. Tak belajar dan tak ambil tahu langsung tentang Islam.

    Nak tahu aliran mana yang menjadikan percaya Imam Mahdi sebagai rukun? Tak lain dan tak bukan ialah Aliran Syiah. Syiah percaya Imam Mahdi akan timbul dari lubang di masjid Karbala (entah apa nama masjid dia). ASWJ tidak menjadikan percaya kepada Imam Mahdi sebagai suatu rukun. Tidak percaya kepada Imam Mahdi juga tidak menjejaskan akidah tetapi tidak percaya kepada hari akhirat, ya, ia menjejaskan akidah kerana percaya kepada hari akhirat termaktub dalan Rukun Iman yang 6.

    Saya berasa geram dan marah.

    Makanan halal pun kita gagal pertahankan.

    Inikan pula nak pertahankan tanahair. Kalau jadi perang, apakah kartel-kartel ini akan turun berperang?

    Mereka sudah pun cabut lari membawa punggung masing-masing.

    Saya Geram dan Teramat Marah Tuan MO……

Leave a Reply