Protocols of The Elders of Mindcontrol-ScrapFile006477HighLevel

images2

Beberapa nota telah dikumpulkan dalam satu fail rahsia yang bertanda simbol rama-rama yang cantik.Nota-nota ini adalah catatan dari beratus-ratus fail sebenar yang terkumpul dalam arkib penting di MistisFiles: Folder yang bertulis Protocols of The Elders of Mindcontrol.Kompilasi ini mencatatkan beberapa komentar bekas-bekas pengaturcara kawalan minda untuk operasi-operasi sulit CIA dan ‘shadow government’ di Amerika.

Berdasarkan nota kaki yang dikompilasi dari scrapfile ini, dapat disimpulkan bahawa modus operandi para pengaturcara ini adalah sama di setiap operasi mereka, memilih mangsa mereka dari latar belakang keluarga yang berantakan, bermoral rendah dan tiada agama.Satu lagi cara ialah mencipta keluarga yang porak-peranda dengan menawarkan kekayaan kepada keluarga terbabit atau menggugut mereka untuk memasuki program kawalan minda.Keluarga tersebut akan dimuatkan dengan pelbagai silibus kawalan minda dan hasilnya-sebuah keluarga yang rendah moralnya, di mana sang bapa selalunya akan mencabul anaknya sendiri (incest) manakala sang ibu pula membenarkan malah menggalakkan perlakuan sang bapa tadi.Si bapa tadi juga akan melacur anak-anaknya (tidak kira lelaki atau perempuan) kepada orang lain (selalunya orang-orang dalam secret societies yang menyelia program kawalan minda).Terdapat juga satu silibus yang lebih sadis: si ibu dirogol beramai-ramai oleh orang-orang yang tidak dikenali dihadapan si anak (subjek mindcontrol) manakala si bapa akan diugut; si anak hanya melihat ibunya kesakitan manakala bapanya terduduk tidak berdaya.Ini semuanya semata-mata untuk mencipta rasa putus asa yang amat hebat dalam diri anak tadi sebagai subjek mindcontrol, dalam istilah mindcontrolnya; mind split. Mind split inilah yang akan dikembang hingga menjadi MPD-Multiple Personality Disorder.Orang yang menjadi MPD tidak ubah seperti zombie,hanya mengikut perintah tuannya tanpa ada rasa kemahuan yang lain.Personalitinya juga akan berbagai-bagai, dari seorang perisik, pakar, komando, ejen khas hingga kepada pelacur kelas atasan atau pembunuh upahan, ini semua dapat dikawal secara ‘switching’ hasil dari ‘personaliti yang huru-hara’ akibat dari kecelaruan minda hasil dari trauma dan tekanan psikologi yang dasyat.Keluarga yang rosak ini pula akan melahirkan generasi yang rosak-menjana keluarga incest (sumbang mahram) yang seterusnya dan ini dipanggil multigenerational abused family.

AMARAN!JIKA ANDA RASA ARTIKEL SETERUSNYA DALAM ISU YANG BERKAITAN AKAN MENGANGGU KETENTERAMAN ANDA, SILA KELUAR DARI SINI.ARTIKEL-ARTIKEL SETERUSNYA PENUH DENGAN KISAH-KISAH YANG MENYEDIHKAN,SADIS DAN DI LUAR NORMA SIVIK MANUSIA.

images

Ini adalah sedutan dari scrapfile tersebut.Dan kisah seterusnya lebih mengharukan dengan pengakuan berpuluh-puluh survivor yang terselamat dari program mindcontrol ini.Adakah anda pernah membaca berita berkenaan kisah seorang bapa mengurung anak perempuannya di bawah tanah untuk dijadikan hamba seks selama lebih 20 tahun? Itu adalah sebahagian kesan dari program terlaknat ini.Survivor mindcontrol jarang tampil, satu kerana masih trauma dan ada yang hilang ingatan atau gila, dan satu lagi kebanyakan mereka didapati membunuh diri.Inilah sebabnya Kate Moss ketagihan kokain, perkara yang sama terjadi kepada legenda Grunge, Kurt Cobain…

RAHSIA PROTOCOLS OF THE ELDERS OF MINDCONTROL AKAN TERUNGKAI.Bukankah Iblis mempunyai satu modus operandi yang menjadi ‘killer skill’ iaitu menjadikan seolah-olah kejahatan itu difikiran manusia satu kebaikan?Maka manusia tadi tidak akan nampak lagi baik dan buruk, dosa atau pahala.Ini ada disebut dalam Al-Quran yang mulia.Ini adalah kunci rahsia mengapa SecretSocieties amat berbangga dengan teknik mindcontrol mereka.IBLIS TERLAKNATLAH YANG MENGAJAR MANUSIA-MANUSIA SYAITAN INI TEKNIK MINDCONTROL YANG MENCELARUKAN MINDA MANUSIA DAN MENGHALANG MEREKA DARI MEMBEZAKAN BAIK ATAU BURUK.’MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK’ ADALAH SATU KRITERIA PENTING DALAM MEMBUAT PILIHAN DI DALAM MATRIKS YANG MANUSIA BERHIDUP SEKARANG.

MASALAHNYA IALAH PILIHAN.

AMARAN!!

Artikel-artikel di dalam MistisFiles kebanyakannya berkisarkan perkara-perkara yang berselindung di balik senario dunia hari ini. Ia ibarat program virus yang berjalan senyap-senyap dalam sesuatu aplikasi komputer. Sebahagiannya memperihalkan secara terperinci kegiatan Al-Masih Ad-Dajal secara teknikal, di ulang; secara teknikal. Kita diberitahu secara gambaran kasar tentang kemunculan Dajal di mana setiap nabi dan rasul yang pernah wujud di muka bumi diperingatkan tentang bahaya fitnah Dajal(atau dikenali sebagai AntiChrist oleh orang Kristian). Persoalannya siapakah Dajal?Apakah bentuk fitnah yang dibawanya?Apakah taktik dan strategi Dajal?Dajal pernah berkata dia ingin menguasai dunia ini. Dia ingin menjadi Tuhan. Tetapi bagaimana?MistisFiles akan membawa anda jauh ke dalam pusaran konspirasi Sang Dajal. Kami akan membawa anda mengembara jauh kepada sejarah, kepercayaan, pegangan, ideologi, pembohongan, aktiviti, strategi dan plan besar si Dajal Laknatullah ini ke atas bumi. Dajal telah menggunakan pelbagai kepercayaan pagan seperti penyembahan bintang sirius, orion dan juga matahari untuk memperdayakan manusia moden hari ini. Pelbagai konspirasi seperti para makhluk jin dan syaitan yang digambarkan seperti alien dan ‘makhluk pintar luar angkasa’, master race, tamadun yang hilang dan pelbagai lagi drama yang dimainkan oleh Dajal. Mangsanya, adalah kita termasuk rakyat Amerika yang malang, menjadi bahan eksperimen, bahan mentah, ‘patsies’ , kambing hitam, hamba suruhan dan pelbagai lagi konotasi yang kadang-kadang akal yang sihat tidak dapat menerimanya kenapa satu bangsa yang dikatakan cerdik pandai di Amerika boleh terjerumus ke dalam perangkap Dajal. Setiap tahun beribu-ribu kanak-kanak di Amerika hilang tanpa sebab. Anda harus menerima kenyataan ini. Apa yang dikatakan di dalam Al-Quran adalah amat-amat benar sekali. Ingat!Kami tidak menghidangkan semata-mata kepada anda istilah-istilah keagamaan; jika anda terlalu sekular dan prejudis terhadap kemurnian agama. Tetapi kami akan membentangkan anda secara teknikal, bukan sekadar teori ataupun khutbah agama, secara sains dan teknologi, bukan sekadar hadis-hadis, firman dan sabda (jika anda seorang sekularis tulen dan pekat; yang pesimis terhadap agama khasnya Islam) ini adalah hadiah untuk anda. Berfikirlah sebentar, renung-renungkan. Selamat Datang ke Dunia Pemikiran Baru…

Protocols of The Elders of Mindcontrol


Subjek kawalan minda (mind control) merupakan salah satu fail utama dalam koleksi fail-fail sulit di MistisFiles. Di sini subjek kawalan minda di letakkan di dalam satu fail yang dinamakan Protocols of The Elders of Mindcontrol.

Di antara kandungan fail ini ialah:

Projek-projek rahsia kerajaan Amerika yang melibatkan kawalan minda seperti-

*Project Monarch

*MK-Ultra

*Operation Paperclip

*Montauk Boys

*Project Superman

Kegiatan kerohanian atau dikenali sebagai ‘occult’ –

*Satanic Ritual Abuse (SRA)

*Illuminati occult

*New Age occult

*Yoga and Chakras

*Secret Doctrin

*Necronomicon

Istilah-istilah berkaitan mind control-

*Multiple Personality Disorder (MPD)

*Alters

*Kundalini

*Chakra

*consciousness

*illumination

*Central Nervous System

*Mindcontrol slave

*Master Programmer

*Subliminal message
*trigger word

Organisasi/individu berkaitan Mindcontrol-

*Illuminati

*Central Intelligent Agency (CIA)

*Joseph Mengele

*Cisco Wheeler

*Dr. Green

Mindcontrol adalah salah satu senjata Dajal akhir zaman untuk memusnahkan umat manusia khususnya umat Islam yang amat dimusuhinya. Mereka sanggup melakukan pelbagai eksperimen ke atas anak-anak kecil untuk mengkaji keupayaan mengawal minda seseorang. Mereka menyeksa, membunuh, merogol dan pelbagai lagi perbuatan diluar kemanusiaan malah di luar tahap kebinatangan untuk menghasilkan trauma yang dijadikan modal untuk membangunkan personaliti yang dapat dikawal di dalam minda seseorang itu.

Filem, televisyen, iklan, muzik dan sebagainya digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memancarkan makna tersembunyi (subliminal message) ke dalam minda orang ramai.

Berwaspadalah dengan dunia di sekeliling anda. Awasi anak-anak anda kerana anak-anak kecillah yang paling senang dijadikan subjek kawalan minda dengan menghasilkan trauma kepada mereka.

Mistis Organization sedang menggali rahsia kawalan minda ini. Protocols of The Elders of Mindcontrol akan dibongkar satu demi satu!