Sinopsis: Maktab Ibu Kandung: Kenangan dan Pahit Manis Pendidikan Zaman Kolonial

maktabik

 

 

[Mukaddimah]

 

R.O. Winstedt telah mengilhamkan penubuhan yang dibayangkannya sebagai satu ‘institusi yang melatih para guru’. Namun anehnya, beliau menyarankan bahawa kawasan yang akan dibina pusat latihan itu hendaklah memiliki tanah yang luas, untuk menampung tanah-tanah pertanian.

Rupa-rupanya Winstedt bercadang untuk mengekalkan status orang-orang Melayu sebagai petani dengan ekonomi sara diri sahaja, melalui pendidikan yang hanya sebagai syarat, bahawa hidup orang-orang Melayu tidak harus melampaui pendidikan taraf rendahnya itu. Pemikiran Winstedt itu lebih berbahaya dari R. J Wilkinson yang dikatakan sebagai ‘idola’ dan ‘guru’ kepada Winstedt.

Tahun 1922 menyaksikan SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan dengan perlantikan O. T Dussek sebagai pengetuanya yang pertama. Perkara yang sebaliknya dari apa yang dirancang Winstedt terjadi, pengetua SITC itu tidak sepenuhnya menurut gagasannya, sebaliknya menggalakkan pelajar-pelajar Melayu memajukan diri sendiri dan keluar dari kepompong selesa di kampung-kampung.

Duduk di bawah para pengetua dan pegawai pendidikan berbangsa Eropah, segala hinaan dan sindiran sudah menebalkan kulit muka para pelajar perintis di pusat latihan itu untuk terus berjuang menjadikan pengetahuan yang dipelajari di situ sebagai suluh budiman buat anak bangsa. Suka-duka di ‘Maktab Ibu Kandung’ adalah cerita epik yang menjadi memori gelap dan terang sebagai roh semangat yang lahir dari sejarah yang terbakar sejak berkurun lamanya.

 

Artikel penuh di: Maktab Ibu Kandung: Kenangan dan Pahit Manis Pendidikan Zaman Kolonial

Belum lagi menjadi ahli? KLIK  Join Us

 

Kami di MistisFiles mengucapkan Selamat Hari Guru.

Leave a Reply