13 Oktober 2020, esok adalah ‘hari keramat’ buat rakyat Malaysia. Penentuan kepada misteri terbesar sejak lebih 2 dekad lalu:
Adakah DS Anwar Ibrahim akhirnya berjaya menjadi perdana menteri Malaysia?
Adakah Anwar benar-benar maksudkan itu (menjadi perdana menteri), atau ada percaturan politik yang licik (atau sejenis political stunt?) untuk jangkapanjang (memusnahkan UMNO-BN + Tun Dr. Mahathir sebagai contoh)?
INI ADALAH AMAT MENDEBARKAN!
BACA SELANJUTNYA.
Anwar Ibrahim kali ini jika menjadi Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan daripada DAP dan khadamnya PAN. Sebaliknya, menjadi sebuah kerajaan perpaduan Melayu Islam.
Cuma yang menjadi misteri sejauh manakah Anwar Ibrahim akan membawa kepentingan Melayu Islam itu sendiri.
Pada pendapat saya, sekiranya ada sesuatu yang terjadi pada 13 Oktober 2020, politik Malaysia melangkah kepada suatu ‘perubahan’.
Adakah ‘perubahan’ itu yang dinanti-nantikan atau ‘perubahan’ itu membawa malapetaka yang menakutkan. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita semua duduk dalam rahmatNya. Amin.
(13 Oktober 2020 adalah titik pemisah sejarah lama politik negara menuju ke suatu lakaran baru itupun jika berlaku sesuatu ke atas Anwar Ibrahim, jika tidak berlaku maka anggaplah 13 Oktober 2020 seperti hari-hari biasa yang berlalu)