Artikel ini membincangkan kekeliruan seorang profesor sejarah tempatan dalam percubaannya untuk menafikan kajian peranan Hang Tuah sebagai duta, laksamana sekaligus sebagai wakil diplomasi kepada Kesultanan Melaka berdasarkan kajian arkeologi, manuskrip, artifak, rujuksilang dan bukti empirikal yang diketengahkan oleh beberapa profesor dan pakar sejarah seperti Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi, Prof Emeritus Dr Hashim Musa, Prof Datuk Zainal Kling dan lain-lain.
Artikel ini menjelaskan:
1) Mindset menafikan dan menegakkan ego mindset penjajah
2) Bagaimana profesor kangkung terperangkap dalam mindset penjajah
3) Aksi profesor kangkung menafikan ‘Laksamana’ dalam surat kepada Kerajaan Ryukyu itu menyokong premis Hang Tuah
4) Bagaimana profesor kangkung mengatakan perkaitan antara ‘Laksamana’ dan Hang Tuah itu hanya agak-agakan sahaja
5) Bagaimana profesor kangkung menyamakan kajian rujuksilang surat ‘Laksamana’ itu umpama orang yang mengaku keturunan Hang Tuah
6) Aksi profesor kangkung tiba-tiba inginkan perkataan ‘Hang Tuah’ muncul sebiji-sebiji dalam apa jua bukti atau rekod luar
7) Aksi profesor kangkung yang tidak menyedari bahawa panggilan orang luar selalunya tidak sama atau ada perbezaan dari panggilan tempatan (native) terhadap sesuatu perkara.











