Teori Kuantum David Bohm menyatakan bahawa zarah halus sentiasa wujud secara nyata dan tidak pernah hilang.
Teori ini berbeza daripada teori biasa kerana ia tidak memerlukan idea pelik tentang gelombang yang tiba-tiba runtuh atau hilang apabila diperhatikan. Menurut Bohm, setiap zarah mempunyai struktur yang rumit dan sentiasa bergerak bersama sejenis gelombang khas.
Zarah ini bukan sahaja digerakkan oleh daya biasa seperti magnet, tetapi juga dipandu oleh satu kuasa halus yang dipanggil potensi kuantum. Potensi kuantum ini berfungsi seperti sistem pandu automatik yang membawa maklumat tentang seluruh keadaan sekeliling. Ia menghubungkan semua zarah secara terus walaupun pada jarak yang sangat jauh.
Cara ia menggerakkan zarah adalah melalui bentuk gelombangnya dan bukannya melalui kekuatan gelombang itu, sama seperti isyarat radio yang membimbing arah pergerakan sesebuah kapal. Disebabkan sistem panduan ini amat sensitif dan rumit, laluan pergerakan zarah kelihatan sangat huru-hara walaupun sebenarnya ia mengikut peraturan yang tetap.
JIKA DEMIKIAN APAKAH YANG BERLAKU SEMASA ZARAH DIPERHATIKAN?
Adakah ada rahsia tersirat dalam ‘double split experiment’?
BACA SELANJUTNYA.
