Dua eksperimen berbeza menunjukkan petunjuk kewujudan dimensi keempat bagi ruang. Ahli Fizik secara teori telah lama memahami bahawa mungkin terdapat dimensi yang lebih tinggi selain daripada tiga dimensi biasa yang kita kenali.
Petunjuk pertama muncul pada tahun 1905 apabila Einstein membangunkan Teori Relativiti Khas-nya. Apabila kita bercakap tentang dimensi, kita merujuk kepada panjang lebar dan tinggi. Secara umum, apabila kita menyebut dimensi keempat, ia sering dianggap sebagai ruang-masa. Namun dalam konteks ini, ahli Fizik merujuk kepada dimensi ruang tambahan yang melangkaui tiga dimensi biasa, bukan alam semesta selari seperti yang sering disalah anggap dalam filem fiksyen sains.
BACA SELANJUTNYA.
