Monthly Archives: March 2020

COVID-19 : Kemampuan Bertahan di Udara & Permukaan

coronavirus_1title

Dalam artikel lepas, kami telah membawakan kepada anda isi-isi penting di dalam kajian jurnal-jurnal saintifik antarabangsa.

Jika anda perhalusi ‘permainan’ virus Covid-19 ini, anda akan tahu bagaimana dan bila ia boleh dihapuskan. Tanpa ubat dan tanpa vaksin.

Inilah yang ingin dilakukan oleh para saintis dan doktor di seluruh dunia.

Namun kini, virus-virus itu menukar tahap permainan – kemampuan telah dipertingkatkan.

BAGAIMANA KINI?

BACA SELANJUTNYA.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Sifat COVID-19 Yang Jarang Diketahui: Keghairahan Mencari Perumah Baru

mutasi

 

Ada satu perkara tersirat di dalam jurnal The Lancet yang jarang diketahui. Di mana ianya AMAT-AMAT  bergantung kepada sistem kawalan pergerakan dan kuarantin.

Dalam jurnal itu ada menyatakan, mana-mana aktiviti keluar-masuk di satu-satu wilayah akan menunjukkan bagaimana paras kenaikan penyebaran dalam/tersendiri wabak ini.

Bayangkan, seawal Januari lalu, The Lancet telah memberi amaran supaya menutup sekolah, membatalkan perhimpunan dan menyarankan kerja-dari-rumah.

Kajian itu juga meramalkan wabak ini akan menjadi PANDEMIK pada Januari lalu, melihatkan cara kerajaan China yang lambat bertindak.

Apakah karakteristik tersirat pada virus Covid-19 ini yang seakan mahu dibayangkan oleh The Lancet? Ia sungguh mengejutkan!

BACA SELANJUTNYA.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

COVID-19 & Jemaah Tabligh: Peluang Untuk ‘Pembersihan’ & Peremajaan Semula

ujiantabligh

 

Mungkin ini adalah tarbiah Tuhan ke atas jemaah dakwah ini. Jemaah yang rajin mengajak manusia ke jalan Allah dan ke rumah Allah akhirnya menjadi antara faktor rumah-rumah Allah terpaksa ditutup dan solat berjemaah terpaksa ditangguh kerana penangan wabak Covid-19 yang melanda. Sungguh ironi.

Namun, kehendak Tuhan itu kadang-kadang sukar untuk dimengerti  manusia. Mungkin… selepas wabak ini reda, jemaah dakwah ini semakin popular di mata dunia kerana publisiti yang meluas ketika wabak melanda.

Konsep tawakal asasnya ialah berusaha sebaik mungkin dan berdoa kepada Allah – perlu difahami betul-betul oleh ahli jemaah dakwah tidak kira dari aliran mana. Menyerahkan semata-mata kepada takdir Allah umpama unta yang tidak diikat ketika Sahabat Nabi S.A.W hendak solat di dalam hadis berkenaan tawakal yang terkenal itu. Itu hanya menjadi akidah yang bidaah sahaja yang mana dianut oleh aliran Jabariyyah.

Mengikuti perkembangan semasa adalah sikap yang perlu ada bagi sesebuah jemaah dakwah. Satu lagi – perpecahan di kalangan jemaah perlu dihentikan. Mungkin ini ‘peluang’ untuk jemaah Tabligh muhasabah diri dan menyusun pergerakan ke arah lebih tersusun dan pintar.

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Ujian Ke Atas Jemaah Tabligh: Perpecahan Atau Asbab Hidayah Seluruh Alam?

klustertabligh2getir

 

Baru-baru ini, kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan bahawa peserta perhimpunan Tabligh diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari mengikut tarikh akhir bagi yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 mengikut mana yang terkemudian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan melalui satu sesi sidang video membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak Masjid Jamek Sri Petaling.

Berikutan itu, KKM menasihatkan semua peserta perhimpunan Tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan lanjut.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah ini petanda akhir zaman apabila masjid ditutup dan dakwah disekat? Adakah adanya fasa ‘peralihan aquarius’ atau ‘permulaan armageddon’ dengan berlakunya perkara-perkara begini?

Atau… adakah ini adalah hukuman ke atas Jemaah Tabligh atas perpecahan mereka?

Atau… ini adalah suatu perkara yang akan mengangkat martabat usaha mereka dan bakal memacu lagi usaha mereka selepas menjadi popular akibat ‘bad publicity’ berikutan musibah Covid-19 ini apabila satu dunia kini ingin mengetahui tentang aktiviti kumpulan dakwah ini?

Masa berjalan…

KITA TUNGGU DAN LIHAT.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Gelombang Ke-3 COVID-19: Punca & Ramalan The Lancet

covid2

Apa yang boleh kita pelajari dari sini? Ya, politikus-politikus gila yang membuat aksi sarkis tempoh hari patut dipersalahkan juga, kerana lebih kurang 2 minggu perhatian ke atas Covid-19 terabai sebentar. Akibatnya, penguatkuasaan tidak dapat ditumpukan.

Namun, sebenarnya apa yang MESTI DILAKUKAN oleh kerajaan adalah PERINTAH BERKURUNG yang segera. Jika ini dilakukan ketika gelombang kedua lagi, kita dapat menghalang individu yang baru pulang dari Korea itu dari menyebarkan virus di perhimpunan Tabligh tersebut.

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu XX : “The Night of the Long Knives “

fleurknife2

 

Malam itu dia keletihan. Apa yang baru berlaku sebentar tadi amat merungsingkan hatinya. Memeningkan kepalanya. Tidak disangka mereka itu yang selama ini di bawah telunjuknya berani mempertikaikan kekuasaannya.

Terbayang satu persatu wajah-wajah yang membentak-bentak dan menyerangnya. Boleh dikatakan semuanya memintanya berundur dari takhta kuasa. Kemudian menyerahkan kekuasaan itu kepada seseorang yang akan dijadikan kambing hitam mereka. Dia menjeling orang yang akan mewarisi kekuasaannya. Mata orang itu yang merenung tepat ke dalam matanya amat merimaskan.

Dia mesti melakukan sesuatu. Orang ini tidak boleh diberi kuasa itu walau sesaat. Rahsianya akan dibongkar satu-persatu jika sedetik sahaja orang ini memegang kuasa. Biar…biar rahsianya dibawa hingga masuk ke liang lahat.

Malam itu dia mengambil keputusan.

Dia nekad. Pemberontakan mesti dilaksanakan. Dia mesti memberontak kepada kumpulan yang menekannya.

Malam itu dia mengaktifkan pelan keduanya.

 

Malam yang mengubah sejarah sejak 21 tahun yang lalu.

 

Baca selanjutnya.

 

=========================
Cara untuk akses MistisFiles
>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Apakah Yang Berlaku Pada Malam 21 Februari?

masonxix

 

Di sinilah bermulanya segala-galanya. Malam celaka 21 Februari. Bagi sesetengah orang yang mengetahui rahsia malam itu.

Sungguh, mereka masih mengingat malam yang panjang itu. Malam yang penuh keresahan. Malam yang penuh ketegangan. Percubaan untuk melakukan KUDETA yang SEBENAR.

Orang paling berkuasa didesak untuk meletakkan jawatan. Mesti diserahkan kepada seseorang yang menanti. Namun dia enggan. Kata-kata seperti menggugut. Tekanan demi tekanan.

Maka lahirlah PENGKHIANATAN PERTAMA itu.

Yang mana disembunyikan dari pengetahuan ramai, para pengikut mereka. Di sana ada senarai nama-nama pengkhianat itu, yang menjadi punca tumbangnya sebuah kerajaan bersejarah.

 

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu XVIII

istananegaramasonmelayu

 

Seperti yang kami katakan, pertempuran pun bermula. Hasrat Tun M untuk menghapuskan pengkhianat sebenar yakni dari Pakatan Harapan sendiri – PKR, DAP dan hamba suruhannya, Amanah yang asyik mendesaknya menyerahkan jawatan kepada DS Anwar Ibrahim.

Pelan Tun M untuk menyingkirkan terus suara-suara ini. Namun pertemuan beliau yang lalu di antara TG Haji Hadi dan presiden UMNO mengingatkan akan prinsip-prinsip bangsa Melayu, juga apa yang pernah ditulisnya dalam buku Malay Dilemma.

Namun, Tun M dikatakan ‘diugut’ oleh golongan elit yang pernah menaburkan kekayaan kepadanya dan anak beranaknya. DAP perlu dimasukkan sebagai salah satu kuasa kerajaan. Bagaimana Tun M mahu mengimbangi semua desakan dan permainan yang dirinya sendiri mulakan ini?

Dalam angin ribut, badai taufan dan haru-biru itu, muncullah satu tangan yang menghulurkan,

 

“KERIS PENYALANG”

 

 

 

BACA SELANJUTNYA….

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us