Category Archives: Artikel Umum

“The Purge” di Brazil: Apa Yang Dapat Kita Belajar

brazilpurge

 

 

 

[Mukaddimah]

“Orang ramai mula membunuh, merompak,  merogol dan memecah masuk ke kedai-kedai. Para penjenayah menembak secara rambang kepada orang di jalan-jalan. Di sana sini bergelimpangan mayat dan orang yang cedera parah. Ada kenderaan yang dibakar dan harta benda berselerakan di sana sini. Semua ini berlaku setelah polis melancarkan mogok…”

Apakah yang sebenarnya terjadi? Apakah pelajaran yang kita boleh dapati dari The Real Purge ini?

 

 

 

 

 

“The Purge Night”

 

 

??????????????????

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

13 Juta Mukasurat Dokumen Rahsia: Pelan CIA Untuk Mengukuhkan ‘Hoax’

http://cdn1.collective-evolution.com/assets/uploads/2016/06/base.jpg


[Mukaddimah]

Keputusan Central Intelligence Agency (CIA) untuk mengapungkan 13 juta mukasurat dokumen-dokumennya menimbulkan sensasi kepada orang ramai, terutama kepada para penyelidik konspirasi CIA, kerajaan Amerika dan The Elite. Apakah memang benar terdapat ‘alien’ di Area 51? Adakah benar Amerika telah membangunkan teknologi kawalan minda dan sedang menyiapkan ‘universal soldier’ yang memiliki kuasa psikik dan kekuatan luarbiasa? Lodgekeeper mendedahkan…


You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

‘Imperialisme’ China Ke Atas Sri Lanka

https://media.licdn.com/mpr/mpr/AAEAAQAAAAAAAAe6AAAAJDAzOTU5YzEzLTViMTItNDQzMC05OWI5LTgxMjA3MzBiOTgwMg.jpg


[Mukaddimah]

Apabila Sri Lanka mengambil keputusan untuk menyerahkan sebahagian pegangannya dalam beberapa projek infrastruktur meganya kepada China, dunia sedang menuju ke arah imperialisme gaya baru. Walaupun ini adalah satu bahaya yang mungkin akan menjadi trend, namun pada masa yang sama pelaburan antarabangsa masih diperlukan untuk negara-negara maju ke depan. Lonecryer menulis…


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Resolusi Menghalang Penempatan Haram Israel: Skuad KFIR Bersiap Untuk Balas Dendam Terhadap Malaysia?

resoisrael


[Mukaddimah]

Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela telah bersetuju untuk campur tangan dan membentangkan draf resolusi yang mana menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka. Campurtangan yang amat penting dan genting ini telah membuka satu lembaran baru bagi satu anjakan paradigma atau angin perubahan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia menggunakan kekuatan diplomasinya bagi mempengaruhi negara-negara lain bagi menghalang kekejaman Israel yang berterusan ke atas tanah-tanah rakyat Palestin. Namun…bagi pihak satu lagi, yakni Israel, ini adalah tamparan tepat ke mukanya. Bagaimana negara-negara Arab begitu gerun dengannya namun Malaysia sesuka hati bertindak demikian? Percubaan untuk menggugut Malaysia gagal kerana MALAYSIA TIDAK MEMBUKA SALURAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL. Apakah yang mahu dilakukan oleh Israel bagi membalas dendam terhadap tindakan Malaysia ini? Lonecryer menulis…

 


You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Perak Secret Societies or “Kerjasama”

medan-kidd-2


[Mukaddimah]

Ketika kecil dahulu, ibu saudara saya selalu mengenyitkan matanya kepada “checker” bas, orang yang selalu berpakaian kemas yang memantau urusan di dalam bas; memeriksa tiket. Kenyitan mata ibu saudara saya itu dibalas dengan anggukan kepala oleh checker bas, seorang lelaki Cina. Kejadian ini berlaku di sepanjang laluan Teluk Intan-Kampar-Ipoh. Apabila saya balik ke kampung saudara mara di Chenderong Balai, selalu saya menanyakan perkara ini. Istilah yang keluar adalah ‘Kerjasama’. Pencarian ini berterusan sehinggalah saya menemui sejarah ‘Kerjasama’ ini; bermula dari Bendera Merah dan Bendera Putih, Perak River Society dan ‘koperasi’. Ikuti catatan Srikandi yang mendebarkan ini. HANYA DI MISTISFILES!


 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Make Us Great Again

trump4

 


[Mukaddimah]

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat menaja aktiviti pengganas seperti ISIS dan ini terbocor melalui ucapan Hillary Clinton di dalam satu sesi parlimen. Namun dalam dasar luar yang dirancang oleh Trump, Amerika akan berganding bahu dengan negara-negara Arab untuk memerangi ISIS. Apakah sebenarnya drama yang ingin dibikin oleh Trump? Sebahagian dari polisinya menjuruskan kepada tajuk ‘keganasan’, ‘Islam radikal’, ‘ISIS’ dan seumpamanya  menunjukkan halatuju terang-terangan untuk melancarkan pelan memerangi Islam. Mengapa Trump begitu yakin masanya sudah tiba untuk menghapuskan Islam? Adakah masa untuk kempen Islamophobia sudah cukup? Adakah ISIS yang lain, atau Al-Qaeda yang lain, yang diperlukan Amerika untuk mencapai matlamat kempen Islamophobia-nya? BACA DAN FAHAMKAN. HANYA DI MISTISFILES.


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Making Us No. 1 Again

trump3

 


[Mukaddimah]

Donald  Trump pernah mengatakan bahawa sempadan Mexico-Texas hanya menghadiahkan kepada Amerika para penjenayah, penagih dadah, perompak, perogol dan orang-orang yang tidak berpelajaran. Apakah polisi  Trump bagi menangani imigran-imigran ini? Trump juga amat sensitif dengan populasi muslim di Amerika dan mahu semua muslim direkodkan dalam satu pangkalan data bagi memantau pergerakan mereka. Ada sesuatu dengan polisi imigrasi Trump. Kita akan mengkaji dengan mendalam.


 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Art of Deal

donaldtart

 


[Mukaddimah]

Kita tahu bahawa sistem wang fiat tajaan Amerika ada kelemahan yang tertentu. Perjanjian ‘emas-dollar’ ada saka yang sampai masa, meminta darah dan nyawa untuk dibayar. Polisi Trump dalam hal ini adalah untuk memastikan sistem ini kembali bekerja dengan baik dan berkesan. China mesti dihalang untuk merampas monopoli kewangan dunia. Trump seolah-olah menentang perdagangan bebas dan mahu mengamalkan seakan-akan dasar tutup pintu. Apakah yang ingin dicapai oleh Trump?  ‘The Art of Deal‘ menceritakan segala-galanya. BACA IMPIAN TRUMP KE ATAS EKONOMI DUNIA.


 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Donald Trump & ‘The Ophir Plan’

donaldt-trump-board-gamejpg

 

 

 

Seperti yang diketahui umum, Donald John Trump akan menaiki takhta Amerika Syarikat tahun hadapan. Adakah beliau benar-benar akan menekan umat Islam seperti yang dijanjikan? Adakah beliau akan melaksanakan Dasar Tutup Pintu? Khabarnya China juga berkira-kira untuk kembali melaksanakan Dasar Tutup Pintu bagi memberi tekanan kepada sektor pembuatan dan pengeluaran dunia supaya tunduk menyembah kepada China. Apakah yang terjadi kepada dunia pada waktu akan datang?

Jika anda perasan, dalam kekalutan begini, Malaysia tiba-tiba menjadi perhatian di antara dua kuasa besar itu. Dari satu segi, nampak seperti Malaysia tersepit di antara kedua-dua kuasa besar ini. Dari satu segi, nampaknya dua kuasa besar itu seolah-olah mahu merebut sesuatu yang hanya di miliki atau dijaga oleh Malaysia.

Pernahkah anda mendengar tentang ‘The Ophir Plan’. Drama yang akan dimainkan sudah tentu lebih menarik. Penuh sepak terajang diplomasi dan bahasa-bahasa politik.

Donald Trump akan melaksanakan apa yang dipanggil, ‘The Ophir Plan’. Blueprint-nya telah ditulis lama sebelum beliau bertanding. Bagaimana dengan TPPA? Bagaimana dengan polisi di Pasifik?

 

Siri ini akan terbahagi kepada 3 bahagian :

 

1) The Ophir Plan- The Art of Deal

2) The Ophir Plan- Making Us No. 1 Again

3) The Ophir Plan- Make Us Great Again

 

 

Ini adalah satu permainan. Jika anda memiliki beberapa buah rumah, jadikan ia satu hotel. Namun siapakah yang benar-benar berkuasa dan memiliki sumber yang sebenar? Memiliki dokumen para diplomat dan ahli ekspedisi ‘The Boston Treasure’, Trump yakin dapat melakukan misi ini.

Apakah yang ingin dirancangkan oleh Trump?

Apakah yang dibisikkan oleh Trump kepada Ivanka, anak perempuannya tentang emas di lehernya pada satu majlis harijadinya?

 

HANYA DI MISTISFILES!

 

* Untuk permohonan akses sila KLIK DI SINI

 

Save

Save

Save

Save

Save

Berkenaan Isu Malaysiakini dan Soros

malaysiakinisoros

 

 

 

 

Jika anda perhatikan, kini heboh tentang isu pertubuhan OSI yang diterajui oleh George Soros yang menyuntik dana kepada entiti-entiti tertentu di Malaysia bagi menimbulkan ketidakselesaan iklim sosial dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Kami sudah menjelaskan kepada anda pada posting yang lepas (sebelum pendedahan DC Leaks menjadi viral), dan telah mengingatkan kepada anda bahawa ini bukanlah lagi apa yang dikatakan kononnya ‘teori konspirasi’ seperti di dalam filem National Treasure.

Ini adalah ‘real‘ dan kita akan lihat ‘headline-headline’ yang dibuat khas untuk para pembaca yang tidak memiliki kepekaan yang tinggi bagi mengacau sentimen perkauman dan agama di Malaysia.

Jika anda perhatikan, Malaysiakini sendiri tidak boleh ‘escape‘ dengan isu ini dan mengakuinya dengan ‘tersengih-sengih’. Mereka tidak boleh menafikan atau memadam apa yang telah tercatat di dalam website mereka.

Memang pemerintah melakukan banyak kelompongan dan kesilapan dalam pemerintahan mereka, dan ini juga adalah peluang untuk ‘pihak-pihak’ tertentu yang sama ‘jahat’ atau lebih ‘jahat’ untuk merampas negara kita dan menjadi anjing mereka pula.

Seperti modus operandi komunis, mereka sanggup menimbulkan sentimen perkauman, menggganggu keharmonian beragama dan pelbagai lagi tindakan subversif bagi memaksakan kita mengikut ‘demokrasi mereka’ yang total gagal sebagaimana di Libya, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

Melawan korupsi pemerintah bukan bermakna menyerahkan tengkuk sendiri kepada penyangak ekonomi antarabangsa.

Ingin menghapuskan jin dengan membuat perjanjian dengan Iblis?

Fikirkan semula.

 

fikirkansemula

 

-MF

*gambar dari MKini sendiri.

Save

Save

Save