Category Archives: Artikel Umum

Bapa Boleh Berkahwin Dengan Anak Zinanya? Benarkah Tuduhan Ke Atas Imam Syafie Ini Oleh Sesetengah Agamawan?

zinanak

 

[Mukaddimah]

 

Baru-baru ini, terdapat seorang agamawan tersohor menyatakan bahawa Imam Syafie membenarkan seorang bapa yang berzina berkahwin dengan anak zinanya. Soalannya, benarkah Imam Syafie BENAR-BENAR BERKATA DEMIKIAN secara jelas dan sah? Ini persoalan yang amat berat melibatkan nama seorang imam mazhab fekah Islam yang diiktiraf dan diterima pandangannya dalam usul fiqh Islam.

Perlu ada bukti, asal dan sumbernya. Malangnya sehingga ke hari ini TIADA BUKTI yang menunjukkan Imam Syafie berkata demikian walhal golongan agamawan yang menggelar diri mereka proTAJDID ini selalu mengutamakan matan, asal dan sumber sahih dalam sesuatu perkara malah mereka ini rata-rata belajar hadis malah ada di antara mereka memiliki PhD dalam bidang hadis dan amat teliti dalam mengesan hadis sahih atau tidak melalui para periwayatnya.

 

Continue reading

Adakah Tindakan Dato Seri Zahid Hamidi Itu Boleh Diterima?

zahid

 

[Mukaddimah]

 

Walau apapun sumbangan dan kebijaksanaan beliau kepada masyarakat dan negara, namun untuk kes yang ini adalah tidak perlu dan tidak sepatutnya. Belum terlambat untuk membetulkannya. Benda-benda begini sepatutnya hanya mainan dek kejahilan dan tidak tahu di zaman kanak-kanak yang harus dilupakan dan padamkan.

Kredibiliti tidak sepatutnya dimusnahkan sendiri dalam waktu yang singkat seperti ini, dan perkara yang remeh-temeh seperti ini.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mengapa Iran Membekalkan Peluru Berpandu Kepada Militan Houthi Untuk Menembak ke Arah Mekah?

Houthi-Group

 

[Mukaddimah]

 

Persoalan yang amat jelas, Iran tidak pernah cuba menembak ke arah Israel. Tidak pernah sistem pertahanan Israel mengisytiharkan bahawa mereka telah memintas peluru berpandu Iran. Propaganda Iran memomokkan kepada kita bahawa mereka membantu Palestin dari segi bantuan makanan, namun semua ini hanyalah wayang seperti memberi biskut kepada seseorang supaya kekal hidup di dalam penjara namun tidak membebaskannya, padahal Iran adalah kuasa nuklear dan ketenteraan yang dasyat jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Barat yang lain.

Jika anda perhatikan baik-baik, di sekitar Yaman dan Teluk Parsi, kedudukan Iran dan negara-negara Teluk serta krisis terbaru Qatar, juga kedatangan Trump, anda akan nampak benang-benang merah antara Amerika, Israel dan Iran.

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Peluru Berpandu Ke Arah Mekah : Apakah Perancangan The Elite Dengan ‘Mempergunakan’ Syiah Houthi?

peluru

 

[Mukaddimah]

Pada 27 Julai lepas, satu peluru berpandu telah dipintas oleh pakatan tentera Arab di mana militan Houthi mengaku bertanggungjawab.

Apakah yang terjadi jika peluru berpandu itu tidak dipintas?

Puluru berpandu itu pula dibekalkan oleh Iran.

Arab Saudi pula amat rapat dengan Amerika Syarikat. Negara Syaitan Besar ini pula umum adalah pelindung kepada Israel.

Gameplan kali ini amat kompleks.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Kisah Palestin Yang Lemah Terus Dibuli Israel; Negara-negara Teluk Terus Berdrama Dipermainkan Polisi Trump

teluknegara

 

[Mukaddimah]

 

Mengapakah negara-negara Teluk yang kayaraya itu tidak mahu berhenti sebentar dari bergocoh sesama sendiri untuk memerhatikan kanak-kanak, perempuan yang lemah atau orang tua yang tidak berdaya itu di Palestin, saudara seagama dan sebangsa mereka yang sekali lagi ditindas oleh rejim Israel baru-baru ini?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pangkalan Tentera Amerika Berdekatan Malaysia : Fungsi Membina Banyak Pangkalan Tentera Di Seluruh Dunia

amehege

 

[Mukaddimah]

 

Apakah keperluan membina banyak pengkalan tentera di pelbagai negara di seluruh dunia di kala hutang kebangsaan Amerika Syarikat telah menjangkau lebih 19 trillion dollar?

Jika anda bermain permainan strategi, anda perlu membina banyak ‘base‘ untuk memudahkan logistik dan pergerakan pasukan tentera anda. Ini adalah logik yang paling asas, digunakan dari permainan komputer hingga kepada polisi ketenteraan antarabangsa.

Jadi mengapa Amerika membina banyak pengkalan tentera di seluruh dunia? Semata-mata menjaga keselamatan rakyat Amerika?

 

 

UNTUK MENCARI HEGEMONI DUNIA.

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pangkalan Tentera Amerika : Tahukah Anda Mereka ‘Mengepung’ Kita?

 

[Mukaddimah]

 

Amerika dianggarkan memiliki 900 hingga 1000 pangkalan tenteranya di seluruh dunia di lebih 130 buah negara. Ada pangkalan yang wujud secara rahsia, ada pangkalan yang tersembunyi, ada pangkalan yang terletak di pulau terpencil jauh daripada manusia.

Dengan memiliki banyak pangkalan tentera, Amerika boleh melancarkan serangan dengan cepat di mana-mana sahaja di dunia yang fana ini. Tahukah anda, di manakah pangkalan tentera Amerika yang terdekat di Malaysia? Ya, amat dekat!

Mengapa ia ditubuhkan adalah sesuatu yang kontroversi. Seolah-olah ingin mengawal ‘sesuatu’.

 

PASTIKAN ANDA MENUTUP SEMUA MEDIA SOSIAL KETIKA MEMBACA FAIL INI.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

‘Wahabi’ Mengikut Pengalaman Umat Islam Di Malaysia

Wahabi

 

[Mukaddimah]

 

‘Wahabi’ yang sebenarnya menjadi kontroversi dan polemik di Malaysia khususnya bukanlah apa yang dikatakan pengikut Muhammad Bin Abdul Wahab, seorang pendiri satu gerakan di Arab sana dulu.

‘Wahabi’ yang sebenarnya bukanlah sesempit label-label seperti anti-tahlil, anti-kenduri arwah atau anti-selawat terawih sekadar menamakan beberapa contoh.

‘Wahabi’ yang sebenarnya ialah kelompok yang cenderung mengeraskan pendapatnya dalam isu-isu agama dan beribadah, dalam mana dalam satu-satu isu itu ada banyak pandangan masing-masing, yang mana pendapat itu pula dari ulama-ulama besar yang pakar dalam bidang hadis dan fekah pula.

‘Wahabi’ juga cenderung mengeraskan pandangan mazhab fekahnya sendiri berbanding pegangan mazhab fekah majoriti penduduk tempatan. Ia tidak meraikan pegangan mazhab tempatan malah mempersendakan, memperli dan cenderung mempromosikan pandangan mazhab fekah lain, padahal semua mazhab fekah di dalam jalan kebenaran dan ia sepatutnya diraikan antara satu sama lain.

Wahabi apabila marah dengan amalan agama yang dirasakan salah, ia melabelnya sebagai ‘amalan Melayu‘ padahal ia amalan pendakwah Arab yang datang membawa Islam ke Nusantara, bukan sengaja direka-reka oleh orang Melayu. Bezanya kerana pendakwah Arab itu bermazhab lain dari mazhab fekahnya. Bukan bermazhab Hambali, Hanafi atau Maliki. Maka mazhab Syafie dicop sebagai ‘mazhab Melayu’ dan amalan-amalan agama yang semuanya dari kitab-kitab ulama Arab yang dipelajari ulama-ulama Melayu dicop sebagai ‘amalan Melayu’. Adakah orang Yaman yang bermazhab Syafie, yang mana para pedagang mereka yang berdakwah ke Nusantara pada era penyebaran Islam dahulu adalah orang Melayu? Bukan Arab?

Keras dan melawan pada perkara yang sia-sia dan tidak perlu. Inilah kesimpulan dari ‘perjuangan’ Wahabisme, terutamanya Wahabisme Melayu.

Hermit menulis…

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Penjarahan Red Fort Oleh British: Sejarah Vandalisme British Kepada Premis Bersejarah

Red_Fort_in_Delhi_03-2016_img3

Sumber Foto: A. Savin (Wikimedia)

 

[Mukaddimah]

 

Selepas tahun 1857, ketika British menggulingkan Bahadur Shah Zafar, maharaja Mughal yang terakhir,  mereka juga merobohkan sebahagian besar bangunan di Red Fort. Kira-kira 80% bangunan asal di dalam kota berkubu yang terkenal itu telah musnah. Pihak British mendirikan pelbagai bangunan pentadbiran mereka sendiri di dalam Red Fort, yang semuanya bertentangan dengan gaya seni bina dengan asal malah merosakkan elemen-elemen Red Fort yang tidak ternilai harganya itu.

Ini adalah salah satu bukti reputasi pihak British memusnahkan peninggalan sejarah terutamanya berbentuk premis. Jadi jangan hairan jika banyak istana dan bangunan bersejarah kita kecuali bangunan yang dibina  British dimusnahkan ketika zaman kolonial.

Srikandi menulis…

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Apakah Yang Ada Di Dalam Laptop Itu?

Sumber foto: ismaweb

 

[Mukaddimah]

 

Ada beberapa perkara yang aneh di dalam kes penderaan yang membawa kematian kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain baru-baru ini. Selain tindakan nekad dan berani penzalimnya yang menderanya tanpa memikirkan risiko kesan penderaan mereka mudah diketahui orang lain dan membawa kes polis – punca kepada mengapa mereka bertindak senekad itu adalah mencurigakan dan hampir tidak masuk akal.

Hanya kes berebut teman perempuan yang selalu menyebabkan seseorang lelaki itu hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh. Ini hanyalah sebuah laptop sahaja. Benarkah puncanya hanya sebuah laptop? Atau ada cerita di sebalik tragedi ini?

Atau ada dendam lama yang bersarang dan menunggu masa untuk dilepaskan?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us