Mungkin ini adalah tarbiah Tuhan ke atas jemaah dakwah ini. Jemaah yang rajin mengajak manusia ke jalan Allah dan ke rumah Allah akhirnya menjadi antara faktor rumah-rumah Allah terpaksa ditutup dan solat berjemaah terpaksa ditangguh kerana penangan wabak Covid-19 yang melanda. Sungguh ironi.
Namun, kehendak Tuhan itu kadang-kadang sukar untuk dimengerti manusia. Mungkin… selepas wabak ini reda, jemaah dakwah ini semakin popular di mata dunia kerana publisiti yang meluas ketika wabak melanda.
Konsep tawakal asasnya ialah berusaha sebaik mungkin dan berdoa kepada Allah – perlu difahami betul-betul oleh ahli jemaah dakwah tidak kira dari aliran mana. Menyerahkan semata-mata kepada takdir Allah umpama unta yang tidak diikat ketika Sahabat Nabi S.A.W hendak solat di dalam hadis berkenaan tawakal yang terkenal itu. Itu hanya menjadi akidah yang bidaah sahaja yang mana dianut oleh aliran Jabariyyah.
Mengikuti perkembangan semasa adalah sikap yang perlu ada bagi sesebuah jemaah dakwah. Satu lagi – perpecahan di kalangan jemaah perlu dihentikan. Mungkin ini ‘peluang’ untuk jemaah Tabligh muhasabah diri dan menyusun pergerakan ke arah lebih tersusun dan pintar.
BACA SELANJUTNYA.










